Friday, April 29, 2011

tingtong...love u


credit to kak zakiah for d cutest cake
test..test..123
arini balik dari school sy bawak balik cute cake ...bkn for birthday, bkn for anniversary. it's just a simple celebration for my hubby. sbb dh lame xbuat something suprise for him..heheee. actually cake tue sgt cute, nice, and sweet sentuhan dari kak zakiah.. bravo la akak!
nampak muke encik amirul sgt hepi and gumbira.. senyum die xlekang dr bibir...berbunga2 rase ati gua..
sekali sekala buat suprise utk insan tersayang dpt eratkan lg perhubungan.... =) yang jauh kite dekatkan, yg dekat kita rapatkan.....

mr amirul,
just want u to know how much i love you.....
                                                     

Wednesday, April 27, 2011

namanya isteri

Hargailah isteri anda...... 



Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, 
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. 

Cuti ini bukan cuti suka hati 
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , 
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
 
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis 
nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita, 
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap 
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur. 
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
 
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan 
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya. 

wallahualam..petikan dari seorang sahabat.

Gumbira

keseronokkan menjengah lagi..!!
ye ye ye..xsabar nak balik ke kmpung halaman..
hohoho balik kampung..hohoho balik kampung..~ hati girang..lalalala..
fasa menghitung hari ...
rase lambat betul nak sampai hari jumaat.. cuti dis weekend sy & acik pakat2 nak balik kampung @ perak! uishh terase ke"best"annyerrr...! nak lepaskan rindu dendam kat abah, mak, adik beradik & the most important is wajah kesayangan acu...sure ternanti2 kepulangan acu kan..kan.. =)
walaupun cuti xlame mane, tapi kesempatan yang ade nie, perlu di grab dgn bijaksana..maklumlah bkn senang nak cuti wekend bersambung ke isnin... so we all target nak balik jumaat malam, haruslah jalan jem waktu tu, mesti ramai warga kota nak balik kampung sama macam kitaorang...jem pun jem la,, asalkan dapat breakfast pagi sabtu with my beloved family...=) nak makan nasi lemak daun pisang...huhuuhu...
malam lepak kt gerai makan..sambil borak2 kosong and gelak pecah perut~
abah mak.. tunggu kepulangan acu & acik's family ek...doakan kami slmt sampi ke desa tercinta~ insyaALLAH

to wajah kesayangan acu...are you ready for mario game???? hehehe tunggguuuuu!

Friday, April 22, 2011

When You Tell Me That You Love Me


~Dedicated to my lovely husband~


I wanna call the stars

Down from the sky

I wanna live a day

That never dies

I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do
I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what’s beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I’ll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I’m shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everything’s easy now
I have you here
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I’ll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I’m shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I’ll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I’m shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
You love me
When you tell me that you love me

always love u Mr Amirul @ Paksu~ 

Kaifiat mandi wajib


Mandi wajib yg betul 
      

        Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.  Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 
      Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri KeramatKuala Lumpur .. 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. 

1. niat. 
2. menghilangkan najis di badan. 
3. meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." 
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
 


Bagi perempuan yang HABIS HAID, niat mandi wajib ialah: 

" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." 
Manakala bagi perempuan yang HABIS NIFAS, niat mandi wajibnya ialah: 
" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". 


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. 
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.  Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.  Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .  Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 




* berkongsi ilmu yg dipetik dari sumber Jakim ~ wallahualam

Tuesday, April 19, 2011

bahagia itu



kebahagiaan adalah untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba kerana merekalah yang menghargai betapa oentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...~


masih adakah lagi..

masih adakah lagi..~
marah dan kekesalan...
menjadi suatu pantulan indah...
sedikit demi sedikit
hilang terkikis...
dan tak berbekas...
adakah masih ada cinta..?
adakah masih ada sayang tertinggal..?
adakah masih ada kasih yang berbaki..?
sedikit demi sedikit
segalanya berubah
memintal kusut
tak menentu....




cetusan dr Blues Utk Aku..~

perempuan


"...PEREMPUAN ITU DIJADIKAN BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG... 
BUKAN DARI KAKI UNTUK DIPIJAK.. TAPI DARI RUSUK KIRI LELAKI UNTUK DILINDUNGI DENGAN TANGAN DAN DEKAT DENGAN HATI UNTUK DISAYANGI..."

orang yang berilmu

orang yang berilmu itu menyedari bahawa ...:


  • timbulnya sayang dari perasaan
  • timbulnya kemahuan dari keinginan
  • timbulnya keyakinan dari kepercayaan
  • timbulnya kemajuan dari perubahan
  • timbulnya kepandaian dari kerajinan
  • timbulnya kesihatan dari kebersihan
  • timbulnya cinta dari hati
  • timbulnya dengki dari irihati
  • timbunlnya kekuatan dari persatuan
  • timbulnya bencana dari kesilapan
  • timbulnya kesusahan dari kelemahan

Tuesday, April 12, 2011

itu bukan kerja kite



Berbuat baiklah pada semua...
kenape kite perlu buat baik pada org??
kalo org buat jahat pada kiter perlu ke kite buat baik pada die?
kalo kite buat baik pada org then org tue tak hargainya, masih wajarkah perkara baik itu diberikan pd nya??
adoyai..~
itulah diantara persoalan yang sering menerjah kotak fikiran saya sejak zaman kanak-kanak, .. hatta dah meningkat dewasa kini, persoalan tue kekadang muncul tanpa diminta..
why..why..and why..?
padahal dari kecil kemudian di peringkat usia muda remaja, kite telah diajar xkira di rumah mahupun di sekolah..utk berbuat baik sesama insan. saya masih ingat pesanan ustazah ketika saya di tadika ABIM seri manjung, ustazah Sue pesan sebagai manusia kita perlu buat baik dengan org, binatang, tumbuhan. dan seluruh kehidupan di sekeliling kita... 
yup! baik itu subjektif...susah nak dimengertikan 'baik itu adalah baik.' kadang2 org baik ade sebab, baik ade makna..yang mana akhirnya memakan diri sendiri.
namun dalam mengejar kehidupan abadi di AKHIRAT sana... berbuat baiklah sesama kite...kehidupan kite di dunia ini terlalu singkat dan sekejap. Amalan baik yang akan ditimbang di sana menuntut kita memenuhkan bakul bekalan kite utk kite hidup selesa di syurga abadi. Memang agak terkilan apabila kebaikan yag dilakukan disalah tafsir. Keluhuran yang dihulurkan disalah mengerti... Begitu juge dgn hakikat apabila keburukan dan keperitan yang kite terima hari demi hari..dan kite terpaksa terima dan balas segala keburukan dan cemuhan itu dengan seribu kebaikan.,.. Benar kata abah dan mak, jangan berdendam, hapuskan sifat mazmumah, tanam dan semai sifat mahmudah..
Tapi kan abah..agak tidak adil , kenape kite perlu tanggung semua keburukan itu, keperitan itu, kepedihan itu dengan sejuta kebaikan yang mulia...kenapa kite terpaksa ketepikan hati dan perasaan kite hanya kerana xnak burukkan sesuatu keadaan... dgn tenang dan agak tegas abah ckp sape kite utk ukur segala kebaikan dan keburukan org? kite xde hak nak hukum dan hina org lain...yesss..abah betul.. sape kite nak tentukan segala-galanya tentang kehidupan... itu bukan kerja kite. itu urusan Maha Pencipta.
Alhamdulillah, skrg saya bertambah yakin dengan persepsi saya, segala perbuatan permulaannya adalah NIAT. Hanya DIA yang tahu apa yang tergerak dari hati kita. xkirelah segunung keburukan yang diterima, namun  hati kite mmg bersih dengan niat yang baik, insyaALLAH kebaikan yang sebenar menanti kite di pintu syurga....insyaALLAH. terima kasih abah..mak..


amar makruf nahi mungkar~

Wednesday, April 6, 2011

2saat

serabutttt!!!  aahhhh~
hati xtenang je sejak dua menjak nie...  kalo la sy bole tahu ape kan jadi esok..pasti sy dh prepare siap2 ape yg terbaik utk sy dan family. ya Rabb pinjamkanlah ketenangan itu..
semoga perjalanan hidup sy dan suami dipermudahkan Allah hendaknya!...