Friday, July 19, 2013

Resam Berpuasa


Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan ke 10 kita berpuasa..Macam mane dengan ibadah dan mujahadah kita sepanjang 10 hari perjuangan? Ibadah solatnya, membaca Quran, bersedekah, senyum, tolong-menolong, bersangka-baik dan berbuat kebaikan dan meninggalkan kesemua keburukan...

Sepanjang 10 hari menjalani ibadah pose nie,  di laman sosial sibuk orang mengePOST gambar juadah berbuka. agaknya mungkin boring barangkali. tak tahu nak buat ape, maka di letakkan gambar sebagai penyeri petang sebelum berbuka. Tak kurang hebatnyer dgn status menu yang dimasak utk keluarga...hehehe. Mungkin cara itu terapi jiwa buat mereka.

Namun bukan itu yg ingin sy kongsi di sini, apa yang ingin sy luahkan tentang keprihatinan kita dalam memuliakan bulan Ramadhan... Kita mengaku kita berpuasa, namun seringkali lidah berbicara tentang keburukan org lain, Seboleh-bolehnya di bulan barakah nie, kita jauhi segala bentuk umpatan dan kutukan tentang sesiapa sahaja. Bimbang akan berkurang pahala puasa yg Allah janjikan... Ya, kita manusia biasa tak pernah lepas dari kekhilafan, namun ia boleh di didik dan dibentuk. Kita didiklah seluruh jasad dan roh kita agar menghormati dan memuliakan bulan ini dengan perkara-perkara yg baik dan amalan yg ada ganjaran pahala. 

Seperti biasa sy dan suami akan sama-sama berjemaah di masjid berdekatan dengan rumah  kami. Kemeriahan memang terasa apabila masjid di IMARAH tak kira usia atau peringkat umur. Seronok! Terasa keindahan malam Ramadhan. Walau bagaimanapun, susahnyer nak mengajak muslimat yg berjemaah di situ agar merapatkan saf. yg ada hanya saf yg renggang. Takde pun rasa nak merapatkan saf agar kukuh dan teguh. Apabila di ajak utk rapatkan saf, mereka tak endahkan. seolah-olah sy mencurah air di daun keladi. Allahuakbar. Yg sedihnye, golongan berusia yg gagal utk merapatkan saf-saf yang ade. Malah, lebih sayangkan sejadah masing2 dan takut utk berkongsi. 

Nie belum masuk bab kanak-kanak yg solat di tengah org dewasa. bukankah putus saf apabila ada kanak-kanak yg belum cukup umur dlm jemaah. Hendak ditegur, maknya masing-masing ditepi anak. serba salah dibuatnya. Kalo nak bawak anak juga, letakkan anak itu ditepi sekali, makna saf yg paling hujung.

Apa-apa pun, ilmu agama nie perlu ditimba. Perlu berguru. Bukan hanya sekadar menelaah buku ataupun search di iternet semata. Buku-Buku yg ada hanyalah sebagai tambahan pada kita utk menambah ilmu. Wallahualam.

Selamat beribadah dan berbuka..=)







Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Bulan Perjuangan


Setahun sudah berlalu ia datang kembali membawa pelbagai pakej kebaikan, kerahmatan,keberkatan,keampunan bagi setiap hamba-hambaNya yang merebut peluang keemasan ini.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem. Keindahan Ramadhan dapat dirasakan seperti tahun2 yang lalu. Kedatangannya amat dinanti setiap ummat Islam. Kemunculannya disambut penuh kesyukuran kerana diberi peluang olehNya merasai nikmat berpuasa pada tahun ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan hanya berdoa moga Allah panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik buat saya, suami, abah mak, mentua serta seluruh kaum keluarga agar dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan tenang dan melipatgandakan amal ibadah pada bulan penuh perjuangan ini...InsyaAllah.

Peluang yang diberi  Allah ini, ingin digunakan sehabis baik dengan setiap amalan kebaikan dan ibadah berpanjangan. Dengan penuh harapan, agar Dia menerima setiap inci ibadah dan amalan saya, suami, serta seluruh insan2 yang saya sayangi..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kurniakanlah kepada kami, umur yang bermanfaat dan kesihatan yang baik agar dapat kami menjalani ibadah puasa di bulan penuh keampunan ini dengan tenang dan dapat melakukan amal ibadah dan kebaikan dengan bimbingan MU.. Kau permudahkanlah setiap urusan kami.
Kau terimalah Ya Allah setiap amalan ibadah dan juga amal kebaikan kami di dunia dan akhirat.
Kepada Kaulah kami sembah, kepada Kau jua kami memohon pertolongan. Sesungguhnya Kaulah sebaik-sebaik Penolong...."

Moga Ramadhan pada kali ini membawa seribu satu keberkatan,kerahmatan,keampunan buat kita semua. Bermula terbit fajar hingga terbit semula sang suria pada keseokannya setiap kebaikan dicatat malaikat tanpa was-was. Setiap saat, setiap tempat, setiap perkara. Puasa, zikir, membaca Quran, solat fardhu, solat sunat, sedekah, senyum, tolong menolong dan banyak lagi dikira pakej terbaik untuk kita rebut di medan perjuangan Ramadhan Kareem. Berjuanglah sepenuh hati untuk mengejar setiap pahala yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya. Setiap amal ibadah yang dilakukan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Bulan yang dijanjikan Allah pahala seperti beribadah seribu bulan..Wallahualam. 
Jom berubah jadi baik!

Selamat berpuasa dan selamat beribadah....=)







Saturday, July 6, 2013

SolaT Sunat Dhuha


Pasti setiap daripada kita pernah dengar tentang Solat Sunat Dhuha. Berapa orang daripada kita yg pernah buat solat sunat dhuha. Bila kali terakhir kita tunaikan solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang paling banyak diceritakan dan disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi jika nabi kesayangan kita sendiri sering memperkatakan tentang kelebihannya, pastilah solat sunat dhuha mempunyai rahsia nya yang tersendiri... percayalah!


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Nie pulak doa solat sunat dhuha...jika dibaca dan difahami isi maksudnye, bole mengalirkan airmata. Penuh makna dengan rayuan si hamba kepada Pencipta... Allahuakbar!!




Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha ini, hanya mereka sahaja yang mengetahui nikmat di sebalik nya. Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan diperoleh.. Maka jadikan lah ia amalan setiap hari, semoga rezeki kita diluaskan dan dimurahkan Allah tanpa disangka-sangka...Semoga urusan seharian kita dipermudahkan Allah dari awal hingga akhir.
 Jom berubah!



Friday, July 5, 2013

BiJak BerbeLAnja


W.A.N.G
Bila kita bercakap tentang wang..macam2 bermain di fikiran kan.. mcm2 yang kita nak buat dgn duit yang kita dapat or bakal dapat...Tidak kiralah yang bekerja makan gaji bulanan mahupun bekerja sendiri, tentulah dah ada perancangan sendiri bagi sebuah kehidupan masing-masing...
Sy bercakap tentang mereka menerima gaji setiap bulan. bagi yang bekerja sendiri mungkin saya kurang arif utk mengupas serba sedikit perihal kewangan mereka walaupun hakikatnyer saya dibesarkan dalam keluarga yang berniaga...=)

Ok,, nampak mcm mudah apabila gaji masuk, maka kuasa membeli akan bertambah. Duit yang diperoleh terasa ingin dihabiskan dan segala kemahuan terasa ingin dipenuhi. Masa tu jugaklah Shopping Mall nak sale nye!  SALE sana SALE sini,  diskaun memanjang! Kalo dikutkan kehendak yang tidak bertepi memang berkampung la di mana2 Shopping mall kunun2 nak membeli. Itu gambaran awal la apabila gaji masuk. 


So, sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita duit gaji yang kita dapat diadjust dan di arrange sehabis baik agar kewangan kita tidak bocor ke mana2...=)
Setiap bulan, saya akan peruntukkan 6 sampul khas yang perlu diisi. Istilah seperti menabung. Saya dan suami akan asingkan sejumlah wang utk disimpan. Setelah ditolak dengan pelbagai perbelanjaan itu ini begitu begini maka baki yang ada itulah bahagian kita. Duit elaun untuk mak abah memang tidak pernah dilupakan, begitu jugak dgn encik asben dia jugak peruntukkan utk parents dia..hehehe =)
Alhamdulillah strategi yang kami buat berjaya dan mudah-mudahan kekal la ia.

Memang tak runsing dah apabila kita dah tentukan hala tuju kewangan kita setiap bulan. Dan perbelanjaan kita jugak semakin teratur dan itula dipanggil bijak berbelanja..Ewaahhh! =)
Bila dah menabung kan, bukanlah tidak bole langsung nak berbelanja bagai... saya dan suami tetap juga meREWARD diri masing-masing setiap bulan... kami berdua memang suke jalan2 cari mkan, so every month kami akan cuba mencari tempat mkn yg best2 dan mahal pun takpe, asalkan kita rasa kepuasan setelah sebulan bekerja mencari rezeki..ALHAMDULILLAH.

Jadi, berbelanjalah sebijak yang mungkin, perlu ada kerjasama antara asben n wife dalam menguruskan kewangan kita. Kita perlu tetapkan hala tuju kewangan kita setiap bulan utk disalurkan ke mana agar takde sebarang isu kebocoran di belakang hari. Yang paling penting kita perlu menyimpan walaupun dlm jumlah yang sedikit. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.=)
Wang kita cermin diri kita.. erk ade related ke?  Bijak Berbelanja!