Wednesday, March 30, 2011

berkorbanlah~

Seronoknyer dengar kawan2 dh mula berbadan dua.. sy turut sama rase kegembiraan mereka. Masing2 bercerita tentang pengalaman dan saat menanti kelahiran. cmner dgn sy..??.. bila lagi ? dah berisi ke..? itulah diantara soalan cepumas yang perlu dijawab oleh saya dan suami tatkala bertemu rakan2 dan sahabat handal....
hanya senyuman dan ulasan pendek yang kami berikan kepada mereka.... (tahun depan insyaALLAH...)


dek kerana faktor masih menuntut di maktab perguruan, masih di dlm fasa KPLI/ KDC selama setahun setengah ( belajar semasa cuti sekolah aje.) jadi saya dan suami perlu berkorban demi masa depan yang kami impikan... bila dah masuk maktab, ade beberapa akta & peraturan yang wajib diikuti, hatta hati rase meronta xnak ikut...adoyai~,


salah satu peraturan tetap bagi students kdc nie adalah, dilarang MENGANDUNG. Motifnya, tidak mahu sebarang kesan negatif berlaku sepanjang sesi pembelajaran di maktab, Almaklum sajelah, kitaorang masuk belajar time cuti sekolah aje, then byk aktiviti, especially aktiviti luar yg melibatkan perkhemahan, mendaki bukit, berkayak  berenang and so on. karang, kalo termengandung, sure effect pd baby dlm kandungan dgn aktiviti lasak tersebut.... dan alahan yang para ibu alami seperti mabuk, cuti sebab xsihat dan sebagainya. Tambahan lagi, sistem pembelajaran KDC begitu pack & padat kerana masa yang diperuntukkan adalah singkat. Hanya setahun setengah..Mungkin itula faktor dan penyebab kenapa maktab perguruan xbenarkan students KDC mengandung.


Motivasi diri kena kuat dan tinggi. Ade hikmah di sebalik sumenyer nie. Mungkin Allah nak saya dan suami tingkatkan ekonomi dan stabilkan rukun rumah tangga dahulu, then insyaAllah akan diberi ganjaran dan nikmat lain di kemudian hari...  terima kasih pd sang suami tercinta yg begitu memahami situasi saya, yang begitu menjaga mental & emosi saya... saya dan suami percaya akan rezeki Allah Taala. selagi mana kita berpegang teguh pada ajaran dan syariat NYa, insyaALLAH Dia akan sentiasa bersama2 dengan kita.


jadi perancangan keluarga perlu baik, kami pun dah sepakat saya abiskan study di maktab by next year, mudah-mudahan wajah kesayangan acu akan mendapat kawan dan adik yang baru..aminn..=)


Buat kawan2,rakan2, sahabat2 yang  akan, sedang dan telah melayari alam baru sebagai ibu dan ayah, tahniah diucapkan. Doakan kesejahteraan saya dan suami, dan kebahagiaan kami, Doakan jua, saya dan suami akan mengecapi nikmat di alam baru itu tahun depan...hehheee......aminn Ya ALLAH~



Monday, March 28, 2011

wajah kesayangan acu


rindunyer wajah kesayangan acu!!!

sabar dgn ujian


sukar rasenye untuk mengerti..  xnak berdendam,  xnak bermusuh. tapi kalo itulah hakikatnyer  terimalah dgn redha... kerana sy  muak dan letih dgn karenah yang tak penah padam, hatta dalam hal berkaitan dengan kehidupan mendatang..masih di takuk lama. tak terbuka kah minda dan akal fikiran ? tak terfikirkah satu hari nanti akan menerima situasi yang sama ? tak berasa segankah dengan org lain menunjukkan keegoaan dan kesombongan diri ? tak terasakah bersalah menyerang org tanpa usul periksa..? dulu mungkin bole diikuti.. ditelan.. diterima tanpa bersuara... sebab tak mahu menimbulkan sebarang kekeliruan dan kesulitan. maka hal yang boleh merosakkan hubungan ditelan dengan perit walaupun amat menyakitkan. tapi betul kata org, kita xdapat puaskan hati sume org. hatta hati kita terluka dan terus berdarah sendiri... apabila kesabaran dicabar, apabila maruah diinjak dan dipijak tanpa perasaan..wajarkah hanya duduk diam dan memerhati?? layakkah hanya menundukkan diri & menganggukkan kepala  ??


 oh tidak lagi...!! keadilan perlu ditegakkan... hukum ALQURAN perlu diperjelaskan...maruah diri perlu dilindungkan... mereka yang tak tahu menilai hanya menuding jari mencari kesalahan... mengugut utk gentarkan keimanan. suara hati tak didengari.. kata makian, cacian, nafsu amarah menonjol tanpa berfikir maruah sebelah lagi...namun,... siapa kita utk menolak hukum dan ketentuan DIA? siapa kita untuk menidakkan perancangan DIA...?  siapa kita untuk menyangkal takdir dan kehendak DIA..? seteguh mana benci dan dendam, sehebat mana perancangan dicipta.., ketahuilah perancangan ALLAH lagi hebat dan mulia....
duduk merenung nasib diri... bersyukur pd DIA atas nikmat yg diturunkan, walaupun ujian diberi, namun ade kemanisan dihujung perjalanan.. perit menanggung musibah, manis menerima hikmah...



Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

A FrienD



A Friend... is a tissue when you can't stop crying
A Friend... is a shoulder when you feel like dying
A Friend... is always listens when you have something to say
A Friend... is a week when you need a day
A Friend... is a crutch when you have a broken heart
A Friend... is some glue when everything falls apart
A Friend... is a sun when the rain just won't stop
A Friend... is your’ mom when you run into a cop
A Friend... is a phone call when you can't leave your home
A Friend... is a hand when you feel all alone
A Friend... is a wing if you want to fly
A Friend... is understands without knowing why
A Friend... is an ear for a secret to tell
A Friend... is an aspirin when your head hurts like hell
A Friend... is a love that can never let go
A Friend... is you, and I wanted you to know!!
* I hope...A FRIENDSHIP between you 'n' me is forever



dipetik dari nukilan rasa seseorang..tq so much~

Thursday, March 24, 2011

Apakah itu tandanya…?

Dunia akhir zaman..???
 takut bila dengar..tapi itulah hakikat & realitinya.. dh cukup ke bekalan kita? Dh banyak ke amalan kita utk ke sana…? Kalo di tanye soalan cepumas tue pd sy, sudah tentu masih ciput bekalan dan amalan yg tersedia… dah banyak peringatan dan amaran yang Allah turunkan buat kita penduduk bumi… sedar dengan tidak aje tentang peringatan tue. Bahkan bencana yang semakin menjadi-jadi  sejak kebelakangan nie, sedikit sebanyak perlu menyedarkan kita dari lena dan mimpi yang entah bila akan berakhir.. dek kerana tertipu dgn kemewahan dan muslihat dunia, kita manusia semakin jauh meninggalkan agama yang kita anuti sendiri….. nauzubillah ya Allah…




 takutnyer fikirkan musibah yg diturunkan Allah di Jepun baru2 nie… bencana Tsunami terburuk yang telah melanda negara jepun meragut beribu2 nyawa….. apa tanda di sebalik bala yang telah ALLah turunkan pd kita.. bkn tue aje, malah peperangan di Libya, rusuhan di Mesir, pertelingkahan @peperangan saudara di Negara arab lain merupakan petanda dunia semakin  hampir ke penghujungnya…… dunia  pasti berakhir..itulah janji Pencipta…



YA Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa2 kami… tetapkanlah iman kami , golongkan kami semua di dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh…. Jauhkan kami dari bala bahaya dan bencana dunia, lindungilah kami di bawah lembayung Rahmat dan kasih sayangMu….. tempatkanlah kami di dalam syurgaMU, jauhilah kami dari azab siksaan api neraka MU…AMINNN.



cikgu cikgi ~

Dh lame rasenyer xmenulis dlm ruangan yg serba canggih nie. Kesibukkan belajar selama seminggu dalam  cuti sekolah penggal pertama yg lalu, memaksa diri sy meninggalkan hal2 lain yg x berkaitan dgn system pembelajaran di maktab. Rase terubat rindu jumpe sahabat-sahabat sealiran pendidikan khas setelah
hampir 2bulan xbersua utk berkongsi cerita & pengalaman. Seminggu menimba ilmu di   IPGBM,  sedikit sebanyak memberi pengalaman dan ilmu yg berguna buat sy dan sahabat2. Teringat zaman meningkat usia dulu,zaman kanak-kanak, bila ditanye nak jadi ape bila besar nnt..?  semua nak jadik cikgu..hatta wajah kesayangan sy sendiri bila di tanye nak jadik ape? mereka turut berkongsi cita2 yg sama iaitu ingin menjadi CIKGU seperti Acu..Apa tue cikgu?  Cikgu seorang insan yang mengajar, mendidik anak-anak menjadi bangsa dan insan yang berilmu. Namun begitu, ade yang berpendapat  zaman skrg, ramai yang beranggapan profesion perguruan adalah pilihan kerjaya yg terakhir.  Ade yang malu nak mengaku sebagai guru.but why? Kenapa perlu malu menjadi seorang guru? Saya terusik apabila ada insan menjawab bila ditanye..’kerja ape?’ ‘kerja cikgu aje...’ kenapa perlu ade perkataan ‘aje’ di akhir ayat itu… hina sangat kah menjadi guru?
Jangan jadikan guru sebagai asset akhir apabila tidak ade peluang kerjaya lain… bukan itu sepatutnya. Tambahan pula,  menjadi guru pendidikan khas, sangat hebat cabarannya. teringat kata2 pensyarah saya di maktab betapa mulianya menjadi seorang guru, terutamanya cikgu pada anak2 khas nie.. Mendidik dan mengajar anak-anak istimewa ini bukan senang dan mudah, memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya kreativiti yang luas. Mereka bukan seperti kanak-kanak yg lain kerana mereka insan yg terpilih dan insan yg unik kurniaan Ilahi. Sy tertarik bila mana mengajar anak-anak istimewa ini banyak mengajar sy erti kehidupan. Di mana kita yang begitu sempurna kejadiannya wajiblah bersyukur dgn kenikmatan yang diberi olehNya.  Keletah mereka sentiasa menghiburkan dan  pasti hilang segala tekanan bila bersama dgn mereka.

Mulianya menjadi seorang guru…..pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda..yang penting  niat hanya kerana Allah.pasti ade ganjaran yang menanti kita para guru di syurga sana…aminnn



Thursday, March 10, 2011

Jom Pi Kelas

apabila pena mula menari... terusik utk menulis @ meluahkan luahan minda mlm nie. esok last day sekolah for penggal pertama.. em dh start school break. tapi sy xdpt rase nikmat cuti, almaklumlah terpaksa korbankan tenaga, masa dan diri utk masa depan.. KPLI KDC PK ade interaksi dlm cuti bulan Mac nie. Kelas dibuat sbb tarik jadual waktu interaksi pd bulan September, sbbnyer bulan September  nie cuti sekolah jatuh sekali dengan Hari Raya Puasa, jadi pihak IPGBM decide bt kls awal, coz xnak ganggu masa cuti raya.
ade baiknyer juga mcm tue kn.. at least kita xde la terganggu masa cuti september nnt, sebab masing2 nak raikan Hari Raya bersama family kn.. kn..So, thank a lot to pihak IPGBM atas tindakan awal yg diambil nie..heee
Assignment..? dh pulun jugak sket. actually ader 5 assignment, 3 dh siap, tinggal lg dua. itupun kena anta masa ineraksi bulan Mei Jun nnt. so yang kena anta masa interaksi bulan Mac nie hanya satu  iaitu Pendidikan Jasmani...
sy perlu siap sedia mental dan fizikal bermula 14 until 18 Mac.. bila tengok jadual  kelas tadi, uish terkezut keberukan jugak sy sebab kelas semuanyer dari pukul 8.00 pagi until 10.00 mlm...fuhhh~
penat + semput + masak..sure semuanyer bersatu dan sebati, CAyalah acu!
Last interaksi November 2010 aritue  kls smpi pukul 7.00 mlm pun dah rase xsempat nak bernafas ni kan plk 8pagi -10.00 mlm...fuuhh!! sure mencabar macam replieys believe it or not~ (mak pesan jgn merungut kalo nak berjaya...hehee~) ok2 xmerungut (angkat tangan janji!)::
jom..jom..jom..jom.. jom kita pi kelas..lalalaallaaa~
 p/s : berkorban apa saja....hari nie dapat pohon berduri, esok lusa insyaAllah dapat pohon yg berbuah indah~



Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Lahir AcU!

3 MAC - genap 26 tahun sy hidup & bernafas di atas bumi pinjaman Allah Taala nie... tahun ini sy raikan hari ulangtahun kelahiran sy sebagai seorang isteri... tampak jelas jerih payah sang suami
menjaga sy tatkala menjelang hari kelahiran, sy telah ditimpa ujian Allah, ujian kesakitan. sy diserang demam, batuk & selsema. sangat perit waktu itu dirasakan, kerana sy xmampu utk melakukan kerja rumah kerana demam panas yang melanda. dan pada tarikh keramat, tarikh kelahiran sy, demam masih lagi tidak kebah2... penat masih lagi terasa apabila batuk menyerang bertubi2... tatkala itu hanya fikir ujian kesakitan ini adalah kifarah dosa 2 yang lalu..
setiap kali  ulang tahun kelahiran sy, Mak tak pernah lupa untuk mengucapkan kata2 doa buat puteri bongsunya. Begitu juga dgn tahun nie, mak masih seperti dulu, menelefon untuk mengucapkan "selamat hari lahir" dan doa2 harapan buat sy yang jauh dr nya setelah bergelar seorang isteri... kata2 nasihat & semangat tak pernah lekang dari bibir mak buat sy untuk terus menempuh hidup. Tidak terlepas juga Along, Angah, Ateh dengan ucapan dan kata2 harapan buat sy utk terus berjuang sebagai hamba Allah, setelah diri mula menginjak usia. suhu badan masih lagi panas dan badan tetap lemah di hari yang sepatutnya bermakna bg diri sy..sy redha.
petang 3 mac, usai menjamah makanan bersama suami tercinta, sy terima panggilan telefon dr wajah kesayangan sy.. terharu sedih sebak gembira. semua bersatu . Tatkala mendengar suara2 halus mereka mengucapkan "selamat hari lahir acu" dengan kata2 ucapan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan sy. Tiba2 sy terasa kebah demam, dan suhu badan terasa seakan2 menurun...terhibur rasa hati apabila mendengar celoteh wajah kesayangan sy seorang demi seorang petang itu. Sesungguhnya acu rindukan kalian semua!
malam 3 mac, sy dikejutkan lg dengan surprise birthday party oleh suami tersayang, dengan kerjasama Acik & kakzura bersama wajah kesayangan acu (nadhirah, luqman, najwa). turut serta Ja, kak jas dan Kak wa. sangat terharu dan gembira apabila sampai di rumah malam itu, bila lampu terpasang "SURPRISE" kek, makanan,air dan jeritan happy birthday dari mereka tersayang...terima kasih semua... terasa hilang demam yang menyerang dan batuk yang bertandang tidak henti2 sejak 2hari lalu.... gembira & bersyukur!
Jutaan terima kasih yang xterhingga buat suami tersayang, acik kak zura, ja kak jas atas surprise party dan present yang sgt bermakna buat sy.


semoga dengan bertambahnya usia pd tahun ini, ia dpt mematangkan fikiran dan jiwa sy dalam segenap aspek dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat...
 TERIMA KASIH YA ALLAH DI ATAS NIKMAT HIDUP YANG TIDAK TERHINGGA INI...ALHAMDULILLAH~


p/s : hidup semakin singkat, usia semakin meningkat.. amal dan taqwa harus dipertingkat.