Tuesday, May 31, 2011

Cucu TerAkhir

Majlis Kawen Mardhiah & Alif selamat sudah..alhamdulillah. generasi cucu tok puteh semua dah selamat mendirikan rumah tangga ...yang pasti kini, MAk LAng, MAk, & Chu dah boleh tutup buku hal kerja kawen...

sepanjang majlis kawen..everything berjalan dgn lancar dan memuaskan sume pihak.. seronok bile dapat berkumpul adik beradik, sepupu-sepupu, sanak sedara.. kitaorang bertukar2 cerita...sakat menyakat, kutuk mengutuk ,,haahaha! macam-macam... sampai sakit perut pecah gelak dengan lawak antarabangsa yg mmg sah2 xde jual di pasaran...besssttt oooo!. tak lupe jugak dengan kehadiran generasi baru Tok Puteh...Naim-anak kak liza,  Fateh- anak bro kimi... ~
cuma.... sy geram dgn photographer Wedding my cousin tue...pakcik cameraman yg bajet terer .. bajet tahu sume, but hasil yg pakcik tue tunjukkan pd sy & encik husband..perrggh..kurang menyelerakan..rase sy lawa lg cara kaklong tangkap gambo.. tp xtahulah, kalo dh buat album , gambar tu akan lawa after di edit..i hope so..~
abis je majlis, malam tue sy & encik suami bergerak balik ke KL.. sebab esoknyerr sy dah start kls di IPGBMM..mmg terbaikk!  penat,..? jgn cakapla...tp for my lovely cousin, we all sanggup balik jua ke Taiping... =)

kepada Pengantin BAru...
selamat melayari alam rumah tangga...
semoga menjadi suami isteri yg soleh & solehah 
dan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga abadi.....

jom kite tgk pic sekitar majlis kawen tue...






pengantin
generasi cicit Tok 

chu & mak


Thursday, May 26, 2011

UPM dlm Kenangan

sedang asyik abiskan sisa asemen lewat mlm smlm, 
sy tertarik nak bukak folder photo di UPM...
alahai...mmg mengimbau memori daun pisang... 
teringat pd teman2 seperjuangan yg sama2 menimba ilmu...
terkenang kolej kediaman - Kolej kelima 
di mana tempat sy dan geng2 berteduh drpd hujan panas, 
berkongsi bilik yg sama,
 tv yg sama, 
tempat basuh baju yg sama, 
bilik mandi yg sama dan byk lagi yg sama...
Bus UPM yg kaler biru tue, penunggu setia tiap kali nak ke kelas..
lewat jgn ckpla...10-15minit setelah lectures bermula, 
tue la waktu yg paling ideal kami menjengah ke kelas...(...jgn tiru aksi ini...)  
...sesi menyiapkan asemen lagi best..
masing-masing pulun nak completekan asemen 
yg dh mmg sah2 tggal bape ari lagi nak kene submit. 
ade juge yg meniru...
eh bkn tiru,tapi buat rujukan la kunun...heheee.
tima exam lagi gempak...suasana senyap bile tibe study week..
senyap ke?
 senyap la dlm ari pertama, masuk ari kedua dlm study week,
 keadaan kembali seperti asal..kecoh, bising, happening...=)
novel tebal mmg jadi peneman tiap kali before lelapkan mata..
takde org lain dah RAtu NoveL..
My lovely + best Fren..Kak Gee! 
siap bole bt sewakan novel tue..mmg masyuk..hehehee.
Layan drama @ film korea & JApan pun xpernah hilang dari kamus idup kitaorg... 
bersekang la mata semata2 nak abiskan plot citer tue...
...ish2 mmg hebat la...!
membina cinta juge di UPM...ewaah
dating kat foodcourt, makan kat Cafe KTDI, Joging Kt Bukit Expo...
segalanyer di situ...
encik keKasih merangkap Suami tercinta kini 
setia menanti dan menunggu tiap kali nak jumpe...heheheee
Kak gee, eSah, Gee, eMMa, korang ingat ke lagi memori daun pisang kiterr..?
 member floormate-
member coursemate -
member satu fakulti
korang sume mmg best & sempoi
semua kenangan tue susah dh nak jumpe skrg...
semua memori tue susah dh nak patah balik...
semua sekali dah tingal kenangan 
saat kiter semua melangkah keluar meninggalkan UPM ...
2004-2007
alahai cedih la...
the best wishes, 
aku harap korang semua sihat & 
 berjaya dlm bidang kerjaya masing2...
korang sentiase dlm kenangan aku.... -are-


















Last Minutes!

Yo!...oksigen..oksigen...!!
waktu genting dan klimax dtg lagi..
dah nak masuk cuti sekolah, tinggal tak bape ari je lg nie.. 
rutin  & aktiviti wajib ialah proses mengompletekan kesemua asemen...
sgt la best dan sonoknyerr rase...huhu...
sampai nak menitis airmata...hahaa =)
baki waktu yg tak bape hari lagi ni..rase tak cukup je. 
bukan tak siap atau tak buat langsung 
..tapi.. 
sesi metouch up dan menambahbaik kan asemen yg dibuat
 bkn bole touch up sket2...
buat keje biar puas hati, baru org puas hati tgk...
 hampir 90% asemen sy berjaya dibereskan - alhamdulillah...
hanya menanti saat kembali semula ke maktab for next interaction in this JuN... 
yo...Go acu gO...!


Monday, May 23, 2011

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

assalamualaikum

saat kita semua bergembira dengan kaum keluarga dan sahabat handal...kita sekali lagi digemparkan dengan kejadian yg penuh tragis & sudah pasti menyayat hati seluruh warga Malaysia...tragedi tanah runtuh yang berlaku di HuLU langat pada 21 Mei lalu bukan satu peristiwa baru dalam kamus kehidupan kita rakyat MAlaysia... namun hakikatnya peristiwa itu merobek hati dan segenap pelusuk jiwa dek kerana mangsa tanah runtuh itu dalam kalangan kanak-kanak yang begitu polos dan suci. 

tatkala melihat foto di bawah nie, xde kata yang dapat dilafazkan melainkan seribu keinsafan dan sebak yang sangat meruntun jiwa..... sy hanya terfikir bagaimanalah penghuni rumah anak yatim nie, kanak-kanak yg masih kecil bertarung nyawa saat tanah dari bukit tue menimpa bertalu-talu tanpa belas kasihan.  
sehingga gelap penglihatan, kelam suasana...hanya menanti saat kematian.. Ya Allah...~
foto nie sy ambil dr blog ilustrasiku
siapalah kita untuk melawan takdir dan ketentuan YANG MAHA ESA..sudah pasti ada maksud dan hikmah yang tersirat di sebalik kejadian yg berlaku baru-baru nie...

semoga mereka semua ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh...
semoga roh mereka tenang bersemadi di sana......aminnnnn

samalah kita berdoa mohon agar kita dan kaum keluarga dijauhkan dari bala bencana dan sentiasa berada di  bawah perlindungan ALLAH hingga ke akhir hayat...

Saturday, May 21, 2011

Abah & his PJK

Sekalung tahniah buat abah tersayang Hj Rashidi Ismail atas anugerah Pingat Jasa Kebaktian 
oleh Sultan Perak pd 21 Mei 2011 bertempat di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. 
Pengiring abah sudah pasti mak tercinta  Hjh Sabtiah Mohd Radzi 
yang setia menemani walau di mana saja berada...~
we proud to be your son and daughter...love you so much...mmuaah!










Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang melimpah ruah dan tak pernah putus....
ALHAMDULILLAH

Terima Kasih semua


Kita seringkali leka dan lepas tangan utk ungkapkan dua perkataaan terbaik di dunia.. mungkin kita terlalu ambil mudah tanpa memikirkan kesan yang berlaku di sebalik perbuatan kita.. susah ke nak ucapkan dua perkataan keramat tue..? 
tak susah sebenarnyer kalo kite benar-benar faham dan mengerti untuk menghargai insan lain...

Tak kiralah tiap titik usaha yang diberikan itu besar atau pun kecil, 
yang penting insan yg menerima tahu menghargai...
tak perlu dihargai dengan limpahan wang ringgit, mahupun emas permata 
ataupun disogokkan dengan pelbagai barangan berjenama..
cukuplah sekadar  DUA perkataan keramat yang sungguh dalam maksud dan pengertiannya...TERIMA KASIH.




Kerana 
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihargai...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa disayangi...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dimengerti...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihormati...
TERIMA KASIH tak perlu diukur dengan pangkat, usia mahupun darjat....
yang tua pun perlu ungkapkan terima kasih kpd yg lebih muda..
begitula jua sebaliknya...

Kerana.. 
dengan berTERIMA KASIH..
sebuah ikatan akan lebih bermakna...
ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa..
atas jerih payah dan pengorbanan membesarkan kita
ucapkanlah terima kasih kepada adik beradik..
atas pengalaman dan perkongsian hidup mendewasakan kita
ucapkanlah terima kasih kepada rakan2,kawan2,teman2 dan sahabat..
atas sokongan, dorongan dan kekuatan yang diberikan kpd kita..  
ucapkanlah terima kasih kepada suami atau isteri...
atas suka, duka, tawa, airmata sepanjang menempuh kehidupan berkeluarga bersama-sama.....,

Ucapkanlah terima kasih kepada semua insan 
yang telah mewarnai dan menyentuh kehidupan kita....


Jutaan, ribuan, puluhan terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yang telah sudi menjadi penawar dan racun dalam seluruh kehidupan saya...
TERIMA KASIH.


Last but not least....
TERIMA KASIH YA ALLAH 
atas segala ujian dan rezeki yg telah dikurniakan...~Alhamdulillah~



Friday, May 20, 2011

hindustan hei...

Disebabkan tema hari guru thn nie 1 Malaysia, so dgn penuh confidentnyerrrr.... sy pakai baju punjabi merah menyala dgn berselendang panjang ala2..hindustan..huhuhuu =)

pagi2 turun lif nak g keje, org pelik je tgk sy dgn baju punjabi ... mungkin dlm hati masing2 sibuk berkata-kata.. :
nie la kot antaranya-
  • " apesal minah nie, dah xde bj kurung ke?" 
  •  "...nie nape plk nie..dh mcm nak celebrate deepavali.. " 
  • ".. lawa jugak baju minah nie lip lap lip lap..." 
  • ..die rase die cantek le tue.... [alamak! kene sebijik..=) ]

 mcm2 pndangan org......hehee..
apehal2 pun anak murid sy suke dgn penampilan sy.. kelas gitu!
rase nk nyanyi pulakss..
abeto meradil...ja ge na so ta hai..kia ka ru ha hai..kuch kuch hota hai...~....~..lalalalaallaa~


alamak...?!
Tq to sis kavitha for a beautiful punjabi suit..! =)

hari guru @sekolah



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...

Selamat Hari Guru buat semua rakan guru Sk Salak South..
semoga kita akan terus berbakti dalam mendidik dan melahirkan insan yang cemerlang di mata dunia...=)



klik PPKI


Tuesday, May 17, 2011

DOSA GUGUR apabila SUAMI ISTERI bersalaman


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan
suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

* semoga sy dan suami akan terus kekal dgn amalan yg mulia nie..aminn *

Monday, May 16, 2011

sejarah 13 Mei

13 Mei genap usia perkahwinan abah mak 42 tahun....
hasil perkongsian hidup Hj Rashidi Ismail dengan wanita pilihan hatinya Hajah Sabtiah Mohd Radzi, 
lahirlah 3 putera 2 puteri yg molek rupa paras dan sempurna sifatnye...
kehidupan abah dan mak bertambah seri dengan kehadiran menantu 
yang baik budi pekerti dan indah raut wajahnyerrrr...=)
generasi abah & mak terus berkembang sihat 
dengan kehadiran insan-insan kecil berjiwa besar seramai 15 orang...,
 kehidupan abah & mak terus ceria dan dilimpahi tawa gembira 
sepanjang 42 tahun usia perkahwinan...
Alhamdulillah..
setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Yg Esa
atas kurniaan yg tidak pernah putus
semoga generasi dan darah keturunan abah mak akan terus berkembang 
dalam meramaikan lagi umat Muhammad di muka bumi Allah nie....  
Kami anak-anak , menantu serta seluruh wajah kesayangan acu, 
permata hati pengarang jantung abah mak, 
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan abah mak di dunia akhirat...
semoga ikatan kasih sayang abah mak akan terus mekar mewangi..
sewangi haruman di taman Syurga..
semoga abah mak 
dipanjang usia, 
ditetapkan iman, 
diberkati hidup
dan 
sentiasa di bawah perlindungan 
Pencipta hingga ke akhir hayat.....

terima kasih di atas kasih sayang yg tidak pernah berbelah bahagi 
buat kami semua generasi keturunan mu...






abah & najwa






abah mak bersama anak menantu





salam sayang penuh kasih dari anakanda mu