Thursday, March 24, 2011

cikgu cikgi ~

Dh lame rasenyer xmenulis dlm ruangan yg serba canggih nie. Kesibukkan belajar selama seminggu dalam  cuti sekolah penggal pertama yg lalu, memaksa diri sy meninggalkan hal2 lain yg x berkaitan dgn system pembelajaran di maktab. Rase terubat rindu jumpe sahabat-sahabat sealiran pendidikan khas setelah
hampir 2bulan xbersua utk berkongsi cerita & pengalaman. Seminggu menimba ilmu di   IPGBM,  sedikit sebanyak memberi pengalaman dan ilmu yg berguna buat sy dan sahabat2. Teringat zaman meningkat usia dulu,zaman kanak-kanak, bila ditanye nak jadi ape bila besar nnt..?  semua nak jadik cikgu..hatta wajah kesayangan sy sendiri bila di tanye nak jadik ape? mereka turut berkongsi cita2 yg sama iaitu ingin menjadi CIKGU seperti Acu..Apa tue cikgu?  Cikgu seorang insan yang mengajar, mendidik anak-anak menjadi bangsa dan insan yang berilmu. Namun begitu, ade yang berpendapat  zaman skrg, ramai yang beranggapan profesion perguruan adalah pilihan kerjaya yg terakhir.  Ade yang malu nak mengaku sebagai guru.but why? Kenapa perlu malu menjadi seorang guru? Saya terusik apabila ada insan menjawab bila ditanye..’kerja ape?’ ‘kerja cikgu aje...’ kenapa perlu ade perkataan ‘aje’ di akhir ayat itu… hina sangat kah menjadi guru?
Jangan jadikan guru sebagai asset akhir apabila tidak ade peluang kerjaya lain… bukan itu sepatutnya. Tambahan pula,  menjadi guru pendidikan khas, sangat hebat cabarannya. teringat kata2 pensyarah saya di maktab betapa mulianya menjadi seorang guru, terutamanya cikgu pada anak2 khas nie.. Mendidik dan mengajar anak-anak istimewa ini bukan senang dan mudah, memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya kreativiti yang luas. Mereka bukan seperti kanak-kanak yg lain kerana mereka insan yg terpilih dan insan yg unik kurniaan Ilahi. Sy tertarik bila mana mengajar anak-anak istimewa ini banyak mengajar sy erti kehidupan. Di mana kita yang begitu sempurna kejadiannya wajiblah bersyukur dgn kenikmatan yang diberi olehNya.  Keletah mereka sentiasa menghiburkan dan  pasti hilang segala tekanan bila bersama dgn mereka.

Mulianya menjadi seorang guru…..pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda..yang penting  niat hanya kerana Allah.pasti ade ganjaran yang menanti kita para guru di syurga sana…aminnn



No comments:

Post a Comment