Monday, December 15, 2014

Talam dua muka semakin bermuka-muka


Sapa suka makan kuih talam. Angkat kening!! Haa, saya sangat la LIKE dgn kuih talam nie. Kuih talam sedap. rasenye lemak. Kuih talam biasenya bole jumpa pun di kampung-kampung. Kalo di Kuala Lumpur kuih talam yang sedap ada dijual di Jalan Tar setiap hari Sabtu. Bertalam-talam dan dijamin sedap. korang takkan menyesal. InsyaAllah. Itu kuih talam. Sedap dan menarik.

Camner pulak dengan talam dua muka?? Yang bertalam2 lima enam muka. Acaner tue! Tak sama ye puan2 dan tuan2. Totally different. Talam dua muka langsung tak sedap. Tak Menarik. Tak Bagus. Tak memberi ape kebaikan malah patut di letak dalam tong sampah.



Manusia talam dua muka nie sangatlah bahaya. Rencananya tak dapat kita duga sebab dia adalah jenis manusia yang di depan lain, di belakang lain. Aura negatif terlalu banyak pada manusia jenis ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan matlamatnya tercapai. Manusia jenis ini akan merasa satu kepuasan apabila meyampaikan cerita mahupun perkara melibatkan orang lain. Dan paling menariknya cerita yang dihebahkan bertukar 360 darjah dramatik dan tragik. Bahaya bukan..?!

Zaman sekarang nie, bermacam jenis manusia, berbagai watak, beraneka rentak dan lakonan. Manusia jenis ini yang menariknya mereka pandai bermuka-muka. Di hadapan kita, baik dan lemah lembut perwatakkannya, namun di belakang mereka boleh berubah menjadi manusia yang tidak kita kenali. Manusia jenis nie, bijak dalam menyusun kata-kata dan bahasa yang digunakan jugak bombastic. Nauzubillah jahatnyer la kan..


Bukan tue sahaja, manusia jenis ini juga, suka berjanji pastu tak tunaikan. Malah janji baru akan dibuat dan seperti biasa janji itu akan terkubur. Sangatlah bermuka-muka apabila dengan kita dia berbicara lain, dengan orang lain hujahnya lain. Manusia talam dua muka sama juga dengan manusia hipokrit. Berbohong untuk menutup pekung di dada. Bohong menjadi makanan ruji mungkin. Bahagia agaknya buat aktiviti macam itu bermuka-muka bercabang lidah. Astaghfirullahalzim. Bahaya! 

Sedih toksah nak cerita andai dia sahabat, kawan, teman mahupun kenalan. Lagi sedih andai dia saudara mara mahupun kaum keluarga. Kepercayaan yang kita beri pasti runtuh. Rasa hormat yang kita pupuk pastinya lebur. Untuk berhadapan dengan manusia bermuka-muka, kita perlu berlapang dada. 

Adakala tanpa kita sedar, mereka yang ada di sekeliling kita tergolong dalam kalangan manusia talam dua muka. Maka pada masa tue, bila kita dapat tahu dia adalah manusia durjana apakah kita hanya mampu diam atau melakukan serangan balas? Adakah kita juga melakukan perkara sama dengan bermuka-muka?? Kalau kita buat benda yang sama macam dia buat kat kite. Kite pun sama vuduh macam dia. Erkk..! Dia dah tentu bermasalah, jangan kita pulak cari masalah buat bende tak elok tu. Orang berilmu dan berakal akan hadapi semua bende vuduh nie dengan rasional.



Kita ada Allah tempat bergantung. Andai kita mangsa pefitnah, berdoalah pada Allah mohon diberi kekuatan. Malah kita perlu muhasabah diri merenung kesilapan2 yang lalu. Mungkin ini kesan perbuatan kita yang lampau tanpa kita sedar. Fitnah takkan berakhir hinggalah hari kiamat. Bermakna di sekeliling kita akan sentiasa ada manusia bermuka dua dan hipokrit. Terima semuanya dengan berlapang dada dan teruskan sujud pada Allah mohon dilindung dari terus difitnah.

Pesanan utk diri sendiri dan semua, tak ada kebaikan walau sekelumit hidup dengan cara bermuka-muka. Hentikanlah semua agenda jahat kamu dan seluruh kerabatmu. Kembali kepada kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.



No comments:

Post a Comment