Friday, February 25, 2011

:: maulud nabi


Hari nie sambutan maulidur rasul peringkat sekolah 2011. alhamdulillah majlis berjalan lancar, dan slot yg paling best adalah sesi ceramah  yg disampaikan oleh Ustaz Muslim Pegawai PPD zon Bangsar & Pudu. actually ustaz Muslim merupakan bekas guru di sekolah sy.. cara penyampaian , isi ceramah amat menarik, lengkap, padat dan bermakna.  tp itula kanak-kanak tak amik pusing ape yg penceramah sampaikan, kalo ade pun maybe dlm dua puluh orang, itupun yg saya dpt lihat secara rawak. rata2 buat keje sendiri, bersembang, main, ketawa, gelak, usik-mengusik... mana2 murid yg duduk berhampiran dgn sy, mmg akan terima jegilan mata sy. geram tgk bdk2 nie, yang amik mudah apabila aktiviti keagamaan dijalankan....
sayu hati saya apabila sesi bacaan doa dijalankan, tatkala semua org menadah tangan mengaminkan doa yg disampaikan , kedengaran suara org berborak, bersembang tanpa segan silu. volume suara mereka mmg kedengaran memandangkan suasana sunyi waktu itu, tgn ditadah sepatutnya diaminkan, tp apa yg berlaku tgn ditadah tp mulut xkering dr bersembang. alahai xbole ke nk tggu 5minit je bacaan doa tue, then korang bersembang la sampai esok pun...xtahula ...apabila kurangnyer pendekatan agama, itula yg sering terjadi. selepas bacaan doa, bacaan AlQuran dr murid tahun 5 plk .emmm.. mslh yg sm juge, berborak dlm nada suara yg jelas kedengaran.... sedih apabila sy menegur murid, tetapi insan yg sepatutnya menjadi contoh juga turut melakukan aksi yg sm....nak bersembang boleh, xslh. tp sila hormat majlis yg kita ikuti. bknkah dr kecil kita di ajar apabila mendengar org membaca AlQuran, kita mestilah diam, dan menghayati bacaan tersebut...
nmpknya tiap sekolah perlu memperbanyakkan aktiviti keagamaan agar anak2 bangsa kita tidak terus leka & lalai...


suka sy petik sedikit isi ceramah ustaz muslim pg td, kita perlu muhasabah diri dahulu sblm kita meletakkan azam yg baru. Maknanya, kita sepatutnya kenal dan tengok diri kita sendiri sejauh mana azam yg lama tertunai ataupun tidak...ini kerana, melalui proses memuhasabahkan diri sendiri, dr situ kita dpt mengenali siapa diri kita yg sebenar dan kita juge akan tahu matlamat kite seterusnya... [kenali diri, perbaiki peribadi]


1. kita gembira menyambut kedatanagn 1 Januari , sebagai tahun baru daripada mengingati dan menyambut    
    kedatangan awal muharam.
2. kita lebih tahu  dan ingat tarikh dan hari 14 Februari daripada mengetahui dan mengingati Maulud Nabi.
3. kita lebih membesarkan dan menyukai hari ahad daripada hari Jumaat. sedangkan Jumaat itu penghulu 
    segala hari.
4. kita lebih kusyuk dan menghayati lagu dan hiburan daripada azan dan AlQuran
5. kita lebih tahu nama artis-artis daripada nama nabi dan rasul
6. kita suka menyebut Hello atau hai daripada assalamualaikum
7. kita suka memuji manusia daripada memuji Pencipta kita iaitu Allah.
8. kita lebih suka membaca majalah hiburan daripada membaca kitab Alquran
9. kita gemar mencarut dan keluarkan kata2 keji tidak berfaedah daripada beristighfar memohon ampun kpd 
    Allah.
10. kita kata cintakan Rasul tetapi kita tinggalkan sunnahnya
11. kita kata bencikan Iblis, tetapi masih mengikut jejak langkahnya.


Sabda Nabi Muhammad SAW :
sesiapa yg menghidupkan sunnahku,nescaya dia mencintaiku, sesiapa yg mencintaiku, nescaya dia akan bersama-samaku di dlm syurga.~


p/s :yg baik kita amalkan, yg buruk kita tinggalkan... Salam Maulidur Rasul



No comments:

Post a Comment