Monday, December 15, 2014

Talam dua muka semakin bermuka-muka


Sapa suka makan kuih talam. Angkat kening!! Haa, saya sangat la LIKE dgn kuih talam nie. Kuih talam sedap. rasenye lemak. Kuih talam biasenya bole jumpa pun di kampung-kampung. Kalo di Kuala Lumpur kuih talam yang sedap ada dijual di Jalan Tar setiap hari Sabtu. Bertalam-talam dan dijamin sedap. korang takkan menyesal. InsyaAllah. Itu kuih talam. Sedap dan menarik.

Camner pulak dengan talam dua muka?? Yang bertalam2 lima enam muka. Acaner tue! Tak sama ye puan2 dan tuan2. Totally different. Talam dua muka langsung tak sedap. Tak Menarik. Tak Bagus. Tak memberi ape kebaikan malah patut di letak dalam tong sampah.



Manusia talam dua muka nie sangatlah bahaya. Rencananya tak dapat kita duga sebab dia adalah jenis manusia yang di depan lain, di belakang lain. Aura negatif terlalu banyak pada manusia jenis ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan matlamatnya tercapai. Manusia jenis ini akan merasa satu kepuasan apabila meyampaikan cerita mahupun perkara melibatkan orang lain. Dan paling menariknya cerita yang dihebahkan bertukar 360 darjah dramatik dan tragik. Bahaya bukan..?!

Zaman sekarang nie, bermacam jenis manusia, berbagai watak, beraneka rentak dan lakonan. Manusia jenis ini yang menariknya mereka pandai bermuka-muka. Di hadapan kita, baik dan lemah lembut perwatakkannya, namun di belakang mereka boleh berubah menjadi manusia yang tidak kita kenali. Manusia jenis nie, bijak dalam menyusun kata-kata dan bahasa yang digunakan jugak bombastic. Nauzubillah jahatnyer la kan..


Bukan tue sahaja, manusia jenis ini juga, suka berjanji pastu tak tunaikan. Malah janji baru akan dibuat dan seperti biasa janji itu akan terkubur. Sangatlah bermuka-muka apabila dengan kita dia berbicara lain, dengan orang lain hujahnya lain. Manusia talam dua muka sama juga dengan manusia hipokrit. Berbohong untuk menutup pekung di dada. Bohong menjadi makanan ruji mungkin. Bahagia agaknya buat aktiviti macam itu bermuka-muka bercabang lidah. Astaghfirullahalzim. Bahaya! 

Sedih toksah nak cerita andai dia sahabat, kawan, teman mahupun kenalan. Lagi sedih andai dia saudara mara mahupun kaum keluarga. Kepercayaan yang kita beri pasti runtuh. Rasa hormat yang kita pupuk pastinya lebur. Untuk berhadapan dengan manusia bermuka-muka, kita perlu berlapang dada. 

Adakala tanpa kita sedar, mereka yang ada di sekeliling kita tergolong dalam kalangan manusia talam dua muka. Maka pada masa tue, bila kita dapat tahu dia adalah manusia durjana apakah kita hanya mampu diam atau melakukan serangan balas? Adakah kita juga melakukan perkara sama dengan bermuka-muka?? Kalau kita buat benda yang sama macam dia buat kat kite. Kite pun sama vuduh macam dia. Erkk..! Dia dah tentu bermasalah, jangan kita pulak cari masalah buat bende tak elok tu. Orang berilmu dan berakal akan hadapi semua bende vuduh nie dengan rasional.



Kita ada Allah tempat bergantung. Andai kita mangsa pefitnah, berdoalah pada Allah mohon diberi kekuatan. Malah kita perlu muhasabah diri merenung kesilapan2 yang lalu. Mungkin ini kesan perbuatan kita yang lampau tanpa kita sedar. Fitnah takkan berakhir hinggalah hari kiamat. Bermakna di sekeliling kita akan sentiasa ada manusia bermuka dua dan hipokrit. Terima semuanya dengan berlapang dada dan teruskan sujud pada Allah mohon dilindung dari terus difitnah.

Pesanan utk diri sendiri dan semua, tak ada kebaikan walau sekelumit hidup dengan cara bermuka-muka. Hentikanlah semua agenda jahat kamu dan seluruh kerabatmu. Kembali kepada kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.



Wednesday, December 10, 2014

Appointment Yang Tak Jadi.


Last Friday, after dua bulan set appointment.. so tibalah hari untuk saya dan my kekasih hati ke Klinik Pakar Wanita Medina, Gombak. Alkisahnya, bergegas la kami nie laki bini pepagi Jumaat nan permai dan damai ke Gombak. Untuk elak jem dan segala bagai, saya dan encik suami decide akan breakfast di sana saja after ambil nombor. Kenapa ambil nombor? Haa ni nak story, after buat research berkali-kali, melalui pengalaman patient lain untuk ke Klinik nie orang sangatlah ramai. Dan dikatakan perlu ambil nombor sebelum masuk berjumpa doktor. Dek kerana orang terlalu ramai jadi untuk mengelakkan lama menunggu ramai yang nasihatkan untuk datang awal. Maka tepat jam 10 pagi.. saya ulang 10 pagi, tercongokla kami laki bini depan klinik Medina nie. sangatlah stress sebab klinik tak bukak lagi. (Klinik pakar kot bole delay ek bukak klinik). Sabar lagi. Positif. Maybe awal sangat kott we all sampai, walaupun dah tertera depan cermin klinik - Daily open 10am-10pm. 

Ok fine. Jom masuk kete! kami tunggu dalam kete dalam kelaparan. Saya punyer perangai, punyelah nak jadi org first amik nombor sampai takmau makan lagi. Suami pun ikut jer. Sebab ye la semua orang cakap klinik nie giler penuh. Jadi sure lah kami nak try yang terbaik. 

1015pagi - klinik tak bukak lagi. Saya cuba kol klinik. Hanya itulah satu-satunya nombor utk hubungi klinik nie. Hampir 6 kali cubaan dibuat, hampeh takde langsung orang pick up phone!

1030pagi - klinik masih lagi tak bukak. Suami saya berdiri je depan klinik intai ke dlm. Tapi sama jugak keadaan. Takde perubahan. Aii.. taknak bukak ke apa klinik ni.

1045pagi - saya turun dari kereta. Sama2 dgn suami tunggu depan klinik. masih lagi saya cuba buat panggilan. Tapi hampeh plus hampa!

Around pukul 1100 pagi ada brader nak hantar barang ke klinik tue. Dia pun terkejut. Aikk tak bukak ke? Nak dijadikan cerita, elok je brader nie berdiri depan kedai n kol sekali dua aje, maka staf klinik tue pun bukak pintu!!!! Saya dan suami saling berpandangan. Geram!. Takpe jom kite masuk dulu. 

Di kaunter staf lelaki. Saya ulang staf lelaki di klinik pakar wanita. Tak mengherankan. Yang menjengkelkan muke dia baru bangun tidoooo! Dia bagitau malam tadi klinik tutup pukul 4pagi. Patient ramai sangat smlm. Letih! Eh hello itu bukan masalah saya la. Bukan itu yang saya nak dengar!

staf : Bila puan buat appointment? 
saya : 2 bulan lepas. haritue awak cakap akan call saya semula 
       untuk set kan masa.Saya tunggu awak call back xde 
       langsung sepanjang 2 bulan nie. 
staf : Okla macam ni puan, doktor tak masuk pagi nie,doktor akan 
       datang petang,sebab doktor perlu ke hospital dulu.Patient 
       pun ramai sangat arinie.Keutamaan untuk patient yang buat 
       IUI/IVF.So,puan bolehlah datang pukul 10malam nanti.Itupun 
       belum tentu dapat cepat.

Whattt??!! Saya tarik nafas dalam2. Itu hujah die utk kami yang first time set dengan klinik nie. Very horrible. Suami saya replied... Apepon, pick up la fon klinik nie, kalo dah taknak sangat please tampal notis di pintu depan. "Doktor masuk petang". Mudah untuk orang macam kami nie if nak jumpe doktor. 

Sangat mengecewakan, service dia tak seperti yang diceritakan. Mungkin bukan rezeki kami di sini. Saya pasti Doktor Mashitah taktahu ape yang berlaku. Ape yang staf die buat dan sebagainya. Saya tahu awak letih, mengantuk. Tapi kan senang if awak tolong bagi info jelas pada kami. Tampal notis pun dah syukur Alhamdulillah.  Sudahnya, saya taknak datang ke klinik nie. Menyedihkan. 

Rupanya rezeki kami di Klinik Pakar Annur Bangi. Sangatlah mudah urusan dan perjalanan. Alhamdulillah. Allah bagi hujan di awalnya, sebab Allah nak hadirkan pelangi indah. 
Start our Journey....











Tuesday, December 9, 2014

Jom Bercuti


Bila berbicara tentang percutian, apa yang sering didengar, mereka yang berduit sahaja bole pergi. Siapa yang buat teori tu memang silap. Korang memang silap banyak! Rezeki semuanya datang dari Maha Pemberi Rezeki. Bagaimana cara Dia memberi terpulang padaNya. Itu semua atas urusan dan kerja Allah Taala. Bagaimana pulaks kita mensetting tiap rezeki yang kita dapat untuk keperluan dan kehendak terpulang pada kita sendiri... Tepuk dada tanya hati.

Percutian merupakan terapi bagi saya. Saya suka pi bercuti tak kisahlah kat dalam ataupun luar negara. Cewahh bercerita macam selalu pi oberse je ye... hihihi... Layans.. Janji gua pernah sampai ke negara musim bunga! Alhamdulillah syukur.

Apa yang nak menariknya bercuti nie, beri ketenangan pada saya. Ketenangan yang bagaimana? Ketenangan yang membawa jiwa saya bahagia sambil menikmati budaya, adat resam, dan keindahan sesuatu tempat bersama kekasih hati saya. Untungnya saya kerana dikurniakan pasangan yang kaki holiday jugak! Sama. Kami bole share and tukar2 pendapat tempat mana yang kami nak bercuti dan mula buat perancangan.

1. Google/Kawan/Majalah- lokasi bercuti yg kami ingin tuju.
2. Buat research melalui pengalaman mereka yang pernah pergi.
3. Semak simpanan yang sedia ada.
4. Buat pengiraan bajet.
5. Rancang perjalanan
6. Selamat bercuti!

Seronokkan! Siapa yang tak seronok kalo bercuti. Biarlah walau hanya semalam namun percutian yang dibuat akan bagi kesan yang menarik bagi kita dan pasangan. Sungguhpun begitu, ada jugak segelintir umat yang keluarkan statement berbaur pujian terselit perlian.. 

#  erm you bolehla bercuti, banyak duit.
#  ala.. kamu bolehla bercuti takde komitmen lain
#  berdua lagi bolehlah nak berkepit...
#  nak pegi bercuti bolehlah sebab awak takde askar lagi.
#  dia nak bercuti takde masalah la.. takde sapa nak kacau. Anak pun takde 
    lagi.

Kejam tak statement tu? Bagi saya ada unsur dengki dan ntahla.. Macam nie la makcik senah oi, if u want to go somewhere with your beloved spouse, no need to talk to much. You just go and feel it. Tak perlulah bersusah payah untuk keluarkan statement yang boleh mengguris hati saya ini. Yes saya terluka. Kalau sekali dua kata2 itu disebut, mungkin boleh diterima dan diproses masuk ke dalam minda kelas pertama saya. Tapi kalo dah berulang kali, naik menyampah pun ada. 

Kalau kamu dikurniakan 5-10 orang anak sekalipun, if you nak romantic de amor dengan pasangan you, takde masalah dan takde sape nak marah. Kalau you rasa anak2 you ibarat askar yang menganggu keromantikan you and your beloved ones, kesian je Allah bagi peluang beranak kat you sebab tak reti bersyukur. Untuk statement berani mati yang terakhir tue, saya terima dengan berlapang dada... Ye, saat inilah saya gunakan bersama suami untuk bercuti habiskan masa berdua di samping merancang untuk keluarga kecil kami. 

Listen, rezeki kita berbeza. Allah bagi rezeki pada setiap hambaNya berbeza dan tak sama. Sorang lebih sini kurang sana, Sorang Lebih sana kurang sini. 
Ini adalah bahagian saya. Sepertimana saya redha dengan rezeki ini begitulah kamu perlu redha dengan bahagian kamu. Janganlah perli memerli bercakap sesuka hati tanpa fikir perasaan orang lain. Saya ada rezeki bercuti melancong dengan kekasih saya. Ini cara saya menikmati setiap rezeki yang Dia bagi. Cara saya berRomantik De amor dengan suami saya, itu adalah saya. Janganlah sakit hati. Erkk! Sebab dia Suami saya, suka hatilah i nak buat hape..kuikui =)

By d way.. cara kita mungkin berbeza dalam menikmati rezeki kita masing-masing. Jangan kufur dan lupakan Dia Maha Pemberi Rezeki. Pergilah kemana sahaja yang ingin kamu pergi, Nikmati setiap inci ciptaan Allah di muka bumi. Pasti ada ketenangan dan keinsafan diri. 



Bercuti terapi buat saya. Tenkiu.




Monday, December 8, 2014

Benar itu Pahit


Berkatalah benar walaupun pahit. 
Pernah dengar ungkapan nie? Siapa tak pernah dengar cuba angkat kaki. Haa.. tipulah kalo ada antara kita yang tak pernah dengar kan. Kenapa kita kena berkata benar? Apa signifikan berkata benar ni..? Sejauh mana berkata benar ni memainkan peranannya dalam senario kehidupan kita? Sangatlah banyak dan impaknya hebat apabila berkata benar.

Seringkali terjadi, kita yang dewasa badan, akal, minda berfikiran kelas kelapan nie mengingatkan kanak-kanak agar berkatalah benar. Cakap betul. Jangan sesekali bercakap bohong. Tak baik tau cakap bohong nanti Allah marah. Namun sedar tak kita, sebenarnya yang dewasa ni lah paling banyak akal dan paling banyak berbohong dalam erti kata lainnya tidak berkata benar.


Kenapa perlu berbohong? 

Ada setengah orang berpendapat bohong itu untuk menyelamatkan diri. Ada juga berpendirian bohong itu untuk kehebatan diri. Namun ada juga setengah orang mengeluarkan hujah bohong itu untuk mendamaikan keadaan. Apa yang saya tahu berbohong itu diharuskan untuk mendamaikan dua pihak. Sebagai contoh A perang dingin dengan B. So, kita yang diberikan kecerdikkan akal ini sebagai pendamai keadaan boleh berbohong seperti : 

 # kita bagitau A bahawa B kirim salam pada dia.

 # kita bagitau B, bahawa A belikan buah tangan untuk dia. 

Itu berbohong kan. Tapi diharuskan sebab kita niat untuk damaikan dua jiwa yang berperang. Lama-kelamaan dengan izinNya A dan B akan berbaik seperti sediakala.


Tapi apa yang mencuit hati saya kebelakangan ini, apabila ada segelintir manusia yang menjadikan bohong itu suatu hobi. Tak jujur pada diri sendiri. Tak rela untuk mengakui kelemahan diri sehingga sanggup berbohong demi menjaga status kononnya. Berkatalah benar walaupun pahit bermakna cakaplah perkara yang betul yang benar yang sahih walaupun hakikatnya ia pahit untuk diluahkan dan kelat untuk ditelan. Sebab yang pahit itulah paling manis pada akhirnya. Berbanding dengan manis di awal tapi pengakhiran nya pahit bila terbongkar kebenaran.


Kadang-kadang jadi tak paham apabila berdepan dengan situasi 'rekaan semata-mata '. Faham tak?  I means satu story yang direka cerita menjadi satu fantasi yang menyakitkan hati. Haah..acaner tu! Saya rasa mana2 manusia pun tak suka apabila dibohong. Takkan ada sorang pun yang rela menjadi objek untuk dibohongi. Bila kita dibohongi, kita nie seolah-olah manusia yang tak tahu ape2 pastu kene tipu dek perbuatan orang tak bertanggungjawab ni la. Reka cerita untuk tutup lubang sini. Reka cerita lain pulak untuk tutup lubang sana. Sudahnya semua lubang terbukak! Haa.. masa tu barulah kita dapat tengok air muka dia, percakapan dia, mata dia yang tak jujur dan pastinya tampak bersalah! Saya pernah perangkap sorang hamba Allah atas kebijaksanaan dia berbohong dan mereka cerita yang best. Dengan izin Allah pastinya, dia terkantoi bila pembohongannya saya dapat trace! Saya tak perlu tekan dia untuk bercerita, saya hanya menggunakan teknik Reverse Psychology dan akhirnya yess! Pembohongannya terserlah! Allahuakbar ! Pelikkan.  Jangan terkejut hamba Allah nie bukanlah dari kalangan anak murid saya, dia dari kalangan manusia dewasa cerdik akal fikirannya.


Kita tak perlu nak nampak hebat di mata orang dengan berbohong itu ini. Cerita perkata yang betul kan lagi mudah. Sebab bila kita berbohong dan menafikan sesuatu kebenaran, bimbang andainya kebenaran itu terbongkar, semua orang takkan percaya pada kita. Biarlah pahit sekarang dari menelan pahit kemudiannya. Saya sendiri bukanlah dari kalangan hebat baik molek dan sewaktu dengannya, namun saya cuba dan ingin menjadi baik terbaik untuk diri sendiri dan semua yang ada di sekeliling saya. Saya perlukan aura positif untuk jana benteng diri. Aura negatif yang dok ada nie saya tak perlu dan tolong pergi jauh2.....


Moga Allah pelihara saya suami dan seluruh keturunan dari berbohong. Moga kami diberi kekuatan untuk menegakkan kebenaran.


Berkatalah Benar Walaupun Pahit!





Friday, July 19, 2013

Resam Berpuasa


Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan ke 10 kita berpuasa..Macam mane dengan ibadah dan mujahadah kita sepanjang 10 hari perjuangan? Ibadah solatnya, membaca Quran, bersedekah, senyum, tolong-menolong, bersangka-baik dan berbuat kebaikan dan meninggalkan kesemua keburukan...

Sepanjang 10 hari menjalani ibadah pose nie,  di laman sosial sibuk orang mengePOST gambar juadah berbuka. agaknya mungkin boring barangkali. tak tahu nak buat ape, maka di letakkan gambar sebagai penyeri petang sebelum berbuka. Tak kurang hebatnyer dgn status menu yang dimasak utk keluarga...hehehe. Mungkin cara itu terapi jiwa buat mereka.

Namun bukan itu yg ingin sy kongsi di sini, apa yang ingin sy luahkan tentang keprihatinan kita dalam memuliakan bulan Ramadhan... Kita mengaku kita berpuasa, namun seringkali lidah berbicara tentang keburukan org lain, Seboleh-bolehnya di bulan barakah nie, kita jauhi segala bentuk umpatan dan kutukan tentang sesiapa sahaja. Bimbang akan berkurang pahala puasa yg Allah janjikan... Ya, kita manusia biasa tak pernah lepas dari kekhilafan, namun ia boleh di didik dan dibentuk. Kita didiklah seluruh jasad dan roh kita agar menghormati dan memuliakan bulan ini dengan perkara-perkara yg baik dan amalan yg ada ganjaran pahala. 

Seperti biasa sy dan suami akan sama-sama berjemaah di masjid berdekatan dengan rumah  kami. Kemeriahan memang terasa apabila masjid di IMARAH tak kira usia atau peringkat umur. Seronok! Terasa keindahan malam Ramadhan. Walau bagaimanapun, susahnyer nak mengajak muslimat yg berjemaah di situ agar merapatkan saf. yg ada hanya saf yg renggang. Takde pun rasa nak merapatkan saf agar kukuh dan teguh. Apabila di ajak utk rapatkan saf, mereka tak endahkan. seolah-olah sy mencurah air di daun keladi. Allahuakbar. Yg sedihnye, golongan berusia yg gagal utk merapatkan saf-saf yang ade. Malah, lebih sayangkan sejadah masing2 dan takut utk berkongsi. 

Nie belum masuk bab kanak-kanak yg solat di tengah org dewasa. bukankah putus saf apabila ada kanak-kanak yg belum cukup umur dlm jemaah. Hendak ditegur, maknya masing-masing ditepi anak. serba salah dibuatnya. Kalo nak bawak anak juga, letakkan anak itu ditepi sekali, makna saf yg paling hujung.

Apa-apa pun, ilmu agama nie perlu ditimba. Perlu berguru. Bukan hanya sekadar menelaah buku ataupun search di iternet semata. Buku-Buku yg ada hanyalah sebagai tambahan pada kita utk menambah ilmu. Wallahualam.

Selamat beribadah dan berbuka..=)







Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Bulan Perjuangan


Setahun sudah berlalu ia datang kembali membawa pelbagai pakej kebaikan, kerahmatan,keberkatan,keampunan bagi setiap hamba-hambaNya yang merebut peluang keemasan ini.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem. Keindahan Ramadhan dapat dirasakan seperti tahun2 yang lalu. Kedatangannya amat dinanti setiap ummat Islam. Kemunculannya disambut penuh kesyukuran kerana diberi peluang olehNya merasai nikmat berpuasa pada tahun ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan hanya berdoa moga Allah panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik buat saya, suami, abah mak, mentua serta seluruh kaum keluarga agar dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan tenang dan melipatgandakan amal ibadah pada bulan penuh perjuangan ini...InsyaAllah.

Peluang yang diberi  Allah ini, ingin digunakan sehabis baik dengan setiap amalan kebaikan dan ibadah berpanjangan. Dengan penuh harapan, agar Dia menerima setiap inci ibadah dan amalan saya, suami, serta seluruh insan2 yang saya sayangi..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kurniakanlah kepada kami, umur yang bermanfaat dan kesihatan yang baik agar dapat kami menjalani ibadah puasa di bulan penuh keampunan ini dengan tenang dan dapat melakukan amal ibadah dan kebaikan dengan bimbingan MU.. Kau permudahkanlah setiap urusan kami.
Kau terimalah Ya Allah setiap amalan ibadah dan juga amal kebaikan kami di dunia dan akhirat.
Kepada Kaulah kami sembah, kepada Kau jua kami memohon pertolongan. Sesungguhnya Kaulah sebaik-sebaik Penolong...."

Moga Ramadhan pada kali ini membawa seribu satu keberkatan,kerahmatan,keampunan buat kita semua. Bermula terbit fajar hingga terbit semula sang suria pada keseokannya setiap kebaikan dicatat malaikat tanpa was-was. Setiap saat, setiap tempat, setiap perkara. Puasa, zikir, membaca Quran, solat fardhu, solat sunat, sedekah, senyum, tolong menolong dan banyak lagi dikira pakej terbaik untuk kita rebut di medan perjuangan Ramadhan Kareem. Berjuanglah sepenuh hati untuk mengejar setiap pahala yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya. Setiap amal ibadah yang dilakukan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Bulan yang dijanjikan Allah pahala seperti beribadah seribu bulan..Wallahualam. 
Jom berubah jadi baik!

Selamat berpuasa dan selamat beribadah....=)







Saturday, July 6, 2013

SolaT Sunat Dhuha


Pasti setiap daripada kita pernah dengar tentang Solat Sunat Dhuha. Berapa orang daripada kita yg pernah buat solat sunat dhuha. Bila kali terakhir kita tunaikan solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang paling banyak diceritakan dan disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi jika nabi kesayangan kita sendiri sering memperkatakan tentang kelebihannya, pastilah solat sunat dhuha mempunyai rahsia nya yang tersendiri... percayalah!


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Nie pulak doa solat sunat dhuha...jika dibaca dan difahami isi maksudnye, bole mengalirkan airmata. Penuh makna dengan rayuan si hamba kepada Pencipta... Allahuakbar!!




Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha ini, hanya mereka sahaja yang mengetahui nikmat di sebalik nya. Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan diperoleh.. Maka jadikan lah ia amalan setiap hari, semoga rezeki kita diluaskan dan dimurahkan Allah tanpa disangka-sangka...Semoga urusan seharian kita dipermudahkan Allah dari awal hingga akhir.
 Jom berubah!



Friday, July 5, 2013

BiJak BerbeLAnja


W.A.N.G
Bila kita bercakap tentang wang..macam2 bermain di fikiran kan.. mcm2 yang kita nak buat dgn duit yang kita dapat or bakal dapat...Tidak kiralah yang bekerja makan gaji bulanan mahupun bekerja sendiri, tentulah dah ada perancangan sendiri bagi sebuah kehidupan masing-masing...
Sy bercakap tentang mereka menerima gaji setiap bulan. bagi yang bekerja sendiri mungkin saya kurang arif utk mengupas serba sedikit perihal kewangan mereka walaupun hakikatnyer saya dibesarkan dalam keluarga yang berniaga...=)

Ok,, nampak mcm mudah apabila gaji masuk, maka kuasa membeli akan bertambah. Duit yang diperoleh terasa ingin dihabiskan dan segala kemahuan terasa ingin dipenuhi. Masa tu jugaklah Shopping Mall nak sale nye!  SALE sana SALE sini,  diskaun memanjang! Kalo dikutkan kehendak yang tidak bertepi memang berkampung la di mana2 Shopping mall kunun2 nak membeli. Itu gambaran awal la apabila gaji masuk. 


So, sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita duit gaji yang kita dapat diadjust dan di arrange sehabis baik agar kewangan kita tidak bocor ke mana2...=)
Setiap bulan, saya akan peruntukkan 6 sampul khas yang perlu diisi. Istilah seperti menabung. Saya dan suami akan asingkan sejumlah wang utk disimpan. Setelah ditolak dengan pelbagai perbelanjaan itu ini begitu begini maka baki yang ada itulah bahagian kita. Duit elaun untuk mak abah memang tidak pernah dilupakan, begitu jugak dgn encik asben dia jugak peruntukkan utk parents dia..hehehe =)
Alhamdulillah strategi yang kami buat berjaya dan mudah-mudahan kekal la ia.

Memang tak runsing dah apabila kita dah tentukan hala tuju kewangan kita setiap bulan. Dan perbelanjaan kita jugak semakin teratur dan itula dipanggil bijak berbelanja..Ewaahhh! =)
Bila dah menabung kan, bukanlah tidak bole langsung nak berbelanja bagai... saya dan suami tetap juga meREWARD diri masing-masing setiap bulan... kami berdua memang suke jalan2 cari mkan, so every month kami akan cuba mencari tempat mkn yg best2 dan mahal pun takpe, asalkan kita rasa kepuasan setelah sebulan bekerja mencari rezeki..ALHAMDULILLAH.

Jadi, berbelanjalah sebijak yang mungkin, perlu ada kerjasama antara asben n wife dalam menguruskan kewangan kita. Kita perlu tetapkan hala tuju kewangan kita setiap bulan utk disalurkan ke mana agar takde sebarang isu kebocoran di belakang hari. Yang paling penting kita perlu menyimpan walaupun dlm jumlah yang sedikit. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.=)
Wang kita cermin diri kita.. erk ade related ke?  Bijak Berbelanja!





Thursday, June 6, 2013

Sampai bila-bila


Bila tiba masanya...? uh, seperti berbolak balik, terumbang ambing, terapung apung  jiwa. Kentalkan minda cuba mententeramkan perasaan di hujung hati.... siapa yg merasa dia pasti mengetahui. Tak susah tak sukar manapun, namun cukup menguji medan tempur kesabaran...

Sampai bila...? bermain lagi di kotak fikiran. Seperti tak mahu lari. Seolah-olah tak mahu pergi. mahupun berginjak tidak sama sekali... Kenapa sampai bila..? Bukankah ujian itu setiap detik waktu, hatta di kala malam mata terlelap telena dibuai mimpi. Ujian itu pasti datang menjengah. Tidak lama, pasti sekejap. Tidak sekejap pasti lama... 


Untuk apa?  Untuk kita...untuk tingkatkan ketakwaan, untuk tambahkan keimanan, untuk luaskan pengalaman, untuk berikan kekuatan, untuk limpahkan keberkatan, untuk... untuk... dan untuk.... banyak 'UNTUK'. Hanya sedar dan tidak sahaja. Hanya tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Semuanya ada dlm kamar hati, kamar jiwa, kamar minda. Ditilik, dihalusi, difahami pasti temui maksud tersirat.


Tapi sampai bila....? Ia datang lagi menjengah. Seperti tidak puas dgn ketetapan yang telah diberi. Seperti mempertikai ketentuan yang diperolehi....


Jawapannya mudah.

ia...
Sampai kita menutup mata.
sampai bila-bila........ 



Thursday, January 10, 2013

Sabar Mendidik Jiwa


20 tahun dulu, saya sering dengar dan kerap ucapkan 'sabar itu separuh daripada iman'
sedangkan pada waktu itu tidak pulak sy tahu makna yg tersembunyi daripada ayat yg sy tuturkan..hanya mengikut cakap2 org.. ' sabar.... sabar kan separuh daripada iman"

Namun, bila dah menginjak dewasa, bila dah melalui kehidupan seusia begini ( nmpk mcm tua je kan..hohoho), dan  pengalaman yg ada walaupun sedikit cuma, mampu mengajar sy tentang 'sabar itu separuh daripada iman'... 

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu pada setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita

Dan untuk kesekian kalinya, sy diuji lagi. untuk kesekian kalinya sy masih perlu bersabar dengan ujian yg telah Allah turunkan buat sy dan suami tercinta. Menanti rezeki yang satu itu memerlukan kesabaran yang amat tinggi.  Sehinggakan sy pernah bertanya.. kenapa mesti saya..? kenapa ujian seberat ini..? kenapa org lain dapat rezeki zuriat kenapa turn saya lambat?

Hampir hilang keterbatasan sabar bila keinginan diuji sebegitu, namun sedarkah saya, siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah. siapa saya untuk mengkomplen sebegitu dengan Pencipta saya..Astaghfirullah-Al Azim. Semua persoalan yang bermain di minda sudah terjawab dalam ALQURAN KAREEM..

: KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”  (-Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


: KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
 (-Surah Al-Baqarah ayat 286 )


: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (-Surah Al-Baqarah ayat 216)


Jelas termaktub! saya tersenyum sendiri.. saya sedar, saya memang pilihan ALLAH. ALLAH sayangkan saya. Allah ingin beri ganjaran pahala dengan menuntut saya agar terus berusaha tanpa putus impian, terus berdoa tanpa putus harapan. Kerana JANJI ALLAH itu pasti. DIA akan bersama-sama orang yang sabar. Semoga saya dan suami tercinta tergolong dalam kalangan mereka yang terus bersabar...Amin Ya Rabbal Alamin.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan.. ujian yang Allah Taala turunkan telah banyak mendidik jiwa dan diri saya agar lebih bersabar dan terus bersabar dengan meningkatkan amal ibadah dan berubah ke arah yg lebih baik...dan kini jelas sudah 'sabar itu separuh daripada iman'... 

Yang terbaik kini.. hanyalah teruskan berusaha dengan gigih ;) dan teruskan berdoa pada Allah tanpa ada sedikit keraguan di hati.

" Ya Allah jadikanlah kami dalam golongan mereka yang bersabar dan beriman kepadaMu. Berikanlah ketenangan dan kesabaran pada hati kami, kekuatan pada jiwa kami untuk terus menempuh ujianMu.
Ya Allah Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kami rezeki anak yang soleh solehah di dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.."





Tuesday, January 8, 2013

waJah Kesayangan BeRtambaH!

Bismilahirrahmanirrahim...
Selawat & salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda.


Pembuka jendela tahun baru 2013, sy dapat anak buah baru!!! yeehaa..=) bertambah lagi anak buah. bertambah jugakla usia sy nie@ acuare comelkiutmiut.. Bilangan setakat 1/1/2013, wajah kesayangan sy berjumlah 17 orang kesemuanya..amboi ayat macam dlm buku teks sekolah pulaks..hohoho cikgu.cikgu..


Acik & kakzura dapat baby boy delivered tengahari thru operation... actually record bersalin kak ipar sy nie since anak sulung until nombor 3 semuanyer senang and bersalin normal. But baby yg keempat ni tak sangka pulak ada komplikasi air ketumban zero. So, Doktor pakar kanak-kanak advice n decide kakzura perlu di operate bcoz denyutan baby dah semakin lemah...

maka baby Muhammad Iskandar Zulkarnain  seberat 1.3kg berusia 8bulan terpaksa diletakkan di NICU HUKM utk rawatan dan pantauan sebab dia kecil n pramatang.... 

Kesian Iskandar.. acu doakan Iskandar akan cepat membesar dgn sihat dan kuat semangat untuk terus hidup. acu dan paksu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Iskandar!






tHe RighT ThiNGs


Entry pertama untuk bulan pertama di tahun baru 2013. sekejap masa berlalu. dah hampir seminggu tahun 2013 kita dah lalui.
Cuti sekolah yang menjadi impian buat semua kanak-kanak hatta guru nya jugak sudah melabuhkan tirainya kome oi..ouchh sedihnyer diriku. Kanak-kanak pun dah kembali ke sekolah..bawak beg baru, alat tulis baru, baju baru,kasut baru,tudung baru, berjawatan baru dan pastinya SEMANGAT yg baru. Tak lupe juga golongan pendidik yang sama-sama kembali masuk ke medan keje, kembali mengajar seperti biasa. ohh hilanglah sudah mimpi-mimpi indah saya selama sebulan setengah nie... 

Maka bermulalah episod baru sebuah kehidupan di tahun baru 2013. So, apa matlamat hidup sy tahun 2013. kalo nak di list kn..tersangaaaaaatla banyak the right thing yg sy nak...hohohoo! rasa macam2 nak dibuat pd tahun nie.. dan rasa amatlah berharap tahun nie tercapai semua matlamat itu...In shaa Allah.

Sy petik secebis kata2 motivasi from Dr Azizan Osman, dia kata  'u order the right thing, u get the right thing!'
yes! agree 200%.. thumbs up!!!

Perumpamaannya macam nie la.. kita pegi restoran, kita order makanan yang sedap enak and for sure membuka selera naga kita pada waiter/waitress kat situ dengan penuh berhemah dan bertatasusila..maka pastiny menu yang diorder tadi kita akan dapat sepertimana yang kita minta.  paham x?

So dlm situasi kehidupan kita, mcm mane kita nk dapat the right thing tu?? pada siapa kita nak order semua matlamat dan impian hidup kita tue? pada siapa lagi kalo bukan pada DIA.  DIA Yang SATU ALLAH SWT. Mohonlah sebanyak mana pun impian dan harapan...kerana kepada Dialah tempat kita semua bergantung harap. Tapi bukan setakat memohon meminta tanpa ada usaha dan ikhtiar. Itu angan2 mat jenin namenyerr...itu angan najwa latip KOSONG!

kita mohon, kita minta, kita rayu pada Allah, dalam masa yg sama kita teruskan usaha tingkatkan ikhtiar,majukan diri untuk dapat yang terbaik dalam hidup..

Untuk dapatkan THE RIGHT THINGs yg telah kita order..=)





Saturday, December 29, 2012

MaBruR!

Bismilahirrahmanirrahim...
Selawat & salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda.



sedar tak sedar dah hampir 2 bulan lebih belog ini tak di update. adoi..! mana pegi ntah keseronokkan menaip. hilang kejap among 2 month ago.. so, meh balik oi kerajinan itu..meh cepat!!


ok untuk kali nie juz nak story about kaklong@Nurin Nabilah@wajah kesayangan acu yg SUKSES in her PMR -8A. 

Syukur ALHAMDULILLAH! 8A yg dulu jadi impian dia,now dh jadi kenyataan. kalo nak dicerita bagai for me, she deserved it. Dia mmg patot dapat as long as usaha yg ditunjukkan tak henti2 dok study mmg mengagumkan gua! selain tue, usaha lain yg dia buat jaga solat fardhu, solat hajat, mengaji mmg she did it after kene nasihat@bebel from me and her Opah n of kos from her ibu n ayah also. bukan nak memuji itu ini begitu begini, juz nak berkongsi keseronokan n kejayaan dia.. mana tau org lain bole jadikan sbgai ikutan...yg baik kite folo yg kurg baik kite let go. betoi x.? angguk sume...baguih!

Sememangnya lumrah kehidupan hukum alam, mereka yang berusaha lebih maka hasilnya lebihla yang akan kamu dapat.. TAHNIAH buat kaklong. Tahniah juga buat my only Sister Angah n Abg lan as a her parents yg bg byk sokongan,dorongan,nasihat bla..bla.... Tahniah atas kejayaan kaklong dlm PMR. BUT remember nie baru permulaan penentu aliran kehidupan. SPM is d most important!..Jadi contoh terbaik buat semua adik2 kaklong. Seriously acu bangga dgn kaklong! MABRUR...


FOR Aimin@wajah kesayangan acu,TAHNIAH juga atas keputusan PMR AiMin. Acu faham perasaan aimin. But nie bukan pengakhiran. Actually ni la PERMULAANnya. you should learn from mistake. Jadikan itu semua sebagai batu lonjakan untuk Aimin lebih bergerak ke hadapan! Aimin harapan ibu n abah. so, wake up. and mulakan sesuatu yg fresh start from today! Tiada kejayaan tanpa kegagalan..ingat tu!


Apa2 pun keputusan yg kita dapat, yg pasti kita perlu redha n sedar apa sebenarnya yg telah kita dapat. Tujuannya utk kita polish balik mana yg telah kita tinggalkan n lupakan. Masih belum terlambat. Kita yg kena kejar kejayaan bukan kejayaaan yg kejar kita...=)


Okla, for both of u, make sure ada matlamat dalam hidup masing-masing. 

What's ur dream?
What do u want 2 be?
and..byk lagi what..n what..
Usaha Doa Tawakal. bukan untuk periksa sahaja, tapi untuk segenap pengaliran kehidupan kita..Wallahualam~




Monday, October 8, 2012

PMR is CoMinG!


Tinggal bape jam saje lagi candidate PMR nak bt last preparation before d Big Day on tomolo.
And special wishes for my beloved wajah kesayangan acu... KaKLong & AiMin..

-Semoga kalian berdua diberi kesihatan yang baik..

diberi kekuatan dan ketenangan oleh Allah Taala sepanjang PMR berlangsung..

-Semoga kalian berdua diberi petunjuk oleh Allah Taala sepanjang menjawab soalan2 PMR..

(walaupon susah..jgn panik..teruskan berselawat, insyaAllah sume akan menjadi SENANG)

Perkara yg perlu dibuat... 


-Solat HAJAT jgn pernah tinggal sepanjang PMR berlangsung.. 


-Mohon maaf pada ibu ayah, ibu abah, tokwan opah, tok , mak & pak sedara, kengkawan, and d most important after ur parent is ur TEACHER! mohon maaf n mintak dihalalkan segala ILMU yg telah GURU you all curahkan...mudah-mudahan ade BARAKAH di situ..


-Bangun solat SUBUH berdoa and mengaji walupon hanya sepotong ayat. ( jgn tinggalkan solat 5 waktu)

-Banyakkan berdoa and berselawat dari mula keluar rumah ( for AIMIN..dari mula keluar bilik hostel..hehe)..

-masuk ke dewan dgn KAKI KANAN... duduk di tempat periksa. terus mulakan dgn BISMILLAH dan berdoa mohon dipermudahkan..


ALL D BEST! Acu sentiase mendoakan yg terbaik buat kalian berdua... Ape pon yg terjadi teruskan usaha, jgn putus harapan. Yg penting kita dah berusaha, yg lainnyer biarlah Allah Taala yang menentukan...


SELAMAT MENDUDUKI PMR BUAT KAKLONG & AIMIN! AND SEMUA CANDIDATE PMR 2012..SELAMAT MAJU JAYA


ALWAYS LOVE YOU...Mmmuaahh 23 kali terbabomm!





CaMPiNg JeJAk LiPUR


Last weekend 5-6 Oktober.. camping JejaK lipur kat skola gua.. so seperti biase dah takde org lain la akan jadi FASILITATOR.. sure dan pasti, nama sy tak terlepas dari jadi fasi merangkap warden bagi bebudak nie.. ape bole buat. tuntutan keje. tuntutan ke @ mengenakan. haaa sape nak jawab tu dikk oi..;)

Jumaat - aktiviti sume di sekolah aje.. petang after aktiviti dirikan kemah, aktiviti 'raja batak'..kunun mengadap raja batak then bebudak nie kene prepare sorang puteri org asli utk di persembahkan kepada si "Raja Batak" tu... yela sangat bebudak nie nak pikir sendiri ape jenis persembahan tue.. dah tentunyer cikgunye la yg dok memikior dari segi pakaian ape nak dipakai and cara cmner nk mengadap si Raja tue... so, far aktiviti nie best n enjoy la..


Malam, as usual persembahan kumpulan. meraban sume fasilitator pikir nak buat ape. persembahan sume tema and konsep adalah Org asli. Lagu  jgn cakapla, sgtla merdu and mengasyikkan smpai rase nak nangis fikir camner nak buat.  Alhamdulillah, sume berjalan lancar..bebudak tue buat  sehabis baik sepanjang persembahan.


Tgh malam, aktiviti burung antu. hahaha..aktiviti ni sgt lawak. actualli kite nak pupuk semangat kerjasama, and nak jana keyakinan yg tinggi pada murid-murid. yg lawak nyer, bila mata ditutup bebudak nie ikot je arahan cikgu. suruh tunduk,tunduk..suruh lompat,lompat.. suruh langkah beso..depa pon langkah..hahahaa. itula pentingnyer arahan. teringat pulak zaman blajo dulu agaknyer cmtuela senior2 buat kt kitaorg time burung antu or muhasabah diri. yela mata sume pejam, suke ati depa je la nak bg arahan...


Sabtu - dah kene pegi FRIM la pulak. picnic kt sungai. yang tak berapa nak nampak cm sungai. tapi bebudak nie, sempoi je terjun sungai tue, nampak cam hepi sesangat..layan kan jela..Bebudak dgn air sgt sinonim. Dh setel picnic. prepare for jungle trekking pulak. Penat. sakit kaki. tapi still dpt knowlegde ttg pokok2 kt FRIM tue.


Balik  umah, mmgla tersangat penat, sampai xlarat nak tgk tv ke ape. terlena terus. mmg tenkiu sesangat pada en asben sbb die sudi menjoinkan diri ke FRIM..die pon sama pi jungle trekking. die pon penat bagai nak rak!



Actually sy enjoy dgn keje sy... walaupon sy rase mcm di#####..tapi biarla. janji Allah Taala tahu ape yang sy buat dan ape sy telah buat. Biar di SANA nnt, semasa perhitungan amal, sy ada jawapan pd setiap tugasan sy . wallahualam...




Sunday, July 22, 2012

Hadiah Istimewa Dari ALLAH


Waktu berbuka adalah waktu yang sepatutnya ditunggu-tunggu oleh muslim yang berpuasa – ( sy pun sm! ) tidak kira puasa sunnat atau fardhu Ramadhan – , bukan kerana sukanya terhadap hidangan yang melimpah ruah, namun kerana waktu berbuka adalah antara waktu-waktu yang sangat mustajab doanya, di samping mustajabnya doa sepanjang dia berpuasa pada hari itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda :


ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga orang yang doa mereka tidak ditolak oleh Allah : Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika ia berbuka, dan doa orang yang dizalimi.” (HR. at-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah, dengan lafaz dari at-Tirmidzi)


Rasulullah SAW telah bersabda: Bagi yang berpuasa, doa yang mustajab ketika dia hendak berbuka. (Abu Daud) 
Banyak perkara yang kita boleh doakan, dan yang terutama adalah doa mohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilalukan sebelum ini. Ketika berbuka, berdoalah :

1) dengan doa berbuka puasa yang telah diajar Rasulullah s.a.w.

2) mohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

3) mohon keampunan dan kerahmatan untuk kedua ibu bapa kita.

4) kebahagiaan, bertambah rezeki, dan keberkatan hidup untuk seisi keluarga.

dan apa sahaja doa yang kita inginkan, seperti mudah beroleh zuriat, doa kerahmatan untuk sahabat yang kita sayangi, doa untuk mendapat kejayaan dalam kerjaya, doa disembuhkan dari penyakit, dan sebagainya.

Boleh kita katakan, sebagai ganjaran atas kepatuhannya itu, Allah s.w.t. menjadikan waktu berbuka sebagai waktu keemasan untuk mukmin meminta apa sahaja yang dihajatkan...


So, apa dok melangut lagi..? Jgn lepaskan peluang yang dah Allah tetapkan sebagai hadiah teristimewa buat semua hambaNya...

berdoalah sebanyak banyaknyer.,.jgn ddk kt meja makan, hanya menanti waktu berbuka dgn sia-sia tanpa sebarang doa kita panjatkan ke hadrat ILAHI. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar..mudah-mudahan dimakbulkan doa-doa kita semua...Amin Ya Rabbal 'Alamin..



Kisah SeOrang Murid & wang Yg HiLang


Jumaat lepas sehari sebelum umat Islam berpose, seperti  biasa sy & kengkwan minum2 @ kantin skola. Tgh berborak itu ini begitu begini.. datang sorg murid pompuan kt sy..berlakulah sesi dialog between sy & that little girl.

" cikgu duit sy hilang.." 

"awak letak mane duit.."
" dlm beg.."
"awak bwk bape hinggit..?"
"...ermm sy bwk 2 hinggit cikgu.."
"awak terguna kot..." kate sy cube menguji.
" takde cikgu, air botol nie sy bwk dari umah, sy beli bendera RM1 jew pg td..." ( bendera itu mmg sy sedia maklum ade dijual waktu perhimpunan pagi td..)

"jadi duit tggal singgit je la kan.."

" a.a.." 

Dlm hati mmg rase konpius budak nie, tipu or mmg btl duit die hilang.. tgk muke cam  bole pecaya jew.. tapi jauh di sudut hati nurani sy, sy dpt rasekan duit die mmg betul hilang, maybe misplace or tercicir..

Saat tue tak ingat org lain dh..otomatik teringatkan wajah kesayangan sy.. seandainya wjh kesayangan sy seperti budak itu, tak bwk duit and dtg mtk kt cikgu depa... ape akan jadi...?

sy pun bagi duit singgit kt die utk belanja mkn. 

" sy nk beli kopok lekor cikgu..?" 
"takpe, amik duit pegi beli.." kate sy..
"  TERIMA KASIH CIKGU!..." nmpk ketulusan kt muka die masa dia ucapkan tima kasih tue kt sy..

Tak taulah dari mn dtgnyer rs sayu tue, sy sedih tgk die. kalolah sy tak bagi duit kt die, mesti dan pasti die kecewa dan tahan lapo... 

dari jauh sy nmpk die terus pi kaunter kantin beli kopok leko n duduk sorg2 mkn..
die nak tipu, terpulang pd die..

Andainya satu hari nnt, tiba masanya wjh kesayangan sy pulaks hilang duit @ skola, mudah-mudahan dgn ape yg berlaku hari Jumaat aritu, ada balasan baik utk semua wajah kesayangan sy.


Mungkin ini hari murid sy...Hari wajah kesayangan sy takde sape yg tahu. 


"kite buat baik dgn org, mudah-mudahan org juge akan buat baik kalo bkn dgn kite tapi mungkin dgn seluruh kaum keluarga kite.." -KAKZURA-


ye,mudah-mudahan....







Friday, July 20, 2012

RaMadhan KaReeM


Malam nie insyaAllah dipanjangkan umo maka bermulalah TARAWIKH pertama. Alhamdulillah RAMADHAN KAREEM sudah kembali membukakan tirai dan pintu rahmat, pintu barakah, pintu rezeki, pintu keampunan, pintu keinsafan, pintu ketakwaan, semua pintu kebaikan..... BULAN  yang djanjikan Allah Taala penuh dengan kerahmatan , pengampunan dan pembebasan dari api neraka...

Alhamdulillah bersyukur kerana Allah Taala masih memberi peluang kepada sy dan seluruh kaum keluraga dan sahabat handai bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan penghulu segala bulan pada tahun ini. Bulan yang penuh KEBERKATAN yang dijanjikan Allah SWT ganjaran yang berlipat kali ganda..ALLAHUAKBAR!

   
::Segala Pujian buat Tuhan Sekalian Alam panjangkanlah usia kami, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu dan sihatkanlah tubuh badan kami untuk terus menikmati bulan RAMADHAN pada tahun ini hingga ke akhirnya..amin::

Apa persiapan kita untuk bertemu bulan yang penuh barakah nie? 

menu masakan untuk berbuka..? lauk ape utk bersahur..? Pakaian indah utk hari raya..? kuih raya enak utk tetamu..? rancang seGRAND manekah labuci utk raya pd thn nie...? byk lg kan.... 

kekadang kite hampir terlupa semua tue dah jauh lari dari realiti kehidupan kite sbgai muslim.. kita sehendaknya menyambut kadatangan RAMADHAN nie dgn  MEMBETULKAN NIAT kite. Puasa itu keseluruhan menahan diri dari segala nafsu yg ada pd diri kita. bkn hanya sekadar menahan lapo & dahaga. sama-samalah kita berjuang melawan segala nafsu yg ada pd diri kita untuk mendapat ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dari ALLAH.  InsyaALLAH.


selain tue, antara persiapan before pose nie..

tunaikan solat tarawikh yg pertama & seterusnya di masjid secara berjemaah, banyakkan bacaan Al-Quran dan memperbaiki bacaannyer, niat utk bangun melakukan solat sunat malam, bersahur & berbuka bersama encik asben...moga Allah tetapkan iman sy dan hati sy utk kekal dgn amalan ini bkn hanya di bulan Ramadhan sahaja namun utk bulan-bulan yg lain sepanjang kehidupan sy...amin.

SALAM RAMADHAN buat semua ..mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran. moga ibadah kita di bulan ini dipertingkatkan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah..

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM..





Wednesday, July 18, 2012

JumPe JugOK


Last week..emm last 2 weeks sbenornyer.. sy pegi ke Putrajaya for SPP itebiu. Alhamdulillah proses itebiu yg sgt sempoi n berjln dgn lncar.. syukur sgt2.
then after abis itebiu @ Jabatan Perdana Menteri tue, sy pegi ke KPM nk bersua muka dgn kak gee..Ya Allah punyerla lamer tak jumper die.. almost setahun ade kot..haaa amik kau..SETAHUN. sedangkan ddk di KL juge..namun apekan daya masing2 sibuk dgn kerja urusan hidup smpi nak bertemu 4 bijik mata pun payah.. naseb baik ade kesempatan jumpe dia aritu..

so, bile dh jumpe tue, tak payah ckpla..mmg gamatla cafe kat tempat die keje tue dgn suara lunak merdu kitaorag bersembang..! syok! terus terimbau zmn blajo dulu..mkn2 kt cafe KTDI and LEPAKing kt fudkot..=)  


kak gee ttp kak gee.. yela tak akan nak tuko jadik gaban pulak kan..{hehehe sori kak gee..} she still mcm dulu.. HUMBLE  FRIENDLY  and  SWEEEET!


walaupun dpt jumpe kak gee skjap aje.. for me tue pun dh ckup bermakna. thanks kak gee luangkan ms keje anda utk diriku...huhuu  =)




kak gee cm nk telan gua jew..hehee die tgh buat lawok antarabangsa tue!
       


 kak gee