Wednesday, March 30, 2011

berkorbanlah~

Seronoknyer dengar kawan2 dh mula berbadan dua.. sy turut sama rase kegembiraan mereka. Masing2 bercerita tentang pengalaman dan saat menanti kelahiran. cmner dgn sy..??.. bila lagi ? dah berisi ke..? itulah diantara soalan cepumas yang perlu dijawab oleh saya dan suami tatkala bertemu rakan2 dan sahabat handal....
hanya senyuman dan ulasan pendek yang kami berikan kepada mereka.... (tahun depan insyaALLAH...)


dek kerana faktor masih menuntut di maktab perguruan, masih di dlm fasa KPLI/ KDC selama setahun setengah ( belajar semasa cuti sekolah aje.) jadi saya dan suami perlu berkorban demi masa depan yang kami impikan... bila dah masuk maktab, ade beberapa akta & peraturan yang wajib diikuti, hatta hati rase meronta xnak ikut...adoyai~,


salah satu peraturan tetap bagi students kdc nie adalah, dilarang MENGANDUNG. Motifnya, tidak mahu sebarang kesan negatif berlaku sepanjang sesi pembelajaran di maktab, Almaklum sajelah, kitaorang masuk belajar time cuti sekolah aje, then byk aktiviti, especially aktiviti luar yg melibatkan perkhemahan, mendaki bukit, berkayak  berenang and so on. karang, kalo termengandung, sure effect pd baby dlm kandungan dgn aktiviti lasak tersebut.... dan alahan yang para ibu alami seperti mabuk, cuti sebab xsihat dan sebagainya. Tambahan lagi, sistem pembelajaran KDC begitu pack & padat kerana masa yang diperuntukkan adalah singkat. Hanya setahun setengah..Mungkin itula faktor dan penyebab kenapa maktab perguruan xbenarkan students KDC mengandung.


Motivasi diri kena kuat dan tinggi. Ade hikmah di sebalik sumenyer nie. Mungkin Allah nak saya dan suami tingkatkan ekonomi dan stabilkan rukun rumah tangga dahulu, then insyaAllah akan diberi ganjaran dan nikmat lain di kemudian hari...  terima kasih pd sang suami tercinta yg begitu memahami situasi saya, yang begitu menjaga mental & emosi saya... saya dan suami percaya akan rezeki Allah Taala. selagi mana kita berpegang teguh pada ajaran dan syariat NYa, insyaALLAH Dia akan sentiasa bersama2 dengan kita.


jadi perancangan keluarga perlu baik, kami pun dah sepakat saya abiskan study di maktab by next year, mudah-mudahan wajah kesayangan acu akan mendapat kawan dan adik yang baru..aminn..=)


Buat kawan2,rakan2, sahabat2 yang  akan, sedang dan telah melayari alam baru sebagai ibu dan ayah, tahniah diucapkan. Doakan kesejahteraan saya dan suami, dan kebahagiaan kami, Doakan jua, saya dan suami akan mengecapi nikmat di alam baru itu tahun depan...hehheee......aminn Ya ALLAH~



No comments:

Post a Comment