Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Talam dua muka semakin bermuka-muka


Sapa suka makan kuih talam. Angkat kening!! Haa, saya sangat la LIKE dgn kuih talam nie. Kuih talam sedap. rasenye lemak. Kuih talam biasenya bole jumpa pun di kampung-kampung. Kalo di Kuala Lumpur kuih talam yang sedap ada dijual di Jalan Tar setiap hari Sabtu. Bertalam-talam dan dijamin sedap. korang takkan menyesal. InsyaAllah. Itu kuih talam. Sedap dan menarik.

Camner pulak dengan talam dua muka?? Yang bertalam2 lima enam muka. Acaner tue! Tak sama ye puan2 dan tuan2. Totally different. Talam dua muka langsung tak sedap. Tak Menarik. Tak Bagus. Tak memberi ape kebaikan malah patut di letak dalam tong sampah.



Manusia talam dua muka nie sangatlah bahaya. Rencananya tak dapat kita duga sebab dia adalah jenis manusia yang di depan lain, di belakang lain. Aura negatif terlalu banyak pada manusia jenis ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan matlamatnya tercapai. Manusia jenis ini akan merasa satu kepuasan apabila meyampaikan cerita mahupun perkara melibatkan orang lain. Dan paling menariknya cerita yang dihebahkan bertukar 360 darjah dramatik dan tragik. Bahaya bukan..?!

Zaman sekarang nie, bermacam jenis manusia, berbagai watak, beraneka rentak dan lakonan. Manusia jenis ini yang menariknya mereka pandai bermuka-muka. Di hadapan kita, baik dan lemah lembut perwatakkannya, namun di belakang mereka boleh berubah menjadi manusia yang tidak kita kenali. Manusia jenis nie, bijak dalam menyusun kata-kata dan bahasa yang digunakan jugak bombastic. Nauzubillah jahatnyer la kan..


Bukan tue sahaja, manusia jenis ini juga, suka berjanji pastu tak tunaikan. Malah janji baru akan dibuat dan seperti biasa janji itu akan terkubur. Sangatlah bermuka-muka apabila dengan kita dia berbicara lain, dengan orang lain hujahnya lain. Manusia talam dua muka sama juga dengan manusia hipokrit. Berbohong untuk menutup pekung di dada. Bohong menjadi makanan ruji mungkin. Bahagia agaknya buat aktiviti macam itu bermuka-muka bercabang lidah. Astaghfirullahalzim. Bahaya! 

Sedih toksah nak cerita andai dia sahabat, kawan, teman mahupun kenalan. Lagi sedih andai dia saudara mara mahupun kaum keluarga. Kepercayaan yang kita beri pasti runtuh. Rasa hormat yang kita pupuk pastinya lebur. Untuk berhadapan dengan manusia bermuka-muka, kita perlu berlapang dada. 

Adakala tanpa kita sedar, mereka yang ada di sekeliling kita tergolong dalam kalangan manusia talam dua muka. Maka pada masa tue, bila kita dapat tahu dia adalah manusia durjana apakah kita hanya mampu diam atau melakukan serangan balas? Adakah kita juga melakukan perkara sama dengan bermuka-muka?? Kalau kita buat benda yang sama macam dia buat kat kite. Kite pun sama vuduh macam dia. Erkk..! Dia dah tentu bermasalah, jangan kita pulak cari masalah buat bende tak elok tu. Orang berilmu dan berakal akan hadapi semua bende vuduh nie dengan rasional.



Kita ada Allah tempat bergantung. Andai kita mangsa pefitnah, berdoalah pada Allah mohon diberi kekuatan. Malah kita perlu muhasabah diri merenung kesilapan2 yang lalu. Mungkin ini kesan perbuatan kita yang lampau tanpa kita sedar. Fitnah takkan berakhir hinggalah hari kiamat. Bermakna di sekeliling kita akan sentiasa ada manusia bermuka dua dan hipokrit. Terima semuanya dengan berlapang dada dan teruskan sujud pada Allah mohon dilindung dari terus difitnah.

Pesanan utk diri sendiri dan semua, tak ada kebaikan walau sekelumit hidup dengan cara bermuka-muka. Hentikanlah semua agenda jahat kamu dan seluruh kerabatmu. Kembali kepada kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.



Monday, December 8, 2014

Benar itu Pahit


Berkatalah benar walaupun pahit. 
Pernah dengar ungkapan nie? Siapa tak pernah dengar cuba angkat kaki. Haa.. tipulah kalo ada antara kita yang tak pernah dengar kan. Kenapa kita kena berkata benar? Apa signifikan berkata benar ni..? Sejauh mana berkata benar ni memainkan peranannya dalam senario kehidupan kita? Sangatlah banyak dan impaknya hebat apabila berkata benar.

Seringkali terjadi, kita yang dewasa badan, akal, minda berfikiran kelas kelapan nie mengingatkan kanak-kanak agar berkatalah benar. Cakap betul. Jangan sesekali bercakap bohong. Tak baik tau cakap bohong nanti Allah marah. Namun sedar tak kita, sebenarnya yang dewasa ni lah paling banyak akal dan paling banyak berbohong dalam erti kata lainnya tidak berkata benar.


Kenapa perlu berbohong? 

Ada setengah orang berpendapat bohong itu untuk menyelamatkan diri. Ada juga berpendirian bohong itu untuk kehebatan diri. Namun ada juga setengah orang mengeluarkan hujah bohong itu untuk mendamaikan keadaan. Apa yang saya tahu berbohong itu diharuskan untuk mendamaikan dua pihak. Sebagai contoh A perang dingin dengan B. So, kita yang diberikan kecerdikkan akal ini sebagai pendamai keadaan boleh berbohong seperti : 

 # kita bagitau A bahawa B kirim salam pada dia.

 # kita bagitau B, bahawa A belikan buah tangan untuk dia. 

Itu berbohong kan. Tapi diharuskan sebab kita niat untuk damaikan dua jiwa yang berperang. Lama-kelamaan dengan izinNya A dan B akan berbaik seperti sediakala.


Tapi apa yang mencuit hati saya kebelakangan ini, apabila ada segelintir manusia yang menjadikan bohong itu suatu hobi. Tak jujur pada diri sendiri. Tak rela untuk mengakui kelemahan diri sehingga sanggup berbohong demi menjaga status kononnya. Berkatalah benar walaupun pahit bermakna cakaplah perkara yang betul yang benar yang sahih walaupun hakikatnya ia pahit untuk diluahkan dan kelat untuk ditelan. Sebab yang pahit itulah paling manis pada akhirnya. Berbanding dengan manis di awal tapi pengakhiran nya pahit bila terbongkar kebenaran.


Kadang-kadang jadi tak paham apabila berdepan dengan situasi 'rekaan semata-mata '. Faham tak?  I means satu story yang direka cerita menjadi satu fantasi yang menyakitkan hati. Haah..acaner tu! Saya rasa mana2 manusia pun tak suka apabila dibohong. Takkan ada sorang pun yang rela menjadi objek untuk dibohongi. Bila kita dibohongi, kita nie seolah-olah manusia yang tak tahu ape2 pastu kene tipu dek perbuatan orang tak bertanggungjawab ni la. Reka cerita untuk tutup lubang sini. Reka cerita lain pulak untuk tutup lubang sana. Sudahnya semua lubang terbukak! Haa.. masa tu barulah kita dapat tengok air muka dia, percakapan dia, mata dia yang tak jujur dan pastinya tampak bersalah! Saya pernah perangkap sorang hamba Allah atas kebijaksanaan dia berbohong dan mereka cerita yang best. Dengan izin Allah pastinya, dia terkantoi bila pembohongannya saya dapat trace! Saya tak perlu tekan dia untuk bercerita, saya hanya menggunakan teknik Reverse Psychology dan akhirnya yess! Pembohongannya terserlah! Allahuakbar ! Pelikkan.  Jangan terkejut hamba Allah nie bukanlah dari kalangan anak murid saya, dia dari kalangan manusia dewasa cerdik akal fikirannya.


Kita tak perlu nak nampak hebat di mata orang dengan berbohong itu ini. Cerita perkata yang betul kan lagi mudah. Sebab bila kita berbohong dan menafikan sesuatu kebenaran, bimbang andainya kebenaran itu terbongkar, semua orang takkan percaya pada kita. Biarlah pahit sekarang dari menelan pahit kemudiannya. Saya sendiri bukanlah dari kalangan hebat baik molek dan sewaktu dengannya, namun saya cuba dan ingin menjadi baik terbaik untuk diri sendiri dan semua yang ada di sekeliling saya. Saya perlukan aura positif untuk jana benteng diri. Aura negatif yang dok ada nie saya tak perlu dan tolong pergi jauh2.....


Moga Allah pelihara saya suami dan seluruh keturunan dari berbohong. Moga kami diberi kekuatan untuk menegakkan kebenaran.


Berkatalah Benar Walaupun Pahit!





Saturday, July 6, 2013

SolaT Sunat Dhuha


Pasti setiap daripada kita pernah dengar tentang Solat Sunat Dhuha. Berapa orang daripada kita yg pernah buat solat sunat dhuha. Bila kali terakhir kita tunaikan solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang paling banyak diceritakan dan disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi jika nabi kesayangan kita sendiri sering memperkatakan tentang kelebihannya, pastilah solat sunat dhuha mempunyai rahsia nya yang tersendiri... percayalah!


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Nie pulak doa solat sunat dhuha...jika dibaca dan difahami isi maksudnye, bole mengalirkan airmata. Penuh makna dengan rayuan si hamba kepada Pencipta... Allahuakbar!!




Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha ini, hanya mereka sahaja yang mengetahui nikmat di sebalik nya. Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan diperoleh.. Maka jadikan lah ia amalan setiap hari, semoga rezeki kita diluaskan dan dimurahkan Allah tanpa disangka-sangka...Semoga urusan seharian kita dipermudahkan Allah dari awal hingga akhir.
 Jom berubah!



Friday, July 5, 2013

BiJak BerbeLAnja


W.A.N.G
Bila kita bercakap tentang wang..macam2 bermain di fikiran kan.. mcm2 yang kita nak buat dgn duit yang kita dapat or bakal dapat...Tidak kiralah yang bekerja makan gaji bulanan mahupun bekerja sendiri, tentulah dah ada perancangan sendiri bagi sebuah kehidupan masing-masing...
Sy bercakap tentang mereka menerima gaji setiap bulan. bagi yang bekerja sendiri mungkin saya kurang arif utk mengupas serba sedikit perihal kewangan mereka walaupun hakikatnyer saya dibesarkan dalam keluarga yang berniaga...=)

Ok,, nampak mcm mudah apabila gaji masuk, maka kuasa membeli akan bertambah. Duit yang diperoleh terasa ingin dihabiskan dan segala kemahuan terasa ingin dipenuhi. Masa tu jugaklah Shopping Mall nak sale nye!  SALE sana SALE sini,  diskaun memanjang! Kalo dikutkan kehendak yang tidak bertepi memang berkampung la di mana2 Shopping mall kunun2 nak membeli. Itu gambaran awal la apabila gaji masuk. 


So, sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita duit gaji yang kita dapat diadjust dan di arrange sehabis baik agar kewangan kita tidak bocor ke mana2...=)
Setiap bulan, saya akan peruntukkan 6 sampul khas yang perlu diisi. Istilah seperti menabung. Saya dan suami akan asingkan sejumlah wang utk disimpan. Setelah ditolak dengan pelbagai perbelanjaan itu ini begitu begini maka baki yang ada itulah bahagian kita. Duit elaun untuk mak abah memang tidak pernah dilupakan, begitu jugak dgn encik asben dia jugak peruntukkan utk parents dia..hehehe =)
Alhamdulillah strategi yang kami buat berjaya dan mudah-mudahan kekal la ia.

Memang tak runsing dah apabila kita dah tentukan hala tuju kewangan kita setiap bulan. Dan perbelanjaan kita jugak semakin teratur dan itula dipanggil bijak berbelanja..Ewaahhh! =)
Bila dah menabung kan, bukanlah tidak bole langsung nak berbelanja bagai... saya dan suami tetap juga meREWARD diri masing-masing setiap bulan... kami berdua memang suke jalan2 cari mkan, so every month kami akan cuba mencari tempat mkn yg best2 dan mahal pun takpe, asalkan kita rasa kepuasan setelah sebulan bekerja mencari rezeki..ALHAMDULILLAH.

Jadi, berbelanjalah sebijak yang mungkin, perlu ada kerjasama antara asben n wife dalam menguruskan kewangan kita. Kita perlu tetapkan hala tuju kewangan kita setiap bulan utk disalurkan ke mana agar takde sebarang isu kebocoran di belakang hari. Yang paling penting kita perlu menyimpan walaupun dlm jumlah yang sedikit. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.=)
Wang kita cermin diri kita.. erk ade related ke?  Bijak Berbelanja!





Wednesday, July 18, 2012

FiNally I'm GRaD


syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya sy & teman2 seperjuangan di maktab telah berjaya mengkonvokan diri.. ALHAMDULILLAH. mungkin nie adalah rezeki buat kami smua, yg br aje abis blaja, terus dikonvokan tanpa menunggu lamer... pada yang asyik dok bertanyer.."aik awalnyer konvo?" "apesal konvo awal sgt,bkn br abis final exam ke..?" nah...nie jwpn sy..rezeki Allah, takder sape yg tahu..nie sume rezeki sy dan teman2..sekian. >  jgn ler jeleszzz org konvo awal... ;)




mr amirul - love for ur support


abah mak insan yg paling gumbira..YIppII!

arakian stelah selesai konvo tak tahulah bile kalanya dpt bersua dgn teman2 seperjuangan... sedih rs ati,pas nie masing2 bz ngn urusan kehidupan ..so, agak pyhlah nak jumppe, gurau2,  gelak guling2, tido n lelap dlm class.... erm..seriously i really miss them!




Jutaan terima kasih buat pensyarah2 yg banyak beri tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang sesi pengajian sy di maktab... moga jasa baik kalian Allah Taala sahaja yg akan membalasnya...amin..


Penghargaan yg takde penghujung buat abah mak yg tak jemu2 titipkan doa dan harapan buat diri sy agar terus berjaya dengan cemerlang..-  


yang tak akan dilupakan insan yang begitu setia di sisi sy tiap masa dan waktu, siang dan malam terus memberi sokongan dorongan beribu ribu lemon infiniti utk wifenyerr yg terchentaa..mr amirul faiz (love u la!) ,


 tak pernah dilupakan berkat doa dan kata semangat dari my beloved Along..yg tak putus2 bagi kata semangat tatkala sy membuat cobaan utk menolak twrn ini dulu...ngehhngeh... 

dan semua adik beradik yg sntiasa berada di belakang memberi sokongan padu..

dan yg paling COmel seluruh wajah kesayangan sy yg tulus menjadikan sy sebagai contoh dlm kehidupan mereka..(tocei2..) 


and last but not least all my frens yg sama2 berkongsi suka duka pahit manis sepanjang kite smua bergelar pelajar KPLI KDC Pend Khas NOV 2010...LOVE u ALL!


Berkat doa dan usaha selama ini, sy bejaya meraih result dengan CEMERLANGnyer...Alhamdulillah. moga ianyer terus cemerlang di dunia & akhirat...Syukran ya RAbb


Thursday, May 24, 2012

my memory


Rejab is coming. syukur ke hadrat Allah kerana di beri kesempatan  berpose sunat sempena 1 Rejab semalam.. cpt betul ms berlalu meninggalkan kite sume. Lelah memikirkan ade beberapa perkara yg masih belum usai diperbuat sepanjang penggal pertama tahun nie... takpe slow...slow kayuh. pasti ade jlnnyerr.

last week on 16 May was a teacher's day.. em, sy rs tahun nie sy xbape enjoy. Itu diri sy, sy becakap ttg sy. Bkn sbb tak dpt hadiah or ape ke.. hadiah tu tak penting..( tp kalo ade amik jugeee..weee..=)  for me as a teacher for special child tak de ape yg lebih best melainkan nmpk perubahan pd diri my students. even 0.01 perubahan pun, give me some happiness .. =)

but when i was here, i still look for myself.  tak tahula kenape, maybe tak kene dgn jiwa. acapkali sy cube tapi sy kelu lidah dan otomatik la diam membisu... dan sememangnyer sy suke bercakap, suke menyembang, but i didn't have a gud buddies to share my feeling, my story. Bcoz of that, sy mule la rindu dgn every moment  mengajar di sekolah menengah seri samudera. setiap aktiviti di sana, sy hepi n sy teruja. and all my friends yg pastinyer pangkat kakak n abg for me, sgtla understanding and sgt suke membantu... emm, i miss them so much!..  tapi org tua2 pernah ckp, pengalaman mengajar kite erti hidup.. dan sy banyak belajar ttg ilmu mengajar dari sekolah samudera. really!. sy tak tipu.  mase tue sy just GSTT..kontrak lg. tp penerimaan warga skola amatlah terharu, and the most important takde pun cam nak menyisihkan golongan sy yg kontrak ketika itu.. tenkiu guys! 

ilmu mengacara, ilmu mengendalikan program, ilmu berdepan dgn student sume sy cedok n sy timba dari sana. alhamdulillah. kak hairani, kak niza, kak mai, kak kiah, cikgu rosman, cikgu nasir, cikgu yusnizan, kak azoha, pn intan, pn azizan, cikgu shahrul, ...and rmai lg sbnrnyer.. name je xdpt di tulis mungkin daya ingatan sy semakin pudar..AllahuAkbar.

biarlah kenangan itu menjadi memori yg terindah spjg hidup sy di bumi Metropolitan nie.. sy tetap merindui kengkawan semua yg sgt best dan baik.. moga budi baik kalian semua Allah berkati..

Dan...yg pastinyer di sini kerjaya sy, sy perlu buka minda dan terima seadanya ape yg telah Allah tentukan dlm perjalanan hidup sy. Setiap ape yg berlaku ade hikmah yg tersembunyi...





Friday, March 23, 2012

masih ada masa..


Fuuhh..lame nyer rase tak mencoret sesuatu di dada belog nie..byk sebenarnya bende yg nak diconteng dan di luahkan di atas lembaran maya ni. nak mula dari mane..


actuali, tahun 2012 dah menginjak ke bulan 4. sekejap sgt masa berlalu meninggalkan sy. rs banyak sgt bende yang tak sempat terbuat sepanjang tempoh 3 bulan pertama. KESAL. memikirkan target yg dibuat tak kesampaian..impian yang diimpikan tak tertunai...tapi byk ms lg kan..Nabi pun tak penah ajar kite supaya mengaku kalah.. dalam perang  pun Nabi pupuk semangat juang yang tinggi pada semua sahabat dan tentera Islam bahawasanya Allah sentiase bersame mereka.. 


it's d same situation..right? Allah bersama dengan sy siang malam... yg perlu sy tahu sy diuji sekarang and perlu harus wajib dan wajar terus mendekatkan diri dengan Allah walaupun apa jua keadaan..walau sesibuk mane pun urusan duniawi..ukhrowi tak bole nak tolak tepi...


# jomlah acu positif kan minda and tetapkan  niat hati..mudah mudahan Allah mempermudahkan segalanya.... Amin



Tuesday, January 3, 2012

2012

assalamualaikum...

# Selamat Tahun Baru 2012.#

semoga tahun nie menjanjikan seribu rahmat dan sentiase dipermudahkan segala urusan oleh Allah. segala yg telah berlaku sepanjang tahun 2011 jadikan sebagai kenangan dan pengajaran agar lebih matang dan cekal pd tahun nie... segala yg manis dan indah pd 2011 insyaAllah akan terus terpahat di ingatan.. serba serbi yg pahit dan kelat sepanjang 2011 akan dijadikan sebagai pengajaran....wallahualam

moga impian dan harapan akan termakbul insyaALLAH~

Saturday, December 3, 2011

do U knOw?

assalamualaikum...


Hampir tak cukup oksigen. bila sampai ke uzunun saye serba serbi story yg menguji tahap hati dan perasaan. ouchh! citer ape pulak? mcm2 citer.  hal itu, hal ini..begitu begini. rase mcm dh cukup phm, rupenye sy masih xphm. kecalaran makin besar bile hirisan belati rase makin jauh ke dasar hati. 


halus. tapi jelas. manis. tapi sinis. 


benar pepatah melayu-ckp siang pandang2, ckp mlm dengar2. ape mungkin ade yang lupe teralpa cuai terlalai bahawa.. dia tak bersendiri. ada generasi sebagai pembela, ade generasi penguat jiwa.


Senyap tak beerti bisu. diam tak beerti keliru. hanya beristighfar, mohon diberi kesabaran agar perasaan ini tak terlalu pegi jauh.  biar lenyap amarah di sana, jgn leburkan busuk di sini, kerna nnt parah akan jadi parah.  bila kesan koyak bertambah lebar..mane mungkin jadi indah walaupun dijahit kembali. kekuatan dan kelemahan itu semuanya hak ALLAH. dari Allah kita datang kepada Dia jua kita kembali.  wallahualam. 


jgn cuit kesabaran sy lg, kerana sy bimbang dedaun hormat itu mulai pudar gugur ke bumi.







Sunday, November 13, 2011

ukur baju

assalamualaikum....


dah mkn ke? sy dh mamam. awal pagi keluar breakfast with kekasih halalku..roti canai telo..as usual, sy mkn half.. another half my lovely asben akan habiskan, sb die sgt memahami wife beliau yg agak cerewet ttg mkn. TENKIU. 

okeh, bkn nak ckp pasal makan ke hape, juz nak sharing about jimat. tau ape tu jimat. mcm2 kite bole jimat, duit, keperluan, kehendak, truly n the reality jimat sinonim dgn DUIT. mmg xbole la nak lari. ikutkan hawa nafsu, kehendak hati yang tak bertepi semua bende kite nak membeli, tgk org ade, kite pun nak ade jugak. tapi agak tak relevan bile poket tak mencukupi, tapi berbelanja macam nak mati, ape kes ni bro?? ukur  baju di badan sendiri la...nak membeli tak slah, tapi tilik tgk keperluan @ kehendak yang kite sibuk sgt nak daptkan tue.

 if u student, dh tentu u dpt loan kan..pndi2 la berjimat. sbb sy sendiri pernah menjadi student. sy tahu perbelanjaan as a student.blm msnyer utk menyoping (shopping) brg2 yg agak tak mampu nak dapat. lain u anak org kaye......but sometime, mmg la tingin nak merase brg brand, bole tapi kumpul la duit sikit2. jgnla mengharapkan duit org lain...hanya kerana anda bersikap BOROS. sbb org lain bekerja keras siang mlm nak cari duit, u senang2 aje mintak. ade rezeki lebih, org akan beri..dun wori..but tak molek la kalo meminta2..... 

tak kirala sape pun kite, tua muda, keje mahupun belajar konsep BERJIMAT mesti ade dlm setiap jiwa. kite yg menguruskan perbelanjaan bkn nafsu. wallahualam.



Wednesday, October 5, 2011

terlalu ISTIMEWA

assalamualaikum....


sekadar nak berkongsi suatu keistimewaan yg Allah Taala kirimkan utk setiap insan bergelar wanita...


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."




"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." 


::  sy seorang wanita... terima kasih Allah.....anda..? ::

betapa berharganya dia..

Jika isteri menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

 Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat..
 TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
 SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
 PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
 Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
 Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
 Dia begitu SEDIH melihat KEMATIAN..
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…




sumber dari Che Siti Hanieyfah :: syukran ::

Tuesday, September 13, 2011

Kita Bukan Yg terBaik, tapi kita berjuang untuk menjadi terbaik

assalamualaikum...


 “Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

Ape hikmahnye di sebalik kata-nasihat. Saya bukannye pakar kaunseling, saya juge bkn pakar motivasi. Saya org biase je and acu yg cumel lagi cute bagi seluruh wajah kesayangan saya...=) bole ke camtu? mak ok jer.....~
As a human, kite selalu terusik bila ditegur dan dicurahkan kata nasihat...pasti & mesti ni antara kata persoalan yg kite terbitkan pd mereka yg try jadik baik bg kite nasihat. Kononnyerr.

  • mcm bagus sgt je die nie dok nasihat org..?
  • dah cukup ke amalan nak ajar-ajar org nie...?
  • hang rase hang best sgt ke nak tegur org segala bagai...?
  • die rase die dah hebat, jadi die pikir die bole cakap cmnie ke..?
  • cmnie ke cara nak tego org, tak berhemah langsung...?
  • die rase die alim la tue..?
  • tunggula nnt kene balik kt die....
mmg rase tak best bile kite ditego, e'eh ade je dia nak tego ek, mcm bagus pulakss.. haa..betoi tak? tue ade yg cenyum2. sape mkn icecream die rase sejuk.. sape mkn tomyam die rase sedap! actually kan bile hati tgh marah, ditambah perasa syaitonnirojim , maka hendak dgn tidak kata2 camtue akan keluar. Jgn cepat melatah, jgn cepat menyanggah.

Kite sedar tak ape tujuan tiap teguran and nasihat yg dilemparkan pd kite tanpa sesen bayaran pun... Pernah kite terfikir kenape org nak nasihat kite? Why org sudi tegur kite? Suke2 ke? atau betul ke dia rase die best?
Kalo kite amik kata2 die tue as a miracle word, for sure kite akan dapat jawapan pd setiap question yg dok terbang kat atas kepala kite... org beri nasihat dan memberi teguran pasti ade reason. 

  • First - Dia sayangkan kite. Faktor sayang menyebabkan org tergerak nak menegur agar tidak terlambat untuk kembali ke landasan. 
  • Second  -  Dia terpanggil utk sampaikan sesuatu yg baik agar dia tak terjerat dgn pertanyaan Pencipta di Padang Mahsyar kelak. 
  • Third  - Dia telah pun belajar dan ketahui serba sedikit perihal sesuatu yg menyeru dia agar menyampaikan ilmu itu walaupun sedikit..

 “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
Tegur susah, tak tegur lagi susah. Tak tego kata sombong pulak. Ade ilmu xnak share berlagak. Aahh sudah, ke situ peginyer! Walau sukar untuk terima namun cubalah beri peluang pada diri kite untuk terima perubahan. Ambillah sedikit teguran dan nasihat yang diberikan sebagai perisai. Sedangkan, manusia dengan kesempurnaan kejadiannya dan keistimewaannya, selamanya tidak terlepas dari melkukan kesilapan serta kesalahan becoz itu sifat semulajadi manusia yang diciptakan Allah. It doesn't mean insan yang memberi teguran itu sudah cukup baik dan hebat amalannya and sudah cukup molek peribadinya. 
Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka
akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan~ Imam Hasan al-Basri
Kite semua pernah & tak akan lari dari melakukan kekhilafan. Everyday, every second kite pasti melakukan kesilapan. Sama2 perbaiki diri utk menuju ke sebuah kehidupan yg abadi. Bersyukurlah kerna masih ada insan yg sudi menegur kite di kala kite terawang2 ntah ke mana. Kadang2 kite lost. Cuma tak nak ngaku. Sifat manusia.. pelupa. Everytime kite perlu diingatkan. Kite bukan selamanyer di sini, esok lusa bile kite dipanggil Pencipta mudah-mudahan bakul bekalan kite cukup utk tampung kite di sana nnt. Moga Allah mengampuni segala dosa kite dunia akhirat... Amin..


Terima kasih pada mereka yg telah menyentuh hidup saya dgn pelbagai kata nasihat & teguran especially cinta hati saya my lovely asben, abah mak tersayang, along, angah, ateh, acik, ipar duai and seluruh wajah kesayangan acu. Kerna dgn semua itu sy menjadi lebih matang dan kuat utk menongkah hidup sebagai hambaNya.
Syukran. 
Kite bukan yg terbaik..tp kite berjuang untuk jadik yg terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik.


::mata pena dari sy yg kurang ilmu dan kurang pengalaman.wallahualam::



Thursday, September 8, 2011

KesaBaran Dlm KepayaHan

assalamualaikum....

Terkadang terasa capik dgn hal-hal yg remeh dan memualkan. hampir hilang sedar bila lidah sy seringkali mengeluh dek kerana kurang sabar dengan karenah manusia dan rencah hidup yang pelbagai versi. ade versi pop,  rock, ade juga versi balada and tak kurang hebat versi sepohon kayu daunnya rimbun...::nasyid:: macam2. ujian Allah. ya itu semua ujian Allah utk saya. dia nak uji sejauh mana saya mampu bertahan hadapi rona2 kehidupan. terus berdirikah? dudukkah? atau baring terus sambil menekup telinga? 
jelas & pasti mr mirul mmg tak jemu2 bisikkan di telinga cumel saya agar beristighfar dan teruskan bersabar. ye saya tahu. saya perlu kuatkan lagi hati dan jangan berhenti berdoa agar sy diberi ruang kesabaran dan merasai nikmatnyer kelak.  "Orang yang sabar biasanya tidak akan mudah menyalahkan orang lain. Orang yang sabar ini juga dengan mudah dapat melembutkan hati orang lain."
now alhamdulillah berkat bersabar dan doa yang tak penah henti saya dan suami titipkan membuahkan hasil yang tak disangka-sangka. 

Hadis riwayat At-Tirmidzi
“Berdoalah kpd Allah. Padanya kamu yakin dgn diperkenankanNya doamu. Dan sesungguhnya Allah SWT tiada menerima doa dari hati orang yg lalai dan leka”
Akhirnya khabar gembira diterima, ketenangan kembali terasa walaupun hakikatnye semua itu milik Allah. Namun saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Segala yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.




Tuesday, August 16, 2011

mereka sayangkan saya

assalamualaikum...


urusan balik kampung selesai sudah.. tapi kegembiraan teruji bila nikmat sihat sy ditarik Maha Pencipta.. mengalami demam batuk selesema yg bole la kalo kategorikan as teruk smpai sy penat bagai & terpaksa meminjam en mirul punyer pam@inhaler..betui ka ejaan nyer? subhanallah mmg teruji tatkala mjlis berbuka pose beramai-ramai plus solat maghrib, isyak, terawikh, tadarus serta sunat taubat, hajat, witir berjemaah tak dapat sy nikmati dgn kesihatan yg menggalakkan. Allah MAha Besar. kite merancang Dia yg tentukan, Perancangan Allah perancangan yg terbaik. sy hanya terbaring dlm bilik tak dapat nak join seisi family berjemaah menghidupkan mlm ramadhan... Then, esok acik with en asben decide nak bertolak after zohor. ::sedih:: mmg sy sedih. dahla dapat berbuka dgn mak abah sehari je, itupun dlm keadaan yg kurang sihat..then terpaksa balik awal atas sebab2 yg tertentu. before balik, mak bekalkan mcm2 kt sy dgn acik. sbb ade dua umah kan, mane bole share nnt gaduh pulakss.. kuah masak lemak nenas ikan kering, sambal tumis petai, puding jagung,kurma..emm..itulah mak. segala mcm dia cube nak bekalkan... 
sy try control jiwa & emosi bila bersalam dgn abah..sy tahu abah risaukan sy. namun lerai jugak tangisan nie tatkala bersalam dgn mak. sy sebak sgt.. sy sedih sebab balik kali nie tak dapat luang masa lama dgn mak. masa amat terhad. pelukan terlerai. sy kawal kembali tangisan yg kian memuncak.  
namun, hakikat ttp hakikat. saat  kete saga kesayangan sy bergerak keluar dari umah abah, sy lambaikan tangan buat semua wajah-wajah yg sy sayang... 
sy katakan pada mak  " ...mak.. jgn nangis..."  walau hakikatnye mak dah mula menitiskan airmatanyer untuk kesekian kali... airmata sy tak segan silu merembes keluar bila tgk mak. abah kt tepi pagar pun muka dah tahan sebak. sy tahu mereka semua sayangkan sy....

insyaALLAH abah mak, panjang umur kite jumpe raya nnt...


Friday, August 12, 2011

cepatnyer masa berlalu..

assalamualaikum...

sedar tak sedar dh hari ke dua belas kite berpose ek.. kejap betoi masa berlalu. dlm jangka waktu tue, banyak ruang waktu yg dh kite tinggalkan. yela, pejam celik pejam celik dh hujung bln 8..nk masuk bln 9 dh. tup2..akhir tahun plk.. ish2..cpt sungguh. Dahulu kala, zmn menuntut ilmu , ustaz ade ckp semakin dkt dgn hari Kiamat, masa & waktu bergerak terlalu pantas. adakah??? 


Ye, bkn adakah lagi. tapi tepat sekali. jangka waktu utk ke penghujung zaman semakin hampir. kecut perut. takut. berdebaq. takut ke tak? kalo ade yg tak takut tue sy tak berani nak ckp, mungkin die ade alasan die tersendiri. for me, bekalan dan amalan perlu dipertingkat setiap masa dalam menuju ke penghujung zaman....
wallahualam.



Tuesday, August 9, 2011

sedih wooo...

assalamualaikum...


Malam ahad kelmarin, sy sempat tgk drama tv1 :: MUJAHADAH::. citer yang menyentuh ati dan perasaan... sungguh beremosi saat sy dan kak zura berduet tgk drama lewat mlm tue.. kisah seorang wife yg dipaksa secara halus agar suaminyer menikah lagi satu dgn adik angkat suami sendiri. Yg paling best & cabar jiwa mak mertua sendiri yg merayu agar die izinkan suami die kawen lain..  Adoi..ape kes nie makcik!! tergamak mentua dia pujuk plus merayu-rayu kt dia, sedangkan terang lagi bersuluh dia tgh sakit buah pinggang... watak isteri yg dibawa oleh Eja mmg best la beb! tangkap leleh... si suami ttp kawen lain. ending citer mentua dia baru menyesal, after baca diary dia.. dah jadik baru nak menyesal...dia redha dgn suratan taqdir utk dia...waaaaa




moral of d story buat semua kaum hawa yg bergelar mertua...... bantulah anak menantu menjaga kerukunan & kebahagiaan rumah tangga di dunia wal akhirat..bukannyer menghancurkan kebahagiaan yg sekian lama terbina... wallahualam~



Wednesday, August 3, 2011

3rd day

assalamualaikum...


hari nie dah tiga hari berpose... dah masuk hari ketiga nie, saya dah mula tak tahu nak masak ape for berbuka ptg nnt. alahai~ mati kutu jer. hasrat hati nak mkn lala tumis serai. tapi tak berjumpa lg ngn si lala nie... kt pasar area umah tak der jual. normally tiap kali pose, mulut pahit-pahit kan... kan.. angguk cpt! dah tue sure rase nk mkn bende yg masham2 plus hot & spicy...kene bukak my resepi la kalo cmnie.


menu ape nk mamam nnt, tggu je la.
< kalo tak der sgt kite bebuka kurma je ye sayang...>





Monday, August 1, 2011

RamadhaN Yg dinAnti

assalamualaikum...




Ahlan wasahlan ya RAMADHAN 1432H. Bulan penuh keberkatan, bulan penuh keampunan, bulan penuh kerahmatan..Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan peluang utk berpose pd tahun nie. hari nie hari pertama berpose dlm bln ramadhan. seperti tahun2 yg lalu. cuma yang different sket hanyalah sy berpose as mrs amirul. emm..ape yg lainnye? takdela lain mane pun, ala mcm tak penah pose je pun kan.. yg membezakan pun segala benda kena prepare sendiri, dari sahur sampilah berbuka. kene perah otak uji minda nak mamam ape ek bebuka ni..adventure! mcm sahur smlm, sy bangga ngn diri sy sbb bangun sahur pukul 4.45. FUYOOO!  hahaha rase mcm hebat. utk mengejar pahala bersahur digagahkan juga diri bangun panaskan lauk then sahur sm2 mr mirul... positive achievement. before nie, mak kesayangan yg tlg kejutkan sahur, sedar2 makanan sume dh terhidang. ala..rindunye kat mak ..waaaaaa!!
bersyukur dikurniakan suami yg sgt sporting moting...dia xkesah saya masak ape pun. for sure encik asben akan makan, tgkla pewut die skrg. ::mengancam::.( jgn mare ye sayang).. besar pahala bagi suami makan. amin. syurga janjiNYA. =)

Berharap agar ramadhan kali nie , amal ibadah dapat terus ditingkatkan...solat, terawikh, mengaji AlQuran, zikir dan amal kebajikan sejajar malah harus dilebihkan dari keduniaan. 
Target tahun nie ::khatam 30 juzuk AL QUran , terawikh berjemaah

Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan dan ketenangan jiwa dlm membuat amal ibadah di bulan yg dijanjikan Allah, PAHALA belipat kali ganda. AMIN~
Selamat Berpuasa buat semua umat Islam

    Wednesday, July 27, 2011

    saya makin lupa

    assalamualaikum...


    tak tahulah sy dah makin tua atau ade something happen pd diri sy.. dua minggu kebelakangan nie, sy asyik lupe lock kete kesayangan sy. acapkali nak gerak pi skola, bile picit button car key sure kete tue tak berkunci.. ya Rabbi.. ape dh jadik  nie..means semalaman la kete sy dibiarkan rehat dlm mode unlock. alahai~ dah 2 kali jadik..terkejut beruk bkn main lg, bkn setakat beruk. gorila sume ader! termenung dlm kete berfikir "aku ke yg tak kunci or.....uissh nauzubillah" bile ditilik kembali sy yg lupe & careless. encik asben ape lagi..::potpetpotpet::...errrkk!! akhirnyer sy dpt ceramah khas dr encik amirul. xsangka encik amirul suke membebel jua..dh ghupe bapak bebel kt anak....
    mungkin ALLAH dh mule tarik nikmat mengingat.. .sy makin pelupa~ YaALLAH ampunkan dosaku!