Saturday, May 14, 2011

HappY Teachers Day

Di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung,Perak, sy la slh seorang kanak-kanak yg begitu riang berlari dan bermain tatkala loceng rehat berbunyi...hehhee =)  Di situlah bermulanya catatan kehidupan sy sebagai seorang murid... di situlah jua saya mula kenal ABC, 123, alif ba ta, dan one two three.. bukannya xbelaja di tadika abim, semua telah diajar, tetapi di primary school penekanan lebih mendalam dan subjek mengikut sukatan yg sebenar.  Banyak pengalaman hidup yang sy cedok dan timba di situ...di situlah titik permulaan sy kenal diri sendiri, di situlah jugak mula wujud keyakinan dlm diri sy...semuanya bermula di SKSM.  pastinya dari sentuhan para guru sy yg amat sy kasihi dan tak akan sy lupa InsyaALLAH hingga ke hujung nyawa... Pn Aziyah guru BM dan Matematik yg banyak mengajar dan mendidik sy erti sebenar Bahasa Melayu sehinggakan sy mampu melakar sebuah puisi dan madah sendiri, ilmu matematik yg dicurahkan membuatkan sy berjaya menguasai matematik hingga ke peringkat yg lebih tinggi,... Cikgu Nona @ Aisyah , guru muzik yg sgt sempoi dan aktif yg telah membimbing sy dalam seni suara, koir, tarian hinggakan sy mampu menguasai bidang kesenian nie dgn cara sy tersendiri...Alhamdulillah.  Ustazah Zulpetra, seorang guru yang mana telah membawa sy ke satu dunia baru dlm kehidupan sy. Beliau la yg telah menyuntik suatu semangat baru kepada sy sehinggakan sy boleh berdiri dengan sendiri dan sy mampu menguasai aspek berkomunikasi dengan yakin tak kiralah dr segi pidato, syarahan, pengacaraan , dan sy telah berjaya mengadaptasi setiap ilmu yang telah diturunkan itu hingga ke hari ini...terima kasih ustazah.....
tak lupa juga semua guru di SMKASAS dimana tempat sy lebih mengenali kehidupan dunia dan akhirat...disitu banyak ilmu yg telah sy peroleh dr pelbagai guru yg tak lokek dgn ilmu...ustaz Ashaari, ustaz Shafie, cikgu Zaimah, Ustaz Yazid, Cikgu Selmiwaty....

buat semua guru sy di Tadika Abim, SKSM, SMKASAS, KMK, UPM...jutaan terima kasih buat kalian semua di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yg telah diberikan kepada sy sehingga sy kini berjaya menjadi seseorang.
moga segala jasa baik kalian akan dibalas ALLAH dengan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda...insyaALLAH....

SELAMAT HARI GURU buat Ustaz Saiful Asri Hj Rashidi, Ustaz Saiful Amri Hj Rashidi, Cikgu Hazurainiah Yusof & semua guru yang amat disayangi ...

Tak lupa buat Along tersayang Saiful Adli Hj Rashidi yg merupakan bekas guru di SK Pantai Remis, SK Ayer Tawar, SJK (C) Kampung Koh, dan SK Seri Manjung, Perak.
our Along
Alonglah GURU TERBAIK buat sy....along yg banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kpd sy sejak dari bangku sekolah hinggalah sy berjaya menempah nama dlm bidang kerjaya... mungkin tanpa Along, sy xpetah sebegini berbicara dan bermadah...thank you along~
Terima Kasih Ya Allah atas anugerah bakat yg diberikan turun temurun.Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaan insan bergelar Along....

dedicated this song to Along and all my great teachers

2 comments: