Thursday, June 6, 2013

Sampai bila-bila


Bila tiba masanya...? uh, seperti berbolak balik, terumbang ambing, terapung apung  jiwa. Kentalkan minda cuba mententeramkan perasaan di hujung hati.... siapa yg merasa dia pasti mengetahui. Tak susah tak sukar manapun, namun cukup menguji medan tempur kesabaran...

Sampai bila...? bermain lagi di kotak fikiran. Seperti tak mahu lari. Seolah-olah tak mahu pergi. mahupun berginjak tidak sama sekali... Kenapa sampai bila..? Bukankah ujian itu setiap detik waktu, hatta di kala malam mata terlelap telena dibuai mimpi. Ujian itu pasti datang menjengah. Tidak lama, pasti sekejap. Tidak sekejap pasti lama... 


Untuk apa?  Untuk kita...untuk tingkatkan ketakwaan, untuk tambahkan keimanan, untuk luaskan pengalaman, untuk berikan kekuatan, untuk limpahkan keberkatan, untuk... untuk... dan untuk.... banyak 'UNTUK'. Hanya sedar dan tidak sahaja. Hanya tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Semuanya ada dlm kamar hati, kamar jiwa, kamar minda. Ditilik, dihalusi, difahami pasti temui maksud tersirat.


Tapi sampai bila....? Ia datang lagi menjengah. Seperti tidak puas dgn ketetapan yang telah diberi. Seperti mempertikai ketentuan yang diperolehi....


Jawapannya mudah.

ia...
Sampai kita menutup mata.
sampai bila-bila........ 



No comments:

Post a Comment