Monday, December 8, 2014

Benar itu Pahit


Berkatalah benar walaupun pahit. 
Pernah dengar ungkapan nie? Siapa tak pernah dengar cuba angkat kaki. Haa.. tipulah kalo ada antara kita yang tak pernah dengar kan. Kenapa kita kena berkata benar? Apa signifikan berkata benar ni..? Sejauh mana berkata benar ni memainkan peranannya dalam senario kehidupan kita? Sangatlah banyak dan impaknya hebat apabila berkata benar.

Seringkali terjadi, kita yang dewasa badan, akal, minda berfikiran kelas kelapan nie mengingatkan kanak-kanak agar berkatalah benar. Cakap betul. Jangan sesekali bercakap bohong. Tak baik tau cakap bohong nanti Allah marah. Namun sedar tak kita, sebenarnya yang dewasa ni lah paling banyak akal dan paling banyak berbohong dalam erti kata lainnya tidak berkata benar.


Kenapa perlu berbohong? 

Ada setengah orang berpendapat bohong itu untuk menyelamatkan diri. Ada juga berpendirian bohong itu untuk kehebatan diri. Namun ada juga setengah orang mengeluarkan hujah bohong itu untuk mendamaikan keadaan. Apa yang saya tahu berbohong itu diharuskan untuk mendamaikan dua pihak. Sebagai contoh A perang dingin dengan B. So, kita yang diberikan kecerdikkan akal ini sebagai pendamai keadaan boleh berbohong seperti : 

 # kita bagitau A bahawa B kirim salam pada dia.

 # kita bagitau B, bahawa A belikan buah tangan untuk dia. 

Itu berbohong kan. Tapi diharuskan sebab kita niat untuk damaikan dua jiwa yang berperang. Lama-kelamaan dengan izinNya A dan B akan berbaik seperti sediakala.


Tapi apa yang mencuit hati saya kebelakangan ini, apabila ada segelintir manusia yang menjadikan bohong itu suatu hobi. Tak jujur pada diri sendiri. Tak rela untuk mengakui kelemahan diri sehingga sanggup berbohong demi menjaga status kononnya. Berkatalah benar walaupun pahit bermakna cakaplah perkara yang betul yang benar yang sahih walaupun hakikatnya ia pahit untuk diluahkan dan kelat untuk ditelan. Sebab yang pahit itulah paling manis pada akhirnya. Berbanding dengan manis di awal tapi pengakhiran nya pahit bila terbongkar kebenaran.


Kadang-kadang jadi tak paham apabila berdepan dengan situasi 'rekaan semata-mata '. Faham tak?  I means satu story yang direka cerita menjadi satu fantasi yang menyakitkan hati. Haah..acaner tu! Saya rasa mana2 manusia pun tak suka apabila dibohong. Takkan ada sorang pun yang rela menjadi objek untuk dibohongi. Bila kita dibohongi, kita nie seolah-olah manusia yang tak tahu ape2 pastu kene tipu dek perbuatan orang tak bertanggungjawab ni la. Reka cerita untuk tutup lubang sini. Reka cerita lain pulak untuk tutup lubang sana. Sudahnya semua lubang terbukak! Haa.. masa tu barulah kita dapat tengok air muka dia, percakapan dia, mata dia yang tak jujur dan pastinya tampak bersalah! Saya pernah perangkap sorang hamba Allah atas kebijaksanaan dia berbohong dan mereka cerita yang best. Dengan izin Allah pastinya, dia terkantoi bila pembohongannya saya dapat trace! Saya tak perlu tekan dia untuk bercerita, saya hanya menggunakan teknik Reverse Psychology dan akhirnya yess! Pembohongannya terserlah! Allahuakbar ! Pelikkan.  Jangan terkejut hamba Allah nie bukanlah dari kalangan anak murid saya, dia dari kalangan manusia dewasa cerdik akal fikirannya.


Kita tak perlu nak nampak hebat di mata orang dengan berbohong itu ini. Cerita perkata yang betul kan lagi mudah. Sebab bila kita berbohong dan menafikan sesuatu kebenaran, bimbang andainya kebenaran itu terbongkar, semua orang takkan percaya pada kita. Biarlah pahit sekarang dari menelan pahit kemudiannya. Saya sendiri bukanlah dari kalangan hebat baik molek dan sewaktu dengannya, namun saya cuba dan ingin menjadi baik terbaik untuk diri sendiri dan semua yang ada di sekeliling saya. Saya perlukan aura positif untuk jana benteng diri. Aura negatif yang dok ada nie saya tak perlu dan tolong pergi jauh2.....


Moga Allah pelihara saya suami dan seluruh keturunan dari berbohong. Moga kami diberi kekuatan untuk menegakkan kebenaran.


Berkatalah Benar Walaupun Pahit!





No comments:

Post a Comment