Monday, February 28, 2011

surprise party ::

Morning! em, pagi2 lagi acik dah kol, mintak tlg arrange kan suprise birthday party for his beloved wife-kak zura...ape nak buat ye? plan punyer plan, sy and hubby decide nak celebrate kat YAnkies Hut, Bangi. so, kitaorang pegi tempah choc moist cake, and mulakan misi survey present for our lovely sister...
destinasi - SOGO KL< JALAN TAR.
sambil jalan2 cari present, sy pun menyelam minum air la..orang punyer ramai mmg xingat. maklumlah baru gaji, jadi  warga kota masing-masing keluar untuk meREWARDkan diri mereka setelah penat kerah tenaga dan minda bekerja. First destination -sogo. masyaAllah punyer la ramai umat manusia, macam-macam  ragam dan perangai...tua muda,laki perempuan semua sibuk memilih barang.
hampir sejam sy and hubby  meneliti present yang diAIM...tanpa berlengah we all amik and buat bayaran. fffuuuhhh..lega. perut pulak berkeroncong pelbagai irama ...krreeettt krruuttt krriiitt...!!.next place Foodcout- pun ramai jugak, naik pening tengok org ramai2 mcm nie. setelah ABC special berada di tangan my hubby, kitaorang bergerak tercangak2 mencari meja kosong.......  jumpa dah! tapi meja kami sebelah sepasang couple muda... 
tengah relaks dok menikmati kesedapan  ABC special  sambil share with  my lovely hubby, ketenangan kami terganggu dek kemesraan yang terlebih oleh pasangan di meja sebelah.. alahai sakit jantung and loya tekak tengok anak muda nie. Lagaknya macam student kolej sebab, atas meja ada buku, pen and kertas2. seolah2 sedang pulun buat assignment...BUT, ape yang berlaku, tangan masing2 merewang2, xde arah tujuan.. depa pun makan ABC, siap bersuap2 lagi... kami laki bini tahan perasaan je dok sebelah depa. masalahnya, kalo nak dating kenapa jadikan buku and tugasan kolej sebagai tiket untuk keluar.. kan dah nampak mencemarkan imej student kolej..ish..ish..ish... perbuatan depa tanpa segan silu membuatkan sesetengah pihak jelik dengan tingkah laku anak muda seperti tue.. [ Minta dijauhkan kaum keluarga, anak2 seperti itu ]
dah abis ABC, kami bergerak tinggalkan couple tue dgn kisah mereka sendiri...semoga mereka diberikan petunjuk & hidayah..amin. 
kami gerak balik setelah  sy berjaya merewardkan diri dengan 3 helai tudung ARIANI dan my hubby 2 helai Tshirt berkolar.. alhamdulillah rezeki Allah  buat kami... tugasan sy and husband xsetel lagi, kemuncaknya malam nie..surprise!!

lepas maghrib dalam pukul 830, kami bertolak ke YAnkies Hut, Bangi. keadan agak terkawal, kakzura masih lagi xtahu akan diadakan surprise party utk die..heheeee.  masing2 menunggu makanan, lama...mmg lama..bikin hati panas je..! mula2 mcm nak spoil je agenda kitaorng mlm tue..tp alhamdulillah semua berjalan lancar... staff YAnkies Hut datang bawak kek, bawak hadiah... mmg kak zura terkejut and nampak teruja! heheee.. misi kami BERJAYA!...
Acik mulakan majlis dgn bacaan doa utk isteri tercinta.. nampak wajah kak zura terharu dan gembira..anak2 ( nadhirah, luqman, najwa) berikan ciuman kasih buat ibu depa. tak terlepas acik berikan kucupan sayang buat kakzura..huhuu, romantik gitu. sy and husband berpuas hati bila tengok acik and kak zura gembira dgn surprise party nie, walaupun simple tapi sy tahu ia memberikan sejuta makna buat kak zura...alhamdulillah...



terima kasih buat suami tercinta mr amirul faiz atas kerjasama merealisasikan surprise party utk kak zura...walaupun penat, tapi berbaloi tengok insan yang kita sayang gembira di hari lahir.

SELAMAT HARI LAHIR KAK ZURA, moga dipanjangkan usia, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki, diberkati hidup di dunia & akhirat...

p/s :  usia mematangkan kita, jangan sia2 kan hidup dengan perkara yang merosakkan diri sendiri..

No comments:

Post a Comment