Wednesday, December 10, 2014

Appointment Yang Tak Jadi.


Last Friday, after dua bulan set appointment.. so tibalah hari untuk saya dan my kekasih hati ke Klinik Pakar Wanita Medina, Gombak. Alkisahnya, bergegas la kami nie laki bini pepagi Jumaat nan permai dan damai ke Gombak. Untuk elak jem dan segala bagai, saya dan encik suami decide akan breakfast di sana saja after ambil nombor. Kenapa ambil nombor? Haa ni nak story, after buat research berkali-kali, melalui pengalaman patient lain untuk ke Klinik nie orang sangatlah ramai. Dan dikatakan perlu ambil nombor sebelum masuk berjumpa doktor. Dek kerana orang terlalu ramai jadi untuk mengelakkan lama menunggu ramai yang nasihatkan untuk datang awal. Maka tepat jam 10 pagi.. saya ulang 10 pagi, tercongokla kami laki bini depan klinik Medina nie. sangatlah stress sebab klinik tak bukak lagi. (Klinik pakar kot bole delay ek bukak klinik). Sabar lagi. Positif. Maybe awal sangat kott we all sampai, walaupun dah tertera depan cermin klinik - Daily open 10am-10pm. 

Ok fine. Jom masuk kete! kami tunggu dalam kete dalam kelaparan. Saya punyer perangai, punyelah nak jadi org first amik nombor sampai takmau makan lagi. Suami pun ikut jer. Sebab ye la semua orang cakap klinik nie giler penuh. Jadi sure lah kami nak try yang terbaik. 

1015pagi - klinik tak bukak lagi. Saya cuba kol klinik. Hanya itulah satu-satunya nombor utk hubungi klinik nie. Hampir 6 kali cubaan dibuat, hampeh takde langsung orang pick up phone!

1030pagi - klinik masih lagi tak bukak. Suami saya berdiri je depan klinik intai ke dlm. Tapi sama jugak keadaan. Takde perubahan. Aii.. taknak bukak ke apa klinik ni.

1045pagi - saya turun dari kereta. Sama2 dgn suami tunggu depan klinik. masih lagi saya cuba buat panggilan. Tapi hampeh plus hampa!

Around pukul 1100 pagi ada brader nak hantar barang ke klinik tue. Dia pun terkejut. Aikk tak bukak ke? Nak dijadikan cerita, elok je brader nie berdiri depan kedai n kol sekali dua aje, maka staf klinik tue pun bukak pintu!!!! Saya dan suami saling berpandangan. Geram!. Takpe jom kite masuk dulu. 

Di kaunter staf lelaki. Saya ulang staf lelaki di klinik pakar wanita. Tak mengherankan. Yang menjengkelkan muke dia baru bangun tidoooo! Dia bagitau malam tadi klinik tutup pukul 4pagi. Patient ramai sangat smlm. Letih! Eh hello itu bukan masalah saya la. Bukan itu yang saya nak dengar!

staf : Bila puan buat appointment? 
saya : 2 bulan lepas. haritue awak cakap akan call saya semula 
       untuk set kan masa.Saya tunggu awak call back xde 
       langsung sepanjang 2 bulan nie. 
staf : Okla macam ni puan, doktor tak masuk pagi nie,doktor akan 
       datang petang,sebab doktor perlu ke hospital dulu.Patient 
       pun ramai sangat arinie.Keutamaan untuk patient yang buat 
       IUI/IVF.So,puan bolehlah datang pukul 10malam nanti.Itupun 
       belum tentu dapat cepat.

Whattt??!! Saya tarik nafas dalam2. Itu hujah die utk kami yang first time set dengan klinik nie. Very horrible. Suami saya replied... Apepon, pick up la fon klinik nie, kalo dah taknak sangat please tampal notis di pintu depan. "Doktor masuk petang". Mudah untuk orang macam kami nie if nak jumpe doktor. 

Sangat mengecewakan, service dia tak seperti yang diceritakan. Mungkin bukan rezeki kami di sini. Saya pasti Doktor Mashitah taktahu ape yang berlaku. Ape yang staf die buat dan sebagainya. Saya tahu awak letih, mengantuk. Tapi kan senang if awak tolong bagi info jelas pada kami. Tampal notis pun dah syukur Alhamdulillah.  Sudahnya, saya taknak datang ke klinik nie. Menyedihkan. 

Rupanya rezeki kami di Klinik Pakar Annur Bangi. Sangatlah mudah urusan dan perjalanan. Alhamdulillah. Allah bagi hujan di awalnya, sebab Allah nak hadirkan pelangi indah. 
Start our Journey....











No comments:

Post a Comment