Sunday, July 22, 2012

Hadiah Istimewa Dari ALLAH


Waktu berbuka adalah waktu yang sepatutnya ditunggu-tunggu oleh muslim yang berpuasa – ( sy pun sm! ) tidak kira puasa sunnat atau fardhu Ramadhan – , bukan kerana sukanya terhadap hidangan yang melimpah ruah, namun kerana waktu berbuka adalah antara waktu-waktu yang sangat mustajab doanya, di samping mustajabnya doa sepanjang dia berpuasa pada hari itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda :


ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga orang yang doa mereka tidak ditolak oleh Allah : Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika ia berbuka, dan doa orang yang dizalimi.” (HR. at-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah, dengan lafaz dari at-Tirmidzi)


Rasulullah SAW telah bersabda: Bagi yang berpuasa, doa yang mustajab ketika dia hendak berbuka. (Abu Daud) 
Banyak perkara yang kita boleh doakan, dan yang terutama adalah doa mohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilalukan sebelum ini. Ketika berbuka, berdoalah :

1) dengan doa berbuka puasa yang telah diajar Rasulullah s.a.w.

2) mohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

3) mohon keampunan dan kerahmatan untuk kedua ibu bapa kita.

4) kebahagiaan, bertambah rezeki, dan keberkatan hidup untuk seisi keluarga.

dan apa sahaja doa yang kita inginkan, seperti mudah beroleh zuriat, doa kerahmatan untuk sahabat yang kita sayangi, doa untuk mendapat kejayaan dalam kerjaya, doa disembuhkan dari penyakit, dan sebagainya.

Boleh kita katakan, sebagai ganjaran atas kepatuhannya itu, Allah s.w.t. menjadikan waktu berbuka sebagai waktu keemasan untuk mukmin meminta apa sahaja yang dihajatkan...


So, apa dok melangut lagi..? Jgn lepaskan peluang yang dah Allah tetapkan sebagai hadiah teristimewa buat semua hambaNya...

berdoalah sebanyak banyaknyer.,.jgn ddk kt meja makan, hanya menanti waktu berbuka dgn sia-sia tanpa sebarang doa kita panjatkan ke hadrat ILAHI. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar..mudah-mudahan dimakbulkan doa-doa kita semua...Amin Ya Rabbal 'Alamin..



No comments:

Post a Comment