Friday, May 25, 2012

Abah Mak dh smpi



pagi Jumaat yg hening dan mendamaikan.. pagi nie, drive pi skola pun kete tak banyak. sgt sedap pecut kete..tak de perlu  nak cilok kete bagai.. alhamdulillah. berkat penghulu segala hari.

smlm  Angah bgtau, abah mak slmt smpi di Jeddah lebih kurang 12 tgh mlm waktu Msia, sana jam 7 ptg. ( lwt 5 jam dr kite..) walaupun agak lwt sbb, flight tue transit dl kt pakistan dlm beberapa jam, then br smbung fly ke Jeddah. ape pun, jnji slmt smpi. alhamdulillah lega hati dgr news tu. and now, my parents dh berada di Madinah Al Munawarah... 
moga segalanyer selamat dan dipermudahkan segala urusan-... Alhamdulillah 

Thursday, May 24, 2012

wAniTa yg DiAzab..


buat renungan bersama... 

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisra'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)




moga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah... be a good muslimah~


seLamat PerGi SLamat PulanG

assalamualaikum..
Selawat & salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda...

Hari nie 3 Rejab.. my lovely abah & mak berlepas ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah utk menunaikan ibadah umrah. Nie bkn kali pertama my parents berangkat ke sana actually... ni merupakan kali ketiga mereka ke Mekah.. kali pertama 1998 for ibadah Haji, then second time 2003 for ibadah umrah.. Tapi as usual, hati nie tetap sayu and i started crying when i heard their voice through my phone...huhuu. sy sedih. dah lame tak jumpe mak abah. last jumpe 3 weeks ago. tak dapat nak balik and hantar depa pi umrah. tapi pagi tadi abah ade hantar mms gambar before diorang naik flight. nangis lagi. aduhai....hati tabahla~



tiada kuasa dan kudrat sy melainkan hanya mampu berdoa mohon Allah...
memudahkan urusan ibadah umrah abah dan mak, moga abah mak diberi perlindungan dan keberkatan, dikurniakan haji mabrur, dijauhkan dari segla bentuk bencana dan fitnah dunia dan akhirat....moga abah mak selamat pergi dan selamat pulang....  

really miss u..!



my memory


Rejab is coming. syukur ke hadrat Allah kerana di beri kesempatan  berpose sunat sempena 1 Rejab semalam.. cpt betul ms berlalu meninggalkan kite sume. Lelah memikirkan ade beberapa perkara yg masih belum usai diperbuat sepanjang penggal pertama tahun nie... takpe slow...slow kayuh. pasti ade jlnnyerr.

last week on 16 May was a teacher's day.. em, sy rs tahun nie sy xbape enjoy. Itu diri sy, sy becakap ttg sy. Bkn sbb tak dpt hadiah or ape ke.. hadiah tu tak penting..( tp kalo ade amik jugeee..weee..=)  for me as a teacher for special child tak de ape yg lebih best melainkan nmpk perubahan pd diri my students. even 0.01 perubahan pun, give me some happiness .. =)

but when i was here, i still look for myself.  tak tahula kenape, maybe tak kene dgn jiwa. acapkali sy cube tapi sy kelu lidah dan otomatik la diam membisu... dan sememangnyer sy suke bercakap, suke menyembang, but i didn't have a gud buddies to share my feeling, my story. Bcoz of that, sy mule la rindu dgn every moment  mengajar di sekolah menengah seri samudera. setiap aktiviti di sana, sy hepi n sy teruja. and all my friends yg pastinyer pangkat kakak n abg for me, sgtla understanding and sgt suke membantu... emm, i miss them so much!..  tapi org tua2 pernah ckp, pengalaman mengajar kite erti hidup.. dan sy banyak belajar ttg ilmu mengajar dari sekolah samudera. really!. sy tak tipu.  mase tue sy just GSTT..kontrak lg. tp penerimaan warga skola amatlah terharu, and the most important takde pun cam nak menyisihkan golongan sy yg kontrak ketika itu.. tenkiu guys! 

ilmu mengacara, ilmu mengendalikan program, ilmu berdepan dgn student sume sy cedok n sy timba dari sana. alhamdulillah. kak hairani, kak niza, kak mai, kak kiah, cikgu rosman, cikgu nasir, cikgu yusnizan, kak azoha, pn intan, pn azizan, cikgu shahrul, ...and rmai lg sbnrnyer.. name je xdpt di tulis mungkin daya ingatan sy semakin pudar..AllahuAkbar.

biarlah kenangan itu menjadi memori yg terindah spjg hidup sy di bumi Metropolitan nie.. sy tetap merindui kengkawan semua yg sgt best dan baik.. moga budi baik kalian semua Allah berkati..

Dan...yg pastinyer di sini kerjaya sy, sy perlu buka minda dan terima seadanya ape yg telah Allah tentukan dlm perjalanan hidup sy. Setiap ape yg berlaku ade hikmah yg tersembunyi...