Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Pelihara Hubungan


TEKNIK UNTUK MEMELIHARA PERHUBUNGAN DENGAN ORANG YANG DISAYANGI

1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan
menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.


Thursday, May 24, 2012

wAniTa yg DiAzab..


buat renungan bersama... 

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisra'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)




moga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah... be a good muslimah~


Friday, March 23, 2012

masih ada masa..


Fuuhh..lame nyer rase tak mencoret sesuatu di dada belog nie..byk sebenarnya bende yg nak diconteng dan di luahkan di atas lembaran maya ni. nak mula dari mane..


actuali, tahun 2012 dah menginjak ke bulan 4. sekejap sgt masa berlalu meninggalkan sy. rs banyak sgt bende yang tak sempat terbuat sepanjang tempoh 3 bulan pertama. KESAL. memikirkan target yg dibuat tak kesampaian..impian yang diimpikan tak tertunai...tapi byk ms lg kan..Nabi pun tak penah ajar kite supaya mengaku kalah.. dalam perang  pun Nabi pupuk semangat juang yang tinggi pada semua sahabat dan tentera Islam bahawasanya Allah sentiase bersame mereka.. 


it's d same situation..right? Allah bersama dengan sy siang malam... yg perlu sy tahu sy diuji sekarang and perlu harus wajib dan wajar terus mendekatkan diri dengan Allah walaupun apa jua keadaan..walau sesibuk mane pun urusan duniawi..ukhrowi tak bole nak tolak tepi...


# jomlah acu positif kan minda and tetapkan  niat hati..mudah mudahan Allah mempermudahkan segalanya.... Amin



Wednesday, October 5, 2011

betapa berharganya dia..

Jika isteri menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

 Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat..
 TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
 SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
 PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
 Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
 Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
 Dia begitu SEDIH melihat KEMATIAN..
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…




sumber dari Che Siti Hanieyfah :: syukran ::

Friday, August 12, 2011

cepatnyer masa berlalu..

assalamualaikum...

sedar tak sedar dh hari ke dua belas kite berpose ek.. kejap betoi masa berlalu. dlm jangka waktu tue, banyak ruang waktu yg dh kite tinggalkan. yela, pejam celik pejam celik dh hujung bln 8..nk masuk bln 9 dh. tup2..akhir tahun plk.. ish2..cpt sungguh. Dahulu kala, zmn menuntut ilmu , ustaz ade ckp semakin dkt dgn hari Kiamat, masa & waktu bergerak terlalu pantas. adakah??? 


Ye, bkn adakah lagi. tapi tepat sekali. jangka waktu utk ke penghujung zaman semakin hampir. kecut perut. takut. berdebaq. takut ke tak? kalo ade yg tak takut tue sy tak berani nak ckp, mungkin die ade alasan die tersendiri. for me, bekalan dan amalan perlu dipertingkat setiap masa dalam menuju ke penghujung zaman....
wallahualam.



Wednesday, July 20, 2011

kawen itu rezeki

assalamualaikum...


org kata kawen tue rezeki, berlimpah ruah Allah turunkan rezeki pd pasangan yg bekawen, hatta pd sy & suami sendiri.. sedar dgn tak je rezeki tue hari-hari ade.  bila dua manusia disatukan dalam satu ikatan nikah, sah di sisi agama, syarak dan hukum AlQuran. maka akan terbukak la setiap pintu rezeki nyerrrr...Allah Maha Pemurah. Hangpa pecaya ke tak? sy pecaye. mmg pon. *SAH*   sila refer pd ayat ayat cinta..oppsss ayat-ayat Allah. insyaALLAH ade pengertiannyer. ghajin-ghajin la cari ilmu Allah , berguru insyaAllah ade dalil-dalilnya. kan Nabi pon pesan tuntutla ilmu sampai ke negara China... dlm list angan2 mat jenin sy mmg tersenarai negara CHINA, tp xtau la bile dpt jejak kaki...encik asben jom.....::smbilkelipmata::tingting



[Surah AnNur : 32] 

bukan je rezeki yg kita dapat menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas2nya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama. Dengan berkahwin segala apa yang kita buat untuk ‘si dia’ atas dasar kasih sayang, akan menjadi pahala. Bukan ke setiap perkara yang berkat membolehkan kita mendapatkan PAHALA?.  Begitu juga duit (rezeki) yang kita belanjakan untuk ‘si dia’ (yakni isteri) menjadi pahala kerana kita telah memberi nafqah yang diwajibkan oleh ALLAH. Tidakkah itu membuahkan hasil berkat? 
korang taknak ke? rugi la oi....

Sebaliknya, jika kita belum berkahwin, segala perkara yang kita buat  kepada ‘si dia’  atas dasar maksiat kemungkinan besar akan membuahkan hasil dosa. Begitu juga duit (rezeki) yang dibelanjakan untuk si dia (yakni awek dan gf & bf) berkemungkinan akan menjadi dosa disebabkan kita mengeluarkan duit di tempat yang tak sepatutnya. Tidakkah itu dikatakan tidak berkat?....mai la pikir sama-sama....dah bape dozen dosa masa zmn bercinta dulu.adoyai! astaghfirullahalazim. tatutnye!!

Alhamdulillah now kami dah kawen..=) DIA MAHA MENGETAHUI. sejak tawen nie, manyak rezeki. baik sy mahupun encik suami terchintaaaaa.... Alhamdulillah,terima kasih YA RABB. Kunci nye hanyala.. terus perbanyakkan amalan dan setiap urusan yg dilakukan berlandaskan YG MAHA KUASA. DIA pasti memberi. itulah yg kami amalkan insyaALLAH hingga ke akhir hayat. 
alhamdulillah atas segala nikmat & rezeki yg Dia turunkan pd kami. alhamdulillah pd  kesempatan yg Dia berikan...alhamdulillah atas urusan yg telah dipermudahkan.....~ALHAMDULILLAH~

Jgn hina perkahwinan yg dibina, dlm perkahwinan tersimpul berjuta rahmat ALLAH. 
::SAYA SAYANG SUAMI SAYA:: anda??

Thursday, July 14, 2011

kita insan biasa

assalamualaikum..


percaya tak bila kita dah menelusuri kehidupan yg serba canggih dlm bahasa mudahnyerr dh idup senang... makin ramai rupenyer yg semakin ego dan eksen dgn org sekeliling..mungkin tanpa sedar or mmg die dh pasang niat...tak tahulah, sampai bile nak tunjuk ego dan riak. sedangkan kite semua sama je di sisi Allah. MAti semua masuk kubur. tanah jugak, takde pulak sy dengar masuk dlm simen ke konkrit ke...

Errrmm. hidup senang tue tak salah. dan kite sendiri dituntut utk mencari rezeki utk kesenangan hidup. tapi nape  perlu ade jurang dengan masyarakat sekelililng. kenapa mesti bawak sikap di workplace semata-mata nak jaga imej? jaga imej ke? terjaga ke imej tu?  adoi..tak tahulah.... tolonglah buang sifat sombong dan ego dlm diri anda... 

Kite semua manusia biase. sy insan biase, anda insan biase.. takde yg luar biase. kite semua sama di sisiNya. belajarla terima hakikat kehidupan bahawa anda bukan hidup seorang diri di atas muka bumi nie, dan belajarla jua mengerti bahawa insan lain berhak lahirkan pendirian & pendapat utk kesejahteraan sejagat....

org lain tak dapt mengubah sikap kita melainkan diri kite sendiri.....

Friday, July 8, 2011

Dia semakin dilupakan

assalamualaikum....


pelik kan? tapi itulah hakikat. kita akan tinggalkan Dia bila kita kecapi bahagia. namun bila kita dihimpit musibah dan malapetaka kita mula mencari Dia di sana sini. kita mula ingat sape Dia di sisi kite. why..why.. and why??? sedangkan masa kita gembira tak hingat dunia, kita nak cari Dia pun susah. sanggup tangguhkan waktu bertemu si Dia semata-mata urusan dunia. walhal terang lagi bersuluh  Dia yg tentukan jatuh bangun kiter dalam segala aspek kehidupan dengan iringan usaha doa dan tawakal kite pd Dia... 

Bila kite di uji dgn bervariasi ujian dan dugaan, saat itu kite mula terkedek-kedek cari Dia yg dulu kite tinggalkan. bila kite sedih dan berduka barulah kite nak cari Dia untuk hilangkan kesedihan dan leraikan kekusutan dalam jiwa..... Dia bukan tempat utk bertemu dikala sedih dan berduka semata-mata....Dia tempat kite memohon keberkatan hidup dunia & akhirat. Dialah pemberi rezeki, pemberi rahmat, pemberi perlindungan, pemberi ujian, pengampun dosa...dan segala-galanya adalah DIA. 

Peringatan buat sy dan mereka yg sudi menerima peringatan.  senario masyarakat sekarang tak kira mereka yg jauh mahupun terdekat yg semakin alpa dan hilang dengan kesenangan dunia. sy jadik keliru pabila mereka diheret ke lembah berduka baru mereka pandai mencari Dia. walhal semasa enjoy Dia seakan hilang dalam hidup mereka. ASTAGHFIRULLAH AL AZIM.
bertemu lah Dia siang dan malam... 

semoga sy dan suami dan seluruh kaum keluarga sy akan sentiasa bertemu dan terus bertemu si Dia setiap masa siang dan malam. semoga sy dan suami tercinta serta seluruh keluarga tergolong dalam golongan mereka yang beramal soleh dan terpelihara daripada tipu daya & fitnah dunia dan akhirat.


Wednesday, June 22, 2011

ReNcah Hidup

assalamualaikum...

pagi cerah, suasana damai, angin sepoi2 bahasa... saat semua warga kota dan seluruh warga Malaysia berpusu-pusu keluar untuk ke tempat kerja termasuklah saya yang memecut kete utk ke sekolah sbb dh lewat..semua org sibuk mencari rezeki yg halal plus diberkati untuk terus menyara keluarga dan juga diri sendiri...

So guys, when u get married.. ekonomi harian juge turut berubah..totally different. dah tak sama seperti zaman muda remaja, bujang trangtangtang... perbelanjaan hanya bertumpu dan terfokus utk diri sendiri... sebulan sekali belanja utk dapur mak dan abah dan wang hadiah utk PAMA....  tapi kini, wang belanja dapur utk umah sendiri. sebulan sekali peruntukkan sejumlah wang utk keperluan dapur, belum masuk lagi perbelanjaan harian..makan pagi, minum petang, barangan mentah utk masak, bayaran kete, bayaran kutu, bayaran bil , bayaran itu, bayaran ini....uishhh agak banyak kalo di listkan... tak lupe juga wang hadiah utk PAMA walaupun dah duduk jauh and ade family sendiri. wang hadiah utk PAMA tetap diberi seperti biasa, itu harus! sebabnyer rezeki yg ALLAH kurniakan berkat doa dan restu mereka jua....selagi ada hayat mereka, sewajarnya kita beri mereka merasai nikmat gaji  yang kita dapat sebulan sekali...Alhamdulillah~

Tapi yg menjadi kemusykilan di benakku..bila ade org yg tak bersyukur dgn ape yg ade. rezeki yg Dia kurniakan tak tahu nak guna dan tak tahu nak nilai susah payah nyer utk dapatkan rezeki itu..adushhh.. simpati. jgnla begitu, setiap ape yg kita dapat tak kiralah keje ke, belajar ke semuanya bermula dengan kesusahan. mana ade org yg belajar or keje terus dapat senang, sure dan pasti susah masa peringkat awal...nape camtue? sebab Dia nak bagi kita rase mcm mane susah senang nak hidup, takdelah hanya sekadar nganga mulut tunggu org suap makan...tak mo tak mo xbaguss camtu...

susah senang kehidupan Allah telah aturkan sejak dari Azali lagi. kita yg menentukan hala tuju hidup kita..kalo dah peringkat awal kita rase gentar utk terus berjuang.. mungkinkah kita akan dapat kemanisan di hujung perjuangan.?? 
kesusahan dan keperitan hidup pasti mematangkan jiwa dan fikiran. jangan mengaku kalah hanya kerana setitik kepahitan dalam kolam kehidupan... 


Saturday, May 21, 2011

Terima Kasih semua


Kita seringkali leka dan lepas tangan utk ungkapkan dua perkataaan terbaik di dunia.. mungkin kita terlalu ambil mudah tanpa memikirkan kesan yang berlaku di sebalik perbuatan kita.. susah ke nak ucapkan dua perkataan keramat tue..? 
tak susah sebenarnyer kalo kite benar-benar faham dan mengerti untuk menghargai insan lain...

Tak kiralah tiap titik usaha yang diberikan itu besar atau pun kecil, 
yang penting insan yg menerima tahu menghargai...
tak perlu dihargai dengan limpahan wang ringgit, mahupun emas permata 
ataupun disogokkan dengan pelbagai barangan berjenama..
cukuplah sekadar  DUA perkataan keramat yang sungguh dalam maksud dan pengertiannya...TERIMA KASIH.




Kerana 
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihargai...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa disayangi...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dimengerti...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihormati...
TERIMA KASIH tak perlu diukur dengan pangkat, usia mahupun darjat....
yang tua pun perlu ungkapkan terima kasih kpd yg lebih muda..
begitula jua sebaliknya...

Kerana.. 
dengan berTERIMA KASIH..
sebuah ikatan akan lebih bermakna...
ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa..
atas jerih payah dan pengorbanan membesarkan kita
ucapkanlah terima kasih kepada adik beradik..
atas pengalaman dan perkongsian hidup mendewasakan kita
ucapkanlah terima kasih kepada rakan2,kawan2,teman2 dan sahabat..
atas sokongan, dorongan dan kekuatan yang diberikan kpd kita..  
ucapkanlah terima kasih kepada suami atau isteri...
atas suka, duka, tawa, airmata sepanjang menempuh kehidupan berkeluarga bersama-sama.....,

Ucapkanlah terima kasih kepada semua insan 
yang telah mewarnai dan menyentuh kehidupan kita....


Jutaan, ribuan, puluhan terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yang telah sudi menjadi penawar dan racun dalam seluruh kehidupan saya...
TERIMA KASIH.


Last but not least....
TERIMA KASIH YA ALLAH 
atas segala ujian dan rezeki yg telah dikurniakan...~Alhamdulillah~



Tuesday, April 19, 2011

bahagia itu



kebahagiaan adalah untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba kerana merekalah yang menghargai betapa oentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...~


perempuan


"...PEREMPUAN ITU DIJADIKAN BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG... 
BUKAN DARI KAKI UNTUK DIPIJAK.. TAPI DARI RUSUK KIRI LELAKI UNTUK DILINDUNGI DENGAN TANGAN DAN DEKAT DENGAN HATI UNTUK DISAYANGI..."

orang yang berilmu

orang yang berilmu itu menyedari bahawa ...:


  • timbulnya sayang dari perasaan
  • timbulnya kemahuan dari keinginan
  • timbulnya keyakinan dari kepercayaan
  • timbulnya kemajuan dari perubahan
  • timbulnya kepandaian dari kerajinan
  • timbulnya kesihatan dari kebersihan
  • timbulnya cinta dari hati
  • timbulnya dengki dari irihati
  • timbunlnya kekuatan dari persatuan
  • timbulnya bencana dari kesilapan
  • timbulnya kesusahan dari kelemahan