Thursday, January 10, 2013

Sabar Mendidik Jiwa


20 tahun dulu, saya sering dengar dan kerap ucapkan 'sabar itu separuh daripada iman'
sedangkan pada waktu itu tidak pulak sy tahu makna yg tersembunyi daripada ayat yg sy tuturkan..hanya mengikut cakap2 org.. ' sabar.... sabar kan separuh daripada iman"

Namun, bila dah menginjak dewasa, bila dah melalui kehidupan seusia begini ( nmpk mcm tua je kan..hohoho), dan  pengalaman yg ada walaupun sedikit cuma, mampu mengajar sy tentang 'sabar itu separuh daripada iman'... 

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu pada setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita

Dan untuk kesekian kalinya, sy diuji lagi. untuk kesekian kalinya sy masih perlu bersabar dengan ujian yg telah Allah turunkan buat sy dan suami tercinta. Menanti rezeki yang satu itu memerlukan kesabaran yang amat tinggi.  Sehinggakan sy pernah bertanya.. kenapa mesti saya..? kenapa ujian seberat ini..? kenapa org lain dapat rezeki zuriat kenapa turn saya lambat?

Hampir hilang keterbatasan sabar bila keinginan diuji sebegitu, namun sedarkah saya, siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah. siapa saya untuk mengkomplen sebegitu dengan Pencipta saya..Astaghfirullah-Al Azim. Semua persoalan yang bermain di minda sudah terjawab dalam ALQURAN KAREEM..

: KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”  (-Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


: KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
 (-Surah Al-Baqarah ayat 286 )


: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (-Surah Al-Baqarah ayat 216)


Jelas termaktub! saya tersenyum sendiri.. saya sedar, saya memang pilihan ALLAH. ALLAH sayangkan saya. Allah ingin beri ganjaran pahala dengan menuntut saya agar terus berusaha tanpa putus impian, terus berdoa tanpa putus harapan. Kerana JANJI ALLAH itu pasti. DIA akan bersama-sama orang yang sabar. Semoga saya dan suami tercinta tergolong dalam kalangan mereka yang terus bersabar...Amin Ya Rabbal Alamin.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan.. ujian yang Allah Taala turunkan telah banyak mendidik jiwa dan diri saya agar lebih bersabar dan terus bersabar dengan meningkatkan amal ibadah dan berubah ke arah yg lebih baik...dan kini jelas sudah 'sabar itu separuh daripada iman'... 

Yang terbaik kini.. hanyalah teruskan berusaha dengan gigih ;) dan teruskan berdoa pada Allah tanpa ada sedikit keraguan di hati.

" Ya Allah jadikanlah kami dalam golongan mereka yang bersabar dan beriman kepadaMu. Berikanlah ketenangan dan kesabaran pada hati kami, kekuatan pada jiwa kami untuk terus menempuh ujianMu.
Ya Allah Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kami rezeki anak yang soleh solehah di dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.."





Tuesday, January 8, 2013

waJah Kesayangan BeRtambaH!

Bismilahirrahmanirrahim...
Selawat & salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda.


Pembuka jendela tahun baru 2013, sy dapat anak buah baru!!! yeehaa..=) bertambah lagi anak buah. bertambah jugakla usia sy nie@ acuare comelkiutmiut.. Bilangan setakat 1/1/2013, wajah kesayangan sy berjumlah 17 orang kesemuanya..amboi ayat macam dlm buku teks sekolah pulaks..hohoho cikgu.cikgu..


Acik & kakzura dapat baby boy delivered tengahari thru operation... actually record bersalin kak ipar sy nie since anak sulung until nombor 3 semuanyer senang and bersalin normal. But baby yg keempat ni tak sangka pulak ada komplikasi air ketumban zero. So, Doktor pakar kanak-kanak advice n decide kakzura perlu di operate bcoz denyutan baby dah semakin lemah...

maka baby Muhammad Iskandar Zulkarnain  seberat 1.3kg berusia 8bulan terpaksa diletakkan di NICU HUKM utk rawatan dan pantauan sebab dia kecil n pramatang.... 

Kesian Iskandar.. acu doakan Iskandar akan cepat membesar dgn sihat dan kuat semangat untuk terus hidup. acu dan paksu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Iskandar!






tHe RighT ThiNGs


Entry pertama untuk bulan pertama di tahun baru 2013. sekejap masa berlalu. dah hampir seminggu tahun 2013 kita dah lalui.
Cuti sekolah yang menjadi impian buat semua kanak-kanak hatta guru nya jugak sudah melabuhkan tirainya kome oi..ouchh sedihnyer diriku. Kanak-kanak pun dah kembali ke sekolah..bawak beg baru, alat tulis baru, baju baru,kasut baru,tudung baru, berjawatan baru dan pastinya SEMANGAT yg baru. Tak lupe juga golongan pendidik yang sama-sama kembali masuk ke medan keje, kembali mengajar seperti biasa. ohh hilanglah sudah mimpi-mimpi indah saya selama sebulan setengah nie... 

Maka bermulalah episod baru sebuah kehidupan di tahun baru 2013. So, apa matlamat hidup sy tahun 2013. kalo nak di list kn..tersangaaaaaatla banyak the right thing yg sy nak...hohohoo! rasa macam2 nak dibuat pd tahun nie.. dan rasa amatlah berharap tahun nie tercapai semua matlamat itu...In shaa Allah.

Sy petik secebis kata2 motivasi from Dr Azizan Osman, dia kata  'u order the right thing, u get the right thing!'
yes! agree 200%.. thumbs up!!!

Perumpamaannya macam nie la.. kita pegi restoran, kita order makanan yang sedap enak and for sure membuka selera naga kita pada waiter/waitress kat situ dengan penuh berhemah dan bertatasusila..maka pastiny menu yang diorder tadi kita akan dapat sepertimana yang kita minta.  paham x?

So dlm situasi kehidupan kita, mcm mane kita nk dapat the right thing tu?? pada siapa kita nak order semua matlamat dan impian hidup kita tue? pada siapa lagi kalo bukan pada DIA.  DIA Yang SATU ALLAH SWT. Mohonlah sebanyak mana pun impian dan harapan...kerana kepada Dialah tempat kita semua bergantung harap. Tapi bukan setakat memohon meminta tanpa ada usaha dan ikhtiar. Itu angan2 mat jenin namenyerr...itu angan najwa latip KOSONG!

kita mohon, kita minta, kita rayu pada Allah, dalam masa yg sama kita teruskan usaha tingkatkan ikhtiar,majukan diri untuk dapat yang terbaik dalam hidup..

Untuk dapatkan THE RIGHT THINGs yg telah kita order..=)