Kita seringkali leka dan lepas tangan utk ungkapkan dua perkataaan terbaik di dunia.. mungkin kita terlalu ambil mudah tanpa memikirkan kesan yang berlaku di sebalik perbuatan kita.. susah ke nak ucapkan dua perkataan keramat tue..?
tak susah sebenarnyer kalo kite benar-benar faham dan mengerti untuk menghargai insan lain...
Tak kiralah tiap titik usaha yang diberikan itu besar atau pun kecil,
yang penting insan yg menerima tahu menghargai...
tak perlu dihargai dengan limpahan wang ringgit, mahupun emas permata
ataupun disogokkan dengan pelbagai barangan berjenama..
Kerana
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihargai...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa disayangi...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dimengerti...
dengan berTERIMA KASIH kita akan rasa dihormati...
TERIMA KASIH tak perlu diukur dengan pangkat, usia mahupun darjat....
yang tua pun perlu ungkapkan terima kasih kpd yg lebih muda..
begitula jua sebaliknya...
Kerana..
dengan berTERIMA KASIH..
sebuah ikatan akan lebih bermakna...
ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa..
atas jerih payah dan pengorbanan membesarkan kita
ucapkanlah terima kasih kepada adik beradik..
atas pengalaman dan perkongsian hidup mendewasakan kita
ucapkanlah terima kasih kepada rakan2,kawan2,teman2 dan sahabat..
atas sokongan, dorongan dan kekuatan yang diberikan kpd kita..
ucapkanlah terima kasih kepada suami atau isteri...
atas suka, duka, tawa, airmata sepanjang menempuh kehidupan berkeluarga bersama-sama.....,
Ucapkanlah terima kasih kepada semua insan
yang telah mewarnai dan menyentuh kehidupan kita....
Jutaan, ribuan, puluhan terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yang telah sudi menjadi penawar dan racun dalam seluruh kehidupan saya...
Last but not least....
TERIMA KASIH YA ALLAH
atas segala ujian dan rezeki yg telah dikurniakan...~Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment