Tuesday, May 31, 2011

Cucu TerAkhir

Majlis Kawen Mardhiah & Alif selamat sudah..alhamdulillah. generasi cucu tok puteh semua dah selamat mendirikan rumah tangga ...yang pasti kini, MAk LAng, MAk, & Chu dah boleh tutup buku hal kerja kawen...

sepanjang majlis kawen..everything berjalan dgn lancar dan memuaskan sume pihak.. seronok bile dapat berkumpul adik beradik, sepupu-sepupu, sanak sedara.. kitaorang bertukar2 cerita...sakat menyakat, kutuk mengutuk ,,haahaha! macam-macam... sampai sakit perut pecah gelak dengan lawak antarabangsa yg mmg sah2 xde jual di pasaran...besssttt oooo!. tak lupe jugak dengan kehadiran generasi baru Tok Puteh...Naim-anak kak liza,  Fateh- anak bro kimi... ~
cuma.... sy geram dgn photographer Wedding my cousin tue...pakcik cameraman yg bajet terer .. bajet tahu sume, but hasil yg pakcik tue tunjukkan pd sy & encik husband..perrggh..kurang menyelerakan..rase sy lawa lg cara kaklong tangkap gambo.. tp xtahulah, kalo dh buat album , gambar tu akan lawa after di edit..i hope so..~
abis je majlis, malam tue sy & encik suami bergerak balik ke KL.. sebab esoknyerr sy dah start kls di IPGBMM..mmg terbaikk!  penat,..? jgn cakapla...tp for my lovely cousin, we all sanggup balik jua ke Taiping... =)

kepada Pengantin BAru...
selamat melayari alam rumah tangga...
semoga menjadi suami isteri yg soleh & solehah 
dan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga abadi.....

jom kite tgk pic sekitar majlis kawen tue...






pengantin
generasi cicit Tok 

chu & mak


Thursday, May 26, 2011

UPM dlm Kenangan

sedang asyik abiskan sisa asemen lewat mlm smlm, 
sy tertarik nak bukak folder photo di UPM...
alahai...mmg mengimbau memori daun pisang... 
teringat pd teman2 seperjuangan yg sama2 menimba ilmu...
terkenang kolej kediaman - Kolej kelima 
di mana tempat sy dan geng2 berteduh drpd hujan panas, 
berkongsi bilik yg sama,
 tv yg sama, 
tempat basuh baju yg sama, 
bilik mandi yg sama dan byk lagi yg sama...
Bus UPM yg kaler biru tue, penunggu setia tiap kali nak ke kelas..
lewat jgn ckpla...10-15minit setelah lectures bermula, 
tue la waktu yg paling ideal kami menjengah ke kelas...(...jgn tiru aksi ini...)  
...sesi menyiapkan asemen lagi best..
masing-masing pulun nak completekan asemen 
yg dh mmg sah2 tggal bape ari lagi nak kene submit. 
ade juge yg meniru...
eh bkn tiru,tapi buat rujukan la kunun...heheee.
tima exam lagi gempak...suasana senyap bile tibe study week..
senyap ke?
 senyap la dlm ari pertama, masuk ari kedua dlm study week,
 keadaan kembali seperti asal..kecoh, bising, happening...=)
novel tebal mmg jadi peneman tiap kali before lelapkan mata..
takde org lain dah RAtu NoveL..
My lovely + best Fren..Kak Gee! 
siap bole bt sewakan novel tue..mmg masyuk..hehehee.
Layan drama @ film korea & JApan pun xpernah hilang dari kamus idup kitaorg... 
bersekang la mata semata2 nak abiskan plot citer tue...
...ish2 mmg hebat la...!
membina cinta juge di UPM...ewaah
dating kat foodcourt, makan kat Cafe KTDI, Joging Kt Bukit Expo...
segalanyer di situ...
encik keKasih merangkap Suami tercinta kini 
setia menanti dan menunggu tiap kali nak jumpe...heheheee
Kak gee, eSah, Gee, eMMa, korang ingat ke lagi memori daun pisang kiterr..?
 member floormate-
member coursemate -
member satu fakulti
korang sume mmg best & sempoi
semua kenangan tue susah dh nak jumpe skrg...
semua memori tue susah dh nak patah balik...
semua sekali dah tingal kenangan 
saat kiter semua melangkah keluar meninggalkan UPM ...
2004-2007
alahai cedih la...
the best wishes, 
aku harap korang semua sihat & 
 berjaya dlm bidang kerjaya masing2...
korang sentiase dlm kenangan aku.... -are-


















Last Minutes!

Yo!...oksigen..oksigen...!!
waktu genting dan klimax dtg lagi..
dah nak masuk cuti sekolah, tinggal tak bape ari je lg nie.. 
rutin  & aktiviti wajib ialah proses mengompletekan kesemua asemen...
sgt la best dan sonoknyerr rase...huhu...
sampai nak menitis airmata...hahaa =)
baki waktu yg tak bape hari lagi ni..rase tak cukup je. 
bukan tak siap atau tak buat langsung 
..tapi.. 
sesi metouch up dan menambahbaik kan asemen yg dibuat
 bkn bole touch up sket2...
buat keje biar puas hati, baru org puas hati tgk...
 hampir 90% asemen sy berjaya dibereskan - alhamdulillah...
hanya menanti saat kembali semula ke maktab for next interaction in this JuN... 
yo...Go acu gO...!


Monday, May 23, 2011

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

assalamualaikum

saat kita semua bergembira dengan kaum keluarga dan sahabat handal...kita sekali lagi digemparkan dengan kejadian yg penuh tragis & sudah pasti menyayat hati seluruh warga Malaysia...tragedi tanah runtuh yang berlaku di HuLU langat pada 21 Mei lalu bukan satu peristiwa baru dalam kamus kehidupan kita rakyat MAlaysia... namun hakikatnya peristiwa itu merobek hati dan segenap pelusuk jiwa dek kerana mangsa tanah runtuh itu dalam kalangan kanak-kanak yang begitu polos dan suci. 

tatkala melihat foto di bawah nie, xde kata yang dapat dilafazkan melainkan seribu keinsafan dan sebak yang sangat meruntun jiwa..... sy hanya terfikir bagaimanalah penghuni rumah anak yatim nie, kanak-kanak yg masih kecil bertarung nyawa saat tanah dari bukit tue menimpa bertalu-talu tanpa belas kasihan.  
sehingga gelap penglihatan, kelam suasana...hanya menanti saat kematian.. Ya Allah...~
foto nie sy ambil dr blog ilustrasiku
siapalah kita untuk melawan takdir dan ketentuan YANG MAHA ESA..sudah pasti ada maksud dan hikmah yang tersirat di sebalik kejadian yg berlaku baru-baru nie...

semoga mereka semua ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh...
semoga roh mereka tenang bersemadi di sana......aminnnnn

samalah kita berdoa mohon agar kita dan kaum keluarga dijauhkan dari bala bencana dan sentiasa berada di  bawah perlindungan ALLAH hingga ke akhir hayat...

Saturday, May 21, 2011

Abah & his PJK

Sekalung tahniah buat abah tersayang Hj Rashidi Ismail atas anugerah Pingat Jasa Kebaktian 
oleh Sultan Perak pd 21 Mei 2011 bertempat di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. 
Pengiring abah sudah pasti mak tercinta  Hjh Sabtiah Mohd Radzi 
yang setia menemani walau di mana saja berada...~
we proud to be your son and daughter...love you so much...mmuaah!










Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang melimpah ruah dan tak pernah putus....
ALHAMDULILLAH

Terima Kasih semua


Kita seringkali leka dan lepas tangan utk ungkapkan dua perkataaan terbaik di dunia.. mungkin kita terlalu ambil mudah tanpa memikirkan kesan yang berlaku di sebalik perbuatan kita.. susah ke nak ucapkan dua perkataan keramat tue..? 
tak susah sebenarnyer kalo kite benar-benar faham dan mengerti untuk menghargai insan lain...

Tak kiralah tiap titik usaha yang diberikan itu besar atau pun kecil, 
yang penting insan yg menerima tahu menghargai...
tak perlu dihargai dengan limpahan wang ringgit, mahupun emas permata 
ataupun disogokkan dengan pelbagai barangan berjenama..
cukuplah sekadar  DUA perkataan keramat yang sungguh dalam maksud dan pengertiannya...TERIMA KASIH.




Kerana 
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihargai...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa disayangi...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dimengerti...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihormati...
TERIMA KASIH tak perlu diukur dengan pangkat, usia mahupun darjat....
yang tua pun perlu ungkapkan terima kasih kpd yg lebih muda..
begitula jua sebaliknya...

Kerana.. 
dengan berTERIMA KASIH..
sebuah ikatan akan lebih bermakna...
ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa..
atas jerih payah dan pengorbanan membesarkan kita
ucapkanlah terima kasih kepada adik beradik..
atas pengalaman dan perkongsian hidup mendewasakan kita
ucapkanlah terima kasih kepada rakan2,kawan2,teman2 dan sahabat..
atas sokongan, dorongan dan kekuatan yang diberikan kpd kita..  
ucapkanlah terima kasih kepada suami atau isteri...
atas suka, duka, tawa, airmata sepanjang menempuh kehidupan berkeluarga bersama-sama.....,

Ucapkanlah terima kasih kepada semua insan 
yang telah mewarnai dan menyentuh kehidupan kita....


Jutaan, ribuan, puluhan terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yang telah sudi menjadi penawar dan racun dalam seluruh kehidupan saya...
TERIMA KASIH.


Last but not least....
TERIMA KASIH YA ALLAH 
atas segala ujian dan rezeki yg telah dikurniakan...~Alhamdulillah~



Friday, May 20, 2011

hindustan hei...

Disebabkan tema hari guru thn nie 1 Malaysia, so dgn penuh confidentnyerrrr.... sy pakai baju punjabi merah menyala dgn berselendang panjang ala2..hindustan..huhuhuu =)

pagi2 turun lif nak g keje, org pelik je tgk sy dgn baju punjabi ... mungkin dlm hati masing2 sibuk berkata-kata.. :
nie la kot antaranya-
  • " apesal minah nie, dah xde bj kurung ke?" 
  •  "...nie nape plk nie..dh mcm nak celebrate deepavali.. " 
  • ".. lawa jugak baju minah nie lip lap lip lap..." 
  • ..die rase die cantek le tue.... [alamak! kene sebijik..=) ]

 mcm2 pndangan org......hehee..
apehal2 pun anak murid sy suke dgn penampilan sy.. kelas gitu!
rase nk nyanyi pulakss..
abeto meradil...ja ge na so ta hai..kia ka ru ha hai..kuch kuch hota hai...~....~..lalalalaallaa~


alamak...?!
Tq to sis kavitha for a beautiful punjabi suit..! =)

hari guru @sekolah



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...

Selamat Hari Guru buat semua rakan guru Sk Salak South..
semoga kita akan terus berbakti dalam mendidik dan melahirkan insan yang cemerlang di mata dunia...=)



klik PPKI


Tuesday, May 17, 2011

DOSA GUGUR apabila SUAMI ISTERI bersalaman


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan
suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

* semoga sy dan suami akan terus kekal dgn amalan yg mulia nie..aminn *

Monday, May 16, 2011

sejarah 13 Mei

13 Mei genap usia perkahwinan abah mak 42 tahun....
hasil perkongsian hidup Hj Rashidi Ismail dengan wanita pilihan hatinya Hajah Sabtiah Mohd Radzi, 
lahirlah 3 putera 2 puteri yg molek rupa paras dan sempurna sifatnye...
kehidupan abah dan mak bertambah seri dengan kehadiran menantu 
yang baik budi pekerti dan indah raut wajahnyerrrr...=)
generasi abah & mak terus berkembang sihat 
dengan kehadiran insan-insan kecil berjiwa besar seramai 15 orang...,
 kehidupan abah & mak terus ceria dan dilimpahi tawa gembira 
sepanjang 42 tahun usia perkahwinan...
Alhamdulillah..
setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Yg Esa
atas kurniaan yg tidak pernah putus
semoga generasi dan darah keturunan abah mak akan terus berkembang 
dalam meramaikan lagi umat Muhammad di muka bumi Allah nie....  
Kami anak-anak , menantu serta seluruh wajah kesayangan acu, 
permata hati pengarang jantung abah mak, 
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan abah mak di dunia akhirat...
semoga ikatan kasih sayang abah mak akan terus mekar mewangi..
sewangi haruman di taman Syurga..
semoga abah mak 
dipanjang usia, 
ditetapkan iman, 
diberkati hidup
dan 
sentiasa di bawah perlindungan 
Pencipta hingga ke akhir hayat.....

terima kasih di atas kasih sayang yg tidak pernah berbelah bahagi 
buat kami semua generasi keturunan mu...






abah & najwa






abah mak bersama anak menantu





salam sayang penuh kasih dari anakanda mu

Saturday, May 14, 2011

Bismillah Enam

Bismillah Enam
Bismillah Enam
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

HappY Teachers Day

Di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung,Perak, sy la slh seorang kanak-kanak yg begitu riang berlari dan bermain tatkala loceng rehat berbunyi...hehhee =)  Di situlah bermulanya catatan kehidupan sy sebagai seorang murid... di situlah jua saya mula kenal ABC, 123, alif ba ta, dan one two three.. bukannya xbelaja di tadika abim, semua telah diajar, tetapi di primary school penekanan lebih mendalam dan subjek mengikut sukatan yg sebenar.  Banyak pengalaman hidup yang sy cedok dan timba di situ...di situlah titik permulaan sy kenal diri sendiri, di situlah jugak mula wujud keyakinan dlm diri sy...semuanya bermula di SKSM.  pastinya dari sentuhan para guru sy yg amat sy kasihi dan tak akan sy lupa InsyaALLAH hingga ke hujung nyawa... Pn Aziyah guru BM dan Matematik yg banyak mengajar dan mendidik sy erti sebenar Bahasa Melayu sehinggakan sy mampu melakar sebuah puisi dan madah sendiri, ilmu matematik yg dicurahkan membuatkan sy berjaya menguasai matematik hingga ke peringkat yg lebih tinggi,... Cikgu Nona @ Aisyah , guru muzik yg sgt sempoi dan aktif yg telah membimbing sy dalam seni suara, koir, tarian hinggakan sy mampu menguasai bidang kesenian nie dgn cara sy tersendiri...Alhamdulillah.  Ustazah Zulpetra, seorang guru yang mana telah membawa sy ke satu dunia baru dlm kehidupan sy. Beliau la yg telah menyuntik suatu semangat baru kepada sy sehinggakan sy boleh berdiri dengan sendiri dan sy mampu menguasai aspek berkomunikasi dengan yakin tak kiralah dr segi pidato, syarahan, pengacaraan , dan sy telah berjaya mengadaptasi setiap ilmu yang telah diturunkan itu hingga ke hari ini...terima kasih ustazah.....
tak lupa juga semua guru di SMKASAS dimana tempat sy lebih mengenali kehidupan dunia dan akhirat...disitu banyak ilmu yg telah sy peroleh dr pelbagai guru yg tak lokek dgn ilmu...ustaz Ashaari, ustaz Shafie, cikgu Zaimah, Ustaz Yazid, Cikgu Selmiwaty....

buat semua guru sy di Tadika Abim, SKSM, SMKASAS, KMK, UPM...jutaan terima kasih buat kalian semua di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yg telah diberikan kepada sy sehingga sy kini berjaya menjadi seseorang.
moga segala jasa baik kalian akan dibalas ALLAH dengan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda...insyaALLAH....

SELAMAT HARI GURU buat Ustaz Saiful Asri Hj Rashidi, Ustaz Saiful Amri Hj Rashidi, Cikgu Hazurainiah Yusof & semua guru yang amat disayangi ...

Tak lupa buat Along tersayang Saiful Adli Hj Rashidi yg merupakan bekas guru di SK Pantai Remis, SK Ayer Tawar, SJK (C) Kampung Koh, dan SK Seri Manjung, Perak.
our Along
Alonglah GURU TERBAIK buat sy....along yg banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kpd sy sejak dari bangku sekolah hinggalah sy berjaya menempah nama dlm bidang kerjaya... mungkin tanpa Along, sy xpetah sebegini berbicara dan bermadah...thank you along~
Terima Kasih Ya Allah atas anugerah bakat yg diberikan turun temurun.Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan insan bergelar Along....

dedicated this song to Along and all my great teachers

si penCuri Kasut

aritu dh hilang sekali kasut kulit suami sy..mmg sakit ati..sbb itu kasut peberet die.. tp nak bt cmner dh xnak jadi hak kite..so, kasut tu pun lesap pd suatu mlm yg hening... kitaorg xtahu nak syak sape2 sebab
persekitaran umah kami agak sunyi and masing buat keje sendiri... tapi hati sy kuat mengatakan jiran sebelah uma berbangsa india yang menjalankan baik punyerrr projek tu .....so after that case kitaorg pun mula berhati2 dan semua kasut diletakkan dlm uma kami yg sgt cntik dan lawa itu...huhuhuu..=)
nak di jadikan cerita juga, lately selipar croc suami sy hilang pulaksss. kasut yg kedua la nie..
agaknyer sang pencuri ni mmg aim giler kasut suami sy kot..agaknyerr die dh usha lame setiap kasut suami sy..selipar tue baru beli dlm sebulan, design yg cntik, and nice kaler.  kecewa lg ~ kesian suamiku yg tercinta....  tapi Allah tue Maha Adil kn...  suatu hari encik suamiku bagitahu dia ternampak selipar yg sama kaler, sama design dipakai oleh anak bujang jiran kitaorg yg ddk selang 2 buah dr umah kami....jeng..jeng... !!
then lwt mlm tue kami masih lg ternampak selipar itu masih diam di hdpn umah jiran kami, suami sy pun pegi la tgk gerangan selipar croc tue..btl ke selipar die atau tak...
dan tak syak lagi...itula selipar croc yg kitaorg beli kt Bdr Seri Permaisuri Cheras, size pun sm..agak pelik la kan,,takkan size pun sm..tp cop croc dh kena kupil. sejak suami sy nampak selipar croc bersama budak kuruih itu, budakss tue tgk suami sy pun asyik tertunduk2..sedangkan before nie, kalo die bertembung, senyum dan bertegur sapa je....budak tue pun sekolah lg, maybe dlm form 4 @ form 5
 ishh3... xsangka betul, sesama melayu, beragama Islam sanggup mencuri hanya semata-mata  nak melepaskan nafsu sendiri..ape la nak jadi... selama nie sy dan suami berprasangka jiran sebelah uma, anak uncle Lingam yg curi rupa2 nyerr meleset sm sekali...org melayu yg sanggup bt benda nie!
bhn bukti~
kepada si pencuri kasut,
hentikanlah tabiat buruk awak tue! janganla asyik nak mencuri aje, mula2 mencuri pastu merompak plk. belajar la tinggi2 smpi cucur atap, keje... then beli la bape byk kasut yg awak suke pun. xmalu ke curi kasut org pastu pakai depan tuan punyerrr kasut ... eh apa daaaa!!

Friday, May 6, 2011

Mak

kau sinaran bulan, 
menyerikan bintang2, 
kaulah fajar yang menerbitkan pagi, 
kau sirami embun menyegarkan pepohonan,
kau bukakan tabir siang untukku...

saat nie, takde orang lain yang terlintas di fikiran, hanyalah seorang insan yang bergelut dengan nyawa, berjuang dengan airmata, berkorban dengan sepenuh jiwa untuk melahirkan seorang insan..umat nabi ke muka bumi...tatkala lahir insan kecil itu maka bercahaya muka, lapanglah dada, sujud kesyukuran atas kurniaan Ilahi seorang insan yang menambahkan keceriaan keluarga.... ... sedari kecil, bila sy dahaga yg akan susukan sy..mak, Bila lapar, yang suapkan sy....mak, Bila keseorangan, yang sentiasa di samping sy....mak, Kata mak, perkataan pertama yang sy sebut....mak, Bila bangun tidur, sy cari....mak, Bila nangis, orang pertama yang datang....mak, Bila nak bermanja, sy dekati....mak, Bila sedih, yang boleh memujuk sy hanya....mak, Bila nakal, yang memarahi sy....mak, Bila merajuk, yang memujuk sy....mak, Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan sy....mak, Bila nak peluk, yang sy suka peluk....mak, Bila hati runsing, yang beri kata2 nasihat...mak, Bila sedih, orang yang akan sy telefon....mak, Bila seronok, orang pertama sy nak beritahu....mak
Bila takut, sy selalu panggil...."mmaaakkkk!", Bila sakit, orang paling risau adalah....mak, Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak, Bila ada masalah, yang paling risau....mak, Bila ade khabar gembira, insan yg paling gembira adalah...mak.
Yang selalu masak makanan kegemaran sy...mak, Yang masih peluk dan cium sy sampai hari ni....mak... 

kau berikan mama
kasih sayang maha suci 
betapa agungnya tiada ternilaikan.....

memang tak ternilai setiap kasih sayang mak, ape yang telah mak curahkan amat berharga dan penuh bermakna... tiap bait kata-kata mak penuh hikmah dan mustajab. sy percaya tiap ape yang berlaku dalam hidup sy adalah berkat kasih sayang mak abah dan doa yang mak titipkan buat sy yang tidak putus2 walau apa jua keadaan sekalipun... masih teringat peristiwa yang merenggut perasaan sy dan keluarga suatu ketika dulu..mak lah menyuntik semangat tatkala sy lemah longlai tak bermaya.. mak lah tongkat untuk sy berpaut tatkala sy tidak betah berdiri atas kaki sendiri, mak lah menyiram air ketenangan saat sy buntu penuh kekeliruan.... mak lah juga yang menabur benih- benih keinsafan kepada sy, agar terus berpegang dan yakin pada ketentuan ILAHI...
warkah buat mak...
    mak... 
saat nie are rindu sgt dgn mak. jarak dan waktu yang pisahkan kita buatkan are sering rindukan mak.... walaupun are tak telefon mak setiap hari dek kerana kekangan kerja dan tugasan harian, tapi percayalah mak...mak tetap di hati are. setiap masa mak, setiap ketika.. hanya mak di hati are. are bersyukur kerana dilahirkan dari rahim mak, mak yang banyak berkorban buat are, along, angah, ateh, acik.. mak yang tak jemu2 hulurkan kata2 nasihat buat kami adik beradik.. tak kiralah di mana kami berada, mak tetap dengan cara mak, sentiasa selitkan nasihat dan pesanan buat are utk diguna pakai dalam kehidupan nie. disebabkan itu are dan adik beradik sering menggelar mak penceramah bebas, pegawai keselamatan, duta kesihatan...=) hehehe tapi mak tak marahkan mak...kami sayang mak, walau siapa pun mak. sebab mak takde galang gantinya, mak satu je di dunia nie, are tak akan dpt jumpa orang yg klon mcm mak..  hanya mak yang satu.
     mak..., 
terima kasih mak..atas perjuangan melahirkan are ke muka bumi pinjaman ALLAH ni, terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang mak hulurkan buat are, terima kasih atas tiap baris doa yang mak titipkan buat are, terima kasih atas segala pengorbanan yang mak curahkan dari  are kecil hinggalah sekarang.. are tak tahu nak balas mcm mane jasa dan pengorbanan mak...tapi percayalah mak..., tiap kali dalam doa, takde insan lain yang akan are dahulukan melainkan kesejahteraan mak dan abah, perlindungan dr ALLAH buat mak dan abah...hanya itu yang mampu are buat utk mak dan abah dunia akhirat...
mak...terima kasih atas segala-galanya...mak lah mak yang terbaik sepanjang hayat are...sayang makkkkkk!!!
sayang mak...

Salam Kasih buat bonda tersayang Hajah Sabtiah binti Mohd Radzi.. juga tak lupe buat bonda mertua Puan Wan Nurhanim.  semoga kalian ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan dijauhi dari azab api neraka..
moga hidup kalian akan terus dirahmati dan di berkati ALLAH di dunia dan akhirat. 
Selamat Hari Ibu buat mak, ibu dan semua insan yang bergelar ibu di seluruh pelosok dunia.