Monday, November 28, 2011

Salam Maal HijraH

assalamualaikum...


27 Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H..tahun hijrah yg baru..bekalkan dgn azam yang baru, tekad yang baru..semangat yang baru..segala-galanya baru utk mendapatkan sesuatu yg baru.. insyaALLAH..


dengan bacaan doa akhir tahun pd akhir waktu asar, dan bacaan doa awal tahun selepas azan maghrib..merupakan permulaan sesi penghijrahan bagi kita semua yang ingin berhijrah. 
hijrah dari kehidupan yg baik kpd yg lebih baik...


moga kita semua akan termasuk dan tergolong dalam sesi pelayaran baru dalam menuju sebuah kehidupan yg abadi...amin..


Friday, November 18, 2011

last Day scHooling

assalamualaikum...



Hari  nie last day sesi persekolahan 2011. SELAMAT BERCUTI buat semua rakan guru & insan yg namenyer murid @ pelajar... tadi kt sekolah, bebudak tahun 6, tersedu sedan menangis after salam jama'i..yg syok nyer bebudak lelaki pulak tue. mmg jiwa halus. nmpk sgt depa appreciate zmn skola rendah. mmg susah dh kan nak patah balik setiap detik memori sekolah rendah. cikgu dulu pernah merasainye..huhuu~ dan setiap insan yg bergelar manusia akan melaluinye.. itulah proses kehidupan. {bayi-kanak2-remaja-dewasa-tua.}


buat semua murid2 tahun 6 yg akan melangkah ke alam menengah, selamat maju jaya. jaga diri baik2. jgn tersalah pilih kawan. bcoz di alam menengah cabaran dan dugaaan tersangatlah hebat... persiapkan diri dgn ilmu dunia dan akhirat agar tak tersasar dgn godaan dunia. ~


sy..?? xbole nak enjoy lagi... lecturer maktab dh melambai -lambai  mcm usop wilcha..
yeah!!!..IPBM i'm coming...! adoyai~ =)





Sunday, November 13, 2011

adakalanya dia tersentuh...

assalamualaikum...



::siapa sebenar insan bergelar ABAH::


nama abah seringkali tertinggal seketika berbanding mak. 

apa jua keadaan kite lebih selesa sebut dan sahut nama mak..

hakikatnya kita tak sedar abah lebih jua bermakna dalam hidup kita.

mungkin mak lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita ..Tp 

tahukah kita,  abahlah yg sebenarnya mengingatkan mak utk menelefon kita?

Semasa kecil,mak lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw 

sebaik saja abah pulang bekerja dgn wajah yg letih abahlah slalu menanyakan 

apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@ demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jgn 

minum ais!".Tp tahukah kita bahwa abah sangat risau.??

Ketika kita meningkat remaja, abah memilih sekolah berasrama utk kita 

menimba ilmu. saat itu kita rasakan abah tak sayang kan kita, hantar kite ke 

sekolah asrama. Sedarkah kita bhw abah hanya ingin yang terbaik utk kita? 

Krn bagi abah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, abah pun melonggarkan peraturannya.  kita telah 

mula melanggar kpercayaan nya...Maka abahlah sangat risau di samping 

mak..namun tak ditunjukkan secara nyata, hanya doa dititipkan

Setelah kita dewasa,abah telah mghantar kita ke universiti..harapan agar kita 

dapat mengenggam segulung ijazah.

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, abah hanya 

mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kita 

berjaya..Abah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untuk 

kita..Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan ada insan meminta izin untuk 

mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan 

akhirnya..Saat abah mewalikan dan mengakadkan pernikahan kita, ternyata 

abah gembira namun jauh di dasar matanya abah sayu melepaskan kita. 

 walaupun begitu abah tetap tersenyum bahagia..

Apakah kita tahu,bhw mungkin abah melepaskan sedunya seketika... menangis 

kebahagiaan merelakan kite bersama pasangan sebagai pelindung dan 

tanggungjawab kini sudah beralih tangan

dan kini.. abah hanya akan menunggu kepulangan  kita bersama cucu-cucunya 

yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak 

lagi kuat untuk menjaga kita..

sedalam- dalam hati abah, di hujungnya terselit satu perasaan rindu buat 

semua anak-anaknya...

adakalanya dia akan tersentuh...

tersentuh dgn setiap tingkah mahupun gelagat org di sekelilingnya. biarlah 

mereka melupakan abah, yang pasti mak serta kami anak menantu ditambah 

riang dgn kehadiran cucu-cucu akan tetap dan terus di sisi abah walau apa jua 

keadaan..insyaALLAH.

siapa lelaki terbaik yang pernah wujud dalam hidup anda? 

yang sanggup berkorban nyawa,harta,tenaga malah sanggup melukakan 

dirinya untuk kebahagian kita...? 

jawapan saya hanya satu. ..ABAH..


ukur baju

assalamualaikum....


dah mkn ke? sy dh mamam. awal pagi keluar breakfast with kekasih halalku..roti canai telo..as usual, sy mkn half.. another half my lovely asben akan habiskan, sb die sgt memahami wife beliau yg agak cerewet ttg mkn. TENKIU. 

okeh, bkn nak ckp pasal makan ke hape, juz nak sharing about jimat. tau ape tu jimat. mcm2 kite bole jimat, duit, keperluan, kehendak, truly n the reality jimat sinonim dgn DUIT. mmg xbole la nak lari. ikutkan hawa nafsu, kehendak hati yang tak bertepi semua bende kite nak membeli, tgk org ade, kite pun nak ade jugak. tapi agak tak relevan bile poket tak mencukupi, tapi berbelanja macam nak mati, ape kes ni bro?? ukur  baju di badan sendiri la...nak membeli tak slah, tapi tilik tgk keperluan @ kehendak yang kite sibuk sgt nak daptkan tue.

 if u student, dh tentu u dpt loan kan..pndi2 la berjimat. sbb sy sendiri pernah menjadi student. sy tahu perbelanjaan as a student.blm msnyer utk menyoping (shopping) brg2 yg agak tak mampu nak dapat. lain u anak org kaye......but sometime, mmg la tingin nak merase brg brand, bole tapi kumpul la duit sikit2. jgnla mengharapkan duit org lain...hanya kerana anda bersikap BOROS. sbb org lain bekerja keras siang mlm nak cari duit, u senang2 aje mintak. ade rezeki lebih, org akan beri..dun wori..but tak molek la kalo meminta2..... 

tak kirala sape pun kite, tua muda, keje mahupun belajar konsep BERJIMAT mesti ade dlm setiap jiwa. kite yg menguruskan perbelanjaan bkn nafsu. wallahualam.



pengorbanan

assalamualaikum...


Allahu akbar. Allahu akbar.. walillahilham~


Idul Adha datang lagi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah utk manghayati erti pengorbanan.  syukur.  Setiap manusia punyai definisi pengorbanan yang berbeza... terpulang kepada diri masing-masing utk meletakkan erti korban itu dalam kehidupan kita.  Yang pasti sejarah pengorbanan  Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. harus terus diingati & jadikan sebagai teladan. 
biarlah ape pun konsep dan definisi yg kite rungkaikan tentang pengorbanan, percaya dan yakinlah Allah selalu bersama kite.


10 Zulhijjah , saya raikan dgn penuh kesyukuran bersama mr amirul faiz yuzlan bersempena ulangtahun perkahwinan kami yg pertama... ::alhamdulillah:: 
kejap sungguh masa berlalu. terasa baru semalam di akad nikahkan dlm majlis penuh syahdu dan seribu rahmat Allah. 


benarlah pengorbanan itu pahit di awal, manis di akhirnya. syukran ya RABB.  moga ikatan kasih sayang antara sy dan suami akan terus kekal hingga ke syurga abadi..amin~





Tuesday, October 25, 2011

hOliday INN..

assalamualaikum...


jom menghapdate kan diri.
last weekend sy n encik asben abiskan ms berdua @ tanah tinggi... best mmg best,dpt luangkan ms bersantai, enjoy lupakan seketika keje, dan tugasan di KL..berbaloi-baloi~ thank to company encik asben yg menyenpossorkan percutian kami di Genting Higland.. Best! Syok wooo..!!!
Tahun dpn sponsor lagi ye..::KINGSMEN::









Monday, October 17, 2011

itu pun ada kaaa...?

assalamualaikum...


saje nak berkongsi rase...sy rase pelik dan agak takut dgn org yang bile di dpn  lembut giGi dari lidahnyerr, but masYaALLAH bile di belakang....Allah saje yg tahu, mcm2  statement yg keluar..berapi2 mungkin..adoyai. itu bercakap psl org lain, kalo pasal sy tak tahula ape yg di jaja n di jual..aishh, mcm2 manusia zmn skrg. bt baik, di kata mengampu, bt x baik di kata xde motivasi + xde pendirian.. bt tak tahu di kata tak reti ape2...bt bodo di kata dungu... bt pandai di kata eksen le pulaks..wallahualam...

Wednesday, October 12, 2011

hepi besday mak!

assalamualaikum....

semalam hari lahir mak...11 Oktober ::
mak dah 58 tahun..tapi maintain cun...=)
alhamdulillah dah meningkat usia mak...
buat mak tersayang..
are doakan mak 
:::::: 
semoga dipanjang usia dalam meneruskan ibadah kepada Allah
diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup
dikurniakan nikmat dan kesenangan di dunia akhirat
diberkati dan dirahmati Allah hingga ke syurga
sentiasa berada di bawah perlindungan ALLAH siang dan malam
moga mak terus berbahagia di samping abah hingga ke penghujung nyawa
serta bergembira bersama kami anak menantu dan cucu kesayangan....

are sayang MAK....
mmmuuuahhhhh!
abah dan mak


Wednesday, October 5, 2011

terlalu ISTIMEWA

assalamualaikum....


sekadar nak berkongsi suatu keistimewaan yg Allah Taala kirimkan utk setiap insan bergelar wanita...


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."




"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." 


::  sy seorang wanita... terima kasih Allah.....anda..? ::

betapa berharganya dia..

Jika isteri menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

 Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat..
 TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
 SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
 PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
 Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
 Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
 Dia begitu SEDIH melihat KEMATIAN..
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…




sumber dari Che Siti Hanieyfah :: syukran ::