Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Appointment Yang Tak Jadi.


Last Friday, after dua bulan set appointment.. so tibalah hari untuk saya dan my kekasih hati ke Klinik Pakar Wanita Medina, Gombak. Alkisahnya, bergegas la kami nie laki bini pepagi Jumaat nan permai dan damai ke Gombak. Untuk elak jem dan segala bagai, saya dan encik suami decide akan breakfast di sana saja after ambil nombor. Kenapa ambil nombor? Haa ni nak story, after buat research berkali-kali, melalui pengalaman patient lain untuk ke Klinik nie orang sangatlah ramai. Dan dikatakan perlu ambil nombor sebelum masuk berjumpa doktor. Dek kerana orang terlalu ramai jadi untuk mengelakkan lama menunggu ramai yang nasihatkan untuk datang awal. Maka tepat jam 10 pagi.. saya ulang 10 pagi, tercongokla kami laki bini depan klinik Medina nie. sangatlah stress sebab klinik tak bukak lagi. (Klinik pakar kot bole delay ek bukak klinik). Sabar lagi. Positif. Maybe awal sangat kott we all sampai, walaupun dah tertera depan cermin klinik - Daily open 10am-10pm. 

Ok fine. Jom masuk kete! kami tunggu dalam kete dalam kelaparan. Saya punyer perangai, punyelah nak jadi org first amik nombor sampai takmau makan lagi. Suami pun ikut jer. Sebab ye la semua orang cakap klinik nie giler penuh. Jadi sure lah kami nak try yang terbaik. 

1015pagi - klinik tak bukak lagi. Saya cuba kol klinik. Hanya itulah satu-satunya nombor utk hubungi klinik nie. Hampir 6 kali cubaan dibuat, hampeh takde langsung orang pick up phone!

1030pagi - klinik masih lagi tak bukak. Suami saya berdiri je depan klinik intai ke dlm. Tapi sama jugak keadaan. Takde perubahan. Aii.. taknak bukak ke apa klinik ni.

1045pagi - saya turun dari kereta. Sama2 dgn suami tunggu depan klinik. masih lagi saya cuba buat panggilan. Tapi hampeh plus hampa!

Around pukul 1100 pagi ada brader nak hantar barang ke klinik tue. Dia pun terkejut. Aikk tak bukak ke? Nak dijadikan cerita, elok je brader nie berdiri depan kedai n kol sekali dua aje, maka staf klinik tue pun bukak pintu!!!! Saya dan suami saling berpandangan. Geram!. Takpe jom kite masuk dulu. 

Di kaunter staf lelaki. Saya ulang staf lelaki di klinik pakar wanita. Tak mengherankan. Yang menjengkelkan muke dia baru bangun tidoooo! Dia bagitau malam tadi klinik tutup pukul 4pagi. Patient ramai sangat smlm. Letih! Eh hello itu bukan masalah saya la. Bukan itu yang saya nak dengar!

staf : Bila puan buat appointment? 
saya : 2 bulan lepas. haritue awak cakap akan call saya semula 
       untuk set kan masa.Saya tunggu awak call back xde 
       langsung sepanjang 2 bulan nie. 
staf : Okla macam ni puan, doktor tak masuk pagi nie,doktor akan 
       datang petang,sebab doktor perlu ke hospital dulu.Patient 
       pun ramai sangat arinie.Keutamaan untuk patient yang buat 
       IUI/IVF.So,puan bolehlah datang pukul 10malam nanti.Itupun 
       belum tentu dapat cepat.

Whattt??!! Saya tarik nafas dalam2. Itu hujah die utk kami yang first time set dengan klinik nie. Very horrible. Suami saya replied... Apepon, pick up la fon klinik nie, kalo dah taknak sangat please tampal notis di pintu depan. "Doktor masuk petang". Mudah untuk orang macam kami nie if nak jumpe doktor. 

Sangat mengecewakan, service dia tak seperti yang diceritakan. Mungkin bukan rezeki kami di sini. Saya pasti Doktor Mashitah taktahu ape yang berlaku. Ape yang staf die buat dan sebagainya. Saya tahu awak letih, mengantuk. Tapi kan senang if awak tolong bagi info jelas pada kami. Tampal notis pun dah syukur Alhamdulillah.  Sudahnya, saya taknak datang ke klinik nie. Menyedihkan. 

Rupanya rezeki kami di Klinik Pakar Annur Bangi. Sangatlah mudah urusan dan perjalanan. Alhamdulillah. Allah bagi hujan di awalnya, sebab Allah nak hadirkan pelangi indah. 
Start our Journey....











Tuesday, December 9, 2014

Jom Bercuti


Bila berbicara tentang percutian, apa yang sering didengar, mereka yang berduit sahaja bole pergi. Siapa yang buat teori tu memang silap. Korang memang silap banyak! Rezeki semuanya datang dari Maha Pemberi Rezeki. Bagaimana cara Dia memberi terpulang padaNya. Itu semua atas urusan dan kerja Allah Taala. Bagaimana pulaks kita mensetting tiap rezeki yang kita dapat untuk keperluan dan kehendak terpulang pada kita sendiri... Tepuk dada tanya hati.

Percutian merupakan terapi bagi saya. Saya suka pi bercuti tak kisahlah kat dalam ataupun luar negara. Cewahh bercerita macam selalu pi oberse je ye... hihihi... Layans.. Janji gua pernah sampai ke negara musim bunga! Alhamdulillah syukur.

Apa yang nak menariknya bercuti nie, beri ketenangan pada saya. Ketenangan yang bagaimana? Ketenangan yang membawa jiwa saya bahagia sambil menikmati budaya, adat resam, dan keindahan sesuatu tempat bersama kekasih hati saya. Untungnya saya kerana dikurniakan pasangan yang kaki holiday jugak! Sama. Kami bole share and tukar2 pendapat tempat mana yang kami nak bercuti dan mula buat perancangan.

1. Google/Kawan/Majalah- lokasi bercuti yg kami ingin tuju.
2. Buat research melalui pengalaman mereka yang pernah pergi.
3. Semak simpanan yang sedia ada.
4. Buat pengiraan bajet.
5. Rancang perjalanan
6. Selamat bercuti!

Seronokkan! Siapa yang tak seronok kalo bercuti. Biarlah walau hanya semalam namun percutian yang dibuat akan bagi kesan yang menarik bagi kita dan pasangan. Sungguhpun begitu, ada jugak segelintir umat yang keluarkan statement berbaur pujian terselit perlian.. 

#  erm you bolehla bercuti, banyak duit.
#  ala.. kamu bolehla bercuti takde komitmen lain
#  berdua lagi bolehlah nak berkepit...
#  nak pegi bercuti bolehlah sebab awak takde askar lagi.
#  dia nak bercuti takde masalah la.. takde sapa nak kacau. Anak pun takde 
    lagi.

Kejam tak statement tu? Bagi saya ada unsur dengki dan ntahla.. Macam nie la makcik senah oi, if u want to go somewhere with your beloved spouse, no need to talk to much. You just go and feel it. Tak perlulah bersusah payah untuk keluarkan statement yang boleh mengguris hati saya ini. Yes saya terluka. Kalau sekali dua kata2 itu disebut, mungkin boleh diterima dan diproses masuk ke dalam minda kelas pertama saya. Tapi kalo dah berulang kali, naik menyampah pun ada. 

Kalau kamu dikurniakan 5-10 orang anak sekalipun, if you nak romantic de amor dengan pasangan you, takde masalah dan takde sape nak marah. Kalau you rasa anak2 you ibarat askar yang menganggu keromantikan you and your beloved ones, kesian je Allah bagi peluang beranak kat you sebab tak reti bersyukur. Untuk statement berani mati yang terakhir tue, saya terima dengan berlapang dada... Ye, saat inilah saya gunakan bersama suami untuk bercuti habiskan masa berdua di samping merancang untuk keluarga kecil kami. 

Listen, rezeki kita berbeza. Allah bagi rezeki pada setiap hambaNya berbeza dan tak sama. Sorang lebih sini kurang sana, Sorang Lebih sana kurang sini. 
Ini adalah bahagian saya. Sepertimana saya redha dengan rezeki ini begitulah kamu perlu redha dengan bahagian kamu. Janganlah perli memerli bercakap sesuka hati tanpa fikir perasaan orang lain. Saya ada rezeki bercuti melancong dengan kekasih saya. Ini cara saya menikmati setiap rezeki yang Dia bagi. Cara saya berRomantik De amor dengan suami saya, itu adalah saya. Janganlah sakit hati. Erkk! Sebab dia Suami saya, suka hatilah i nak buat hape..kuikui =)

By d way.. cara kita mungkin berbeza dalam menikmati rezeki kita masing-masing. Jangan kufur dan lupakan Dia Maha Pemberi Rezeki. Pergilah kemana sahaja yang ingin kamu pergi, Nikmati setiap inci ciptaan Allah di muka bumi. Pasti ada ketenangan dan keinsafan diri. 



Bercuti terapi buat saya. Tenkiu.




Tuesday, January 8, 2013

waJah Kesayangan BeRtambaH!

Bismilahirrahmanirrahim...
Selawat & salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda.


Pembuka jendela tahun baru 2013, sy dapat anak buah baru!!! yeehaa..=) bertambah lagi anak buah. bertambah jugakla usia sy nie@ acuare comelkiutmiut.. Bilangan setakat 1/1/2013, wajah kesayangan sy berjumlah 17 orang kesemuanya..amboi ayat macam dlm buku teks sekolah pulaks..hohoho cikgu.cikgu..


Acik & kakzura dapat baby boy delivered tengahari thru operation... actually record bersalin kak ipar sy nie since anak sulung until nombor 3 semuanyer senang and bersalin normal. But baby yg keempat ni tak sangka pulak ada komplikasi air ketumban zero. So, Doktor pakar kanak-kanak advice n decide kakzura perlu di operate bcoz denyutan baby dah semakin lemah...

maka baby Muhammad Iskandar Zulkarnain  seberat 1.3kg berusia 8bulan terpaksa diletakkan di NICU HUKM utk rawatan dan pantauan sebab dia kecil n pramatang.... 

Kesian Iskandar.. acu doakan Iskandar akan cepat membesar dgn sihat dan kuat semangat untuk terus hidup. acu dan paksu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Iskandar!






Saturday, December 29, 2012

MaBruR!

Bismilahirrahmanirrahim...
Selawat & salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda.



sedar tak sedar dah hampir 2 bulan lebih belog ini tak di update. adoi..! mana pegi ntah keseronokkan menaip. hilang kejap among 2 month ago.. so, meh balik oi kerajinan itu..meh cepat!!


ok untuk kali nie juz nak story about kaklong@Nurin Nabilah@wajah kesayangan acu yg SUKSES in her PMR -8A. 

Syukur ALHAMDULILLAH! 8A yg dulu jadi impian dia,now dh jadi kenyataan. kalo nak dicerita bagai for me, she deserved it. Dia mmg patot dapat as long as usaha yg ditunjukkan tak henti2 dok study mmg mengagumkan gua! selain tue, usaha lain yg dia buat jaga solat fardhu, solat hajat, mengaji mmg she did it after kene nasihat@bebel from me and her Opah n of kos from her ibu n ayah also. bukan nak memuji itu ini begitu begini, juz nak berkongsi keseronokan n kejayaan dia.. mana tau org lain bole jadikan sbgai ikutan...yg baik kite folo yg kurg baik kite let go. betoi x.? angguk sume...baguih!

Sememangnya lumrah kehidupan hukum alam, mereka yang berusaha lebih maka hasilnya lebihla yang akan kamu dapat.. TAHNIAH buat kaklong. Tahniah juga buat my only Sister Angah n Abg lan as a her parents yg bg byk sokongan,dorongan,nasihat bla..bla.... Tahniah atas kejayaan kaklong dlm PMR. BUT remember nie baru permulaan penentu aliran kehidupan. SPM is d most important!..Jadi contoh terbaik buat semua adik2 kaklong. Seriously acu bangga dgn kaklong! MABRUR...


FOR Aimin@wajah kesayangan acu,TAHNIAH juga atas keputusan PMR AiMin. Acu faham perasaan aimin. But nie bukan pengakhiran. Actually ni la PERMULAANnya. you should learn from mistake. Jadikan itu semua sebagai batu lonjakan untuk Aimin lebih bergerak ke hadapan! Aimin harapan ibu n abah. so, wake up. and mulakan sesuatu yg fresh start from today! Tiada kejayaan tanpa kegagalan..ingat tu!


Apa2 pun keputusan yg kita dapat, yg pasti kita perlu redha n sedar apa sebenarnya yg telah kita dapat. Tujuannya utk kita polish balik mana yg telah kita tinggalkan n lupakan. Masih belum terlambat. Kita yg kena kejar kejayaan bukan kejayaaan yg kejar kita...=)


Okla, for both of u, make sure ada matlamat dalam hidup masing-masing. 

What's ur dream?
What do u want 2 be?
and..byk lagi what..n what..
Usaha Doa Tawakal. bukan untuk periksa sahaja, tapi untuk segenap pengaliran kehidupan kita..Wallahualam~




Wednesday, July 18, 2012

JumPe JugOK


Last week..emm last 2 weeks sbenornyer.. sy pegi ke Putrajaya for SPP itebiu. Alhamdulillah proses itebiu yg sgt sempoi n berjln dgn lncar.. syukur sgt2.
then after abis itebiu @ Jabatan Perdana Menteri tue, sy pegi ke KPM nk bersua muka dgn kak gee..Ya Allah punyerla lamer tak jumper die.. almost setahun ade kot..haaa amik kau..SETAHUN. sedangkan ddk di KL juge..namun apekan daya masing2 sibuk dgn kerja urusan hidup smpi nak bertemu 4 bijik mata pun payah.. naseb baik ade kesempatan jumpe dia aritu..

so, bile dh jumpe tue, tak payah ckpla..mmg gamatla cafe kat tempat die keje tue dgn suara lunak merdu kitaorag bersembang..! syok! terus terimbau zmn blajo dulu..mkn2 kt cafe KTDI and LEPAKing kt fudkot..=)  


kak gee ttp kak gee.. yela tak akan nak tuko jadik gaban pulak kan..{hehehe sori kak gee..} she still mcm dulu.. HUMBLE  FRIENDLY  and  SWEEEET!


walaupun dpt jumpe kak gee skjap aje.. for me tue pun dh ckup bermakna. thanks kak gee luangkan ms keje anda utk diriku...huhuu  =)




kak gee cm nk telan gua jew..hehee die tgh buat lawok antarabangsa tue!
       


 kak gee


Tuesday, June 19, 2012

Pelihara Hubungan


TEKNIK UNTUK MEMELIHARA PERHUBUNGAN DENGAN ORANG YANG DISAYANGI

1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan
menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.


si kecil Najwa

najwa is a cute little girl was born in MAc 2010. she is wajah kesayangan acu yang ke 15..
fuhhhh begitu ramai  wajah kesayangan sy! setakat nie, najwa masih lg memegang takhta cucu bongsu tokwan shidi & opah tiah...but maybe by nextyear takhta najwa tue akan terlucut dan diberikan kepada insan lain pulaksss...hehheeee
budak kecik nie sangat la cute dan kecil molek je orgnyerr...perkataan peberat najwa is..."huuusssinnnnn.." then die pun otomatik akan angkat tgn cam usop wilcha...=)








Friday, May 25, 2012

Abah Mak dh smpi



pagi Jumaat yg hening dan mendamaikan.. pagi nie, drive pi skola pun kete tak banyak. sgt sedap pecut kete..tak de perlu  nak cilok kete bagai.. alhamdulillah. berkat penghulu segala hari.

smlm  Angah bgtau, abah mak slmt smpi di Jeddah lebih kurang 12 tgh mlm waktu Msia, sana jam 7 ptg. ( lwt 5 jam dr kite..) walaupun agak lwt sbb, flight tue transit dl kt pakistan dlm beberapa jam, then br smbung fly ke Jeddah. ape pun, jnji slmt smpi. alhamdulillah lega hati dgr news tu. and now, my parents dh berada di Madinah Al Munawarah... 
moga segalanyer selamat dan dipermudahkan segala urusan-... Alhamdulillah 

Thursday, May 24, 2012

seLamat PerGi SLamat PulanG

assalamualaikum..
Selawat & salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda...

Hari nie 3 Rejab.. my lovely abah & mak berlepas ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah utk menunaikan ibadah umrah. Nie bkn kali pertama my parents berangkat ke sana actually... ni merupakan kali ketiga mereka ke Mekah.. kali pertama 1998 for ibadah Haji, then second time 2003 for ibadah umrah.. Tapi as usual, hati nie tetap sayu and i started crying when i heard their voice through my phone...huhuu. sy sedih. dah lame tak jumpe mak abah. last jumpe 3 weeks ago. tak dapat nak balik and hantar depa pi umrah. tapi pagi tadi abah ade hantar mms gambar before diorang naik flight. nangis lagi. aduhai....hati tabahla~



tiada kuasa dan kudrat sy melainkan hanya mampu berdoa mohon Allah...
memudahkan urusan ibadah umrah abah dan mak, moga abah mak diberi perlindungan dan keberkatan, dikurniakan haji mabrur, dijauhkan dari segla bentuk bencana dan fitnah dunia dan akhirat....moga abah mak selamat pergi dan selamat pulang....  

really miss u..!



Friday, March 23, 2012

acu's besday

assalamualaikum...


Selawat & Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda...


alhamdulillah dah genap umur sy 27 tahun tanggal 3 mAc yg lepas..baru skrg sempat nak mengupdate serba sedikit about my besday..


as usual... on my besday sy always rs tacing & nak nangis bagai. tak tau nape, dari sekecik budak smpi dh bole jadik mak budak. maybe rs tu dtg sebab sy tahu umur sy dh meningkat. bile meningkatnyer umur maka nya.... jiwa  mental rohani fizikal dan seangkatan dgnnya perlu ditingkatkan juge selari dengan pertambahan usia sy. uishh ayat xhingat..=) 


dis year punyer besday mr mirul celebrate kat D Village Bangi... belanja mkn n 
belanja present skali.. alhamdulillah., tenkiu my dear..=)


lebaq cheq cenyummm....






tak lupe juge atas doa dan ucapan dari mak abah, adik beradik and wajah kesayangan acu serta mereka yg telah menyentuh hidup sy. SYUKRAN.



Tuesday, January 31, 2012

Dia tetap dihati

Assalamualaikum..


Hari nie baru sempat nak mencoret sesuatu di dada belog kesygan sy nie. Last wekend sempena Cuti Tahun Baru Cina, sy &  d whole family members merayakan tahun baru nie di Historical island...walaupun tak tahu susun galur keturunan -ca ya nun alif- nie.. tapi darah arwah Tok Puteh yg berbangsa ca ya nun alif tetap mengalir dlm diri kami sume...tetap dikenang.tetap dibanggakan.  Refer pd asal usul arwah Tok Puteh, khabarnye dari keturunan Cina Pahang..tak tahu ke mane pegi fmly member arwah.yg nyata arwah dijaga n dipelihara oleh keluarga melayu di Perak..wallahualam.


Tetiba rase tacing pulak bila bercerita ttg Tok Puteh..Allahuakbar. satu- satu nyer Tok yg tak de galang gantinyer di dunia... no one can replace her. 
Kisah seorang anak dara cina yg berkahwin dgn teruna melayu, kebahagiaan Tok direntap apabila suami tercinta dijemput bertemu Ilahi.. lalu menjadi janda seawal umur 23 tahun. membesarkan 4 orang cahaya mata yg kecil2, salah seorang nyer cacat sejak kecil<PAKLONG KHALID> itulah paklong kesayangan kami yg dilahirkan sebagai insan istimewa & begitu di sayangi Tok hingga akhir nyawanye.. hidup Tok bertambah perit bila terpaksa menyara anak2 bersendirian...namun hidup perlu diteruskan. mengikut cerita mak, arwah Tok pegi belajar cara masak nasi lemak utk jual pada kedai makan.. byk kali cuba barulah nasi lemak berjaya Tok  hasilkan...
perkara yg paling sy kagum dgn arwah Tok, walaupun muallaf namun kehidupan Tok lebih dari insan yg dilahirkan sebagai Islam...semua perkara sunat, solat sunat, pose sunat tak pernah Tok tinggalkan.apetah lg perkara yg wajib. Tok tak jemu belajar ilmu agama utk perbaiki diri.


Bila ungkap kembali nostalgia bersama Tok, boleh mengudang deraian airmata sebenarnya.. takde lagi kedengaran suara serak Tok mengaji Alquran after solat subuh, bebelan Tok yg bising tatkala kami anak cucu ingkar arahan Tok..hehee...apa yg tok makan, mesti simpan sama kat paklong. kalo tok minum air gas, paklong pun mesti minum. kasih ibu. makan nasi dgn durian, roti canai buatan Tok, kuih tepung talam pandan, masak lemak putih, pelam kuning peberet Tok.. hmm,  rindu sume tue.. saat Tok sakit, mcm2 karenah Tok menguji kesabaran anak menantu & cucu. tapi sume tue dh tinggal kenangan. kenangan yg paling manis.


pemergian tok amat dirasai oleh seluruh kaum keluarga kami... yg pasti insan yg paling merasai pemergian Tok adalah mak sy, mak lang & cu. Walaupun Tok dh takde lagi di dunia nie, kasih sayang Tok tetap sy rasai hingga kini. Tok tetap dihati. 


moga Tok ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh.
Al Fatihah buat Puteh bt Ismail

Monday, January 16, 2012

pagi ter jem..

assalamualaikum...


pagi isnin yg best.alhamdulillah... sy bangun awal hari nie, gerak kua uma nak pi keje pun awal..malangnyer lif pulak penuh. hampir 10minit tercongok dpn lif, pastue highway mrr2.
lembab la mcm kekure..ahh sudah nape plk jem pepagi yg damai nie, jarang jem mcm nie every morning melainkan ada sumting hapen. 
Nah..kan betoi ckp beta, ade accident kt dpn nunnnn..kete cina bercium ngn kete india..
1 Malaysia la katakan.. adoi. lambat la jawabnyer smpi skola. 725 pagi.harap maklum. mcm lipas kudung je beta rase.


yg lg best hari nie en asben balik..yeyeye!! flight pukul 545.  nak pi amik en asben kt airport jap lg. moga Allah permudahkan segalanya. aminn...=)





Saturday, January 14, 2012

rindunyerr sy~

assalamualaikum... 


arinie dh masuk 2 hari mr asben tercintaaa pi langkawi. tinggal la sy sorg2.. nasib baikla ade fmly acik, bole gak menumpang tido.. 
bila mr asben takde, terase sunyila haih. rindu tak tau nak habaq..ecehh!
biasenyer sume bende buat dgn mr asben...
makan, tgk tv, jalan2, sembang2, gosip2, pendengar setia sy. sekaligus merangkap kwn gaduh sy...hehehe.
sedih bila xdapat join mr asben pi holiday trip ofis dia. kekangan keje xbole nak bt ape. org lain mmg ckp rugila sy xjoin en asben pi holiday.everything di sponsor. juz bwk baju. dengar mmg rase cm alahai masyuknyer... tp nak bt cmner. dh keje. depa pi jumaat pagi,balik isnin petang. dh la baru second week skola. baru sgt tu kn. byk kali mr asben taye sy sure ke takmo pegi. mmg xbole ke amik cuti. sy bgtau dia agak berat la nak cuti ke mc ke memandangkan baru sgt stat skola. pentadbiran plk baru.xbape berani la sy. ni lah namenyer pengorbanan ye dak.


my dear asben,...
honestly, sy kangen bangat sama kamu. cpt2 la balik ye en asben. sy takmo tido sorg2 lagi..huhu.=(



Wednesday, December 7, 2011

oMbak meriNdu...

assalamualaikum...

sape dh tgk OMbak Rindu..? dgn yakin sy angkat tgn..hhuhuu.. first filem melayu sy lyn kt cinema with mr asben. terbaiklah... thumbs up.toin! toin!..
novel? uishh musti la dh dibaca...khatam dah. 
xpayah citer la plot ke, klimax ke, lagu tema ke...sume cam menarik n tertarik. n for sure eberibodi dh melayan akan filem ini dgn jayanya. <touching>...jurai-jurai ayaq mata cek dok meleleh..
so, tak sia-sialah, sy and mr mirul gi nonton...cayalahaaa..=)



Sunday, November 13, 2011

adakalanya dia tersentuh...

assalamualaikum...



::siapa sebenar insan bergelar ABAH::


nama abah seringkali tertinggal seketika berbanding mak. 

apa jua keadaan kite lebih selesa sebut dan sahut nama mak..

hakikatnya kita tak sedar abah lebih jua bermakna dalam hidup kita.

mungkin mak lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita ..Tp 

tahukah kita,  abahlah yg sebenarnya mengingatkan mak utk menelefon kita?

Semasa kecil,mak lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw 

sebaik saja abah pulang bekerja dgn wajah yg letih abahlah slalu menanyakan 

apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@ demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jgn 

minum ais!".Tp tahukah kita bahwa abah sangat risau.??

Ketika kita meningkat remaja, abah memilih sekolah berasrama utk kita 

menimba ilmu. saat itu kita rasakan abah tak sayang kan kita, hantar kite ke 

sekolah asrama. Sedarkah kita bhw abah hanya ingin yang terbaik utk kita? 

Krn bagi abah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, abah pun melonggarkan peraturannya.  kita telah 

mula melanggar kpercayaan nya...Maka abahlah sangat risau di samping 

mak..namun tak ditunjukkan secara nyata, hanya doa dititipkan

Setelah kita dewasa,abah telah mghantar kita ke universiti..harapan agar kita 

dapat mengenggam segulung ijazah.

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, abah hanya 

mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kita 

berjaya..Abah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untuk 

kita..Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan ada insan meminta izin untuk 

mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan 

akhirnya..Saat abah mewalikan dan mengakadkan pernikahan kita, ternyata 

abah gembira namun jauh di dasar matanya abah sayu melepaskan kita. 

 walaupun begitu abah tetap tersenyum bahagia..

Apakah kita tahu,bhw mungkin abah melepaskan sedunya seketika... menangis 

kebahagiaan merelakan kite bersama pasangan sebagai pelindung dan 

tanggungjawab kini sudah beralih tangan

dan kini.. abah hanya akan menunggu kepulangan  kita bersama cucu-cucunya 

yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak 

lagi kuat untuk menjaga kita..

sedalam- dalam hati abah, di hujungnya terselit satu perasaan rindu buat 

semua anak-anaknya...

adakalanya dia akan tersentuh...

tersentuh dgn setiap tingkah mahupun gelagat org di sekelilingnya. biarlah 

mereka melupakan abah, yang pasti mak serta kami anak menantu ditambah 

riang dgn kehadiran cucu-cucu akan tetap dan terus di sisi abah walau apa jua 

keadaan..insyaALLAH.

siapa lelaki terbaik yang pernah wujud dalam hidup anda? 

yang sanggup berkorban nyawa,harta,tenaga malah sanggup melukakan 

dirinya untuk kebahagian kita...? 

jawapan saya hanya satu. ..ABAH..


pengorbanan

assalamualaikum...


Allahu akbar. Allahu akbar.. walillahilham~


Idul Adha datang lagi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah utk manghayati erti pengorbanan.  syukur.  Setiap manusia punyai definisi pengorbanan yang berbeza... terpulang kepada diri masing-masing utk meletakkan erti korban itu dalam kehidupan kita.  Yang pasti sejarah pengorbanan  Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. harus terus diingati & jadikan sebagai teladan. 
biarlah ape pun konsep dan definisi yg kite rungkaikan tentang pengorbanan, percaya dan yakinlah Allah selalu bersama kite.


10 Zulhijjah , saya raikan dgn penuh kesyukuran bersama mr amirul faiz yuzlan bersempena ulangtahun perkahwinan kami yg pertama... ::alhamdulillah:: 
kejap sungguh masa berlalu. terasa baru semalam di akad nikahkan dlm majlis penuh syahdu dan seribu rahmat Allah. 


benarlah pengorbanan itu pahit di awal, manis di akhirnya. syukran ya RABB.  moga ikatan kasih sayang antara sy dan suami akan terus kekal hingga ke syurga abadi..amin~





Tuesday, October 25, 2011

hOliday INN..

assalamualaikum...


jom menghapdate kan diri.
last weekend sy n encik asben abiskan ms berdua @ tanah tinggi... best mmg best,dpt luangkan ms bersantai, enjoy lupakan seketika keje, dan tugasan di KL..berbaloi-baloi~ thank to company encik asben yg menyenpossorkan percutian kami di Genting Higland.. Best! Syok wooo..!!!
Tahun dpn sponsor lagi ye..::KINGSMEN::









Friday, September 30, 2011

oPen House

assalamualaikum...


kembali menghapdate kan diri...
minggu lepas selesai buat open house. so far, alhamdulillah semua setel dan berakhir dgn kepenatan. puas hati bile menu yg di masak sendiri habis dimakan oleh para jemputan. sgt best! malangnyer tak sempat le pulak nk mengcapture walau sekeping pon gambo.adushh xde le kenangan. actually semua sibuk aritu melayan tetamu, so, mr asben as fotografer pun xdpt nk mengaktifkan dirinye.
alhamdulillah rezeki yg Allah Taala beri kite share ngn org lain, mudah-mudahan akan berlipat kali ganda lagi rezeki yg Allah akan turunkan amin... =)


Thank a lots to my beloved MOM yg tlg meringankan tenaga kerja masak memasak, begitu juge my little sis in law MAH yg tlg bt air, potong2,kemas2..hehee and my sis in law KAK ZURA yg tlg menyenponsorkan brg2 + alatan.  ok sebut sama2.. syukran jazilan!
yg paling penting of kos my laling..MR MIRUL yg tiap saat & waktu sentiase di sisi. ceewahh!


::raya dh abis::  pjg umo jumpe raye thn dpn~

Friday, September 23, 2011

be strong

assalamualaikum...


ujian dtg lg..ujian dtg tak penah putus.. tiap hari, tiap saat, tiap waktu pasti Dia akan menguji kite. sekali lagi sy teruji minda dan hati plus perasaan serta jiwa dan raga..eceh! smlm sy termenung sesorang kat dapur umah, yela nak menung ngan sape lg, mr. mirul balik maghrib, jadik while cooking tue, sempatla bermonolog sorang diri. pikir tue, pkir nie..mcm2.. tahu2, ade air panas meleleh kt tubir mata. alahai, termenangis!! ye sy menangis. sy sedih rupenyer.....  i'm worried. really worried. i dun know how to explain ape sy rase sekarang nie. bercampur baur! if i sad & worried, wat about my angah.  for sure die lagi meraban rasenyer...


my dearest kaklong, 


acu harap kaklong tabah hadapi ujian Dia, sepertimana acu tabah hadapi ujian yg telah ditetapkan...
acu harap kaklong tenang tempuh semua nie, sepertimana tenangnye paksu tempuh semua ujian Dia...
acu nak kaklong cekal dan sabar lalui ujian nie sepertimana, opah & wan cekal & tabah lalui semua ujian Dia.


kekuatan, ketenagan, kecekalan, kesabaran semua bukan hak kite, semua hak Dia, mohon dariNya agar dipinjamkan sedikit kekuatan, ketenangan, kecekalan, kesabaran itu agar kaklong bole terus meniti kehidupan nie dgn perlindungan Dia...


the most important yg kaklong kene tahu, 
acu sayangkan kaklong dari dulu kini dan selamanya....

be strong my dear 


Monday, September 12, 2011

seLAmat Hari Tua SaYanG

assalamualaikum...

buat suami  tersayang..mr amirul faiz yuzlan SELAMAT HARI LAHIR!! gembira dan teruja raikan ulangtahun kelahiran mr asben.. . ni tahun pertama saya sambut hari lahir mr mirul as asben n wife. alhamdulillah. selesai sudah...



credit to kak zek for beautiful cake




kad yg cumel nie sy bt ok





 semoga abg dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
diberkati dan dirahmati Allah
dan sentiase berada di bwh perlindungan Allah hingga ke akhir hayat
semoga kasih sayang antara kita terus utuh dan kukuh hingga ke syurga abadi 


love u Mr Mirul
mmmuuahh..

salam sayang dr isterimu yg cumel...=)