Tuesday, December 9, 2014

Jom Bercuti


Bila berbicara tentang percutian, apa yang sering didengar, mereka yang berduit sahaja bole pergi. Siapa yang buat teori tu memang silap. Korang memang silap banyak! Rezeki semuanya datang dari Maha Pemberi Rezeki. Bagaimana cara Dia memberi terpulang padaNya. Itu semua atas urusan dan kerja Allah Taala. Bagaimana pulaks kita mensetting tiap rezeki yang kita dapat untuk keperluan dan kehendak terpulang pada kita sendiri... Tepuk dada tanya hati.

Percutian merupakan terapi bagi saya. Saya suka pi bercuti tak kisahlah kat dalam ataupun luar negara. Cewahh bercerita macam selalu pi oberse je ye... hihihi... Layans.. Janji gua pernah sampai ke negara musim bunga! Alhamdulillah syukur.

Apa yang nak menariknya bercuti nie, beri ketenangan pada saya. Ketenangan yang bagaimana? Ketenangan yang membawa jiwa saya bahagia sambil menikmati budaya, adat resam, dan keindahan sesuatu tempat bersama kekasih hati saya. Untungnya saya kerana dikurniakan pasangan yang kaki holiday jugak! Sama. Kami bole share and tukar2 pendapat tempat mana yang kami nak bercuti dan mula buat perancangan.

1. Google/Kawan/Majalah- lokasi bercuti yg kami ingin tuju.
2. Buat research melalui pengalaman mereka yang pernah pergi.
3. Semak simpanan yang sedia ada.
4. Buat pengiraan bajet.
5. Rancang perjalanan
6. Selamat bercuti!

Seronokkan! Siapa yang tak seronok kalo bercuti. Biarlah walau hanya semalam namun percutian yang dibuat akan bagi kesan yang menarik bagi kita dan pasangan. Sungguhpun begitu, ada jugak segelintir umat yang keluarkan statement berbaur pujian terselit perlian.. 

#  erm you bolehla bercuti, banyak duit.
#  ala.. kamu bolehla bercuti takde komitmen lain
#  berdua lagi bolehlah nak berkepit...
#  nak pegi bercuti bolehlah sebab awak takde askar lagi.
#  dia nak bercuti takde masalah la.. takde sapa nak kacau. Anak pun takde 
    lagi.

Kejam tak statement tu? Bagi saya ada unsur dengki dan ntahla.. Macam nie la makcik senah oi, if u want to go somewhere with your beloved spouse, no need to talk to much. You just go and feel it. Tak perlulah bersusah payah untuk keluarkan statement yang boleh mengguris hati saya ini. Yes saya terluka. Kalau sekali dua kata2 itu disebut, mungkin boleh diterima dan diproses masuk ke dalam minda kelas pertama saya. Tapi kalo dah berulang kali, naik menyampah pun ada. 

Kalau kamu dikurniakan 5-10 orang anak sekalipun, if you nak romantic de amor dengan pasangan you, takde masalah dan takde sape nak marah. Kalau you rasa anak2 you ibarat askar yang menganggu keromantikan you and your beloved ones, kesian je Allah bagi peluang beranak kat you sebab tak reti bersyukur. Untuk statement berani mati yang terakhir tue, saya terima dengan berlapang dada... Ye, saat inilah saya gunakan bersama suami untuk bercuti habiskan masa berdua di samping merancang untuk keluarga kecil kami. 

Listen, rezeki kita berbeza. Allah bagi rezeki pada setiap hambaNya berbeza dan tak sama. Sorang lebih sini kurang sana, Sorang Lebih sana kurang sini. 
Ini adalah bahagian saya. Sepertimana saya redha dengan rezeki ini begitulah kamu perlu redha dengan bahagian kamu. Janganlah perli memerli bercakap sesuka hati tanpa fikir perasaan orang lain. Saya ada rezeki bercuti melancong dengan kekasih saya. Ini cara saya menikmati setiap rezeki yang Dia bagi. Cara saya berRomantik De amor dengan suami saya, itu adalah saya. Janganlah sakit hati. Erkk! Sebab dia Suami saya, suka hatilah i nak buat hape..kuikui =)

By d way.. cara kita mungkin berbeza dalam menikmati rezeki kita masing-masing. Jangan kufur dan lupakan Dia Maha Pemberi Rezeki. Pergilah kemana sahaja yang ingin kamu pergi, Nikmati setiap inci ciptaan Allah di muka bumi. Pasti ada ketenangan dan keinsafan diri. 



Bercuti terapi buat saya. Tenkiu.




No comments:

Post a Comment