Monday, March 28, 2011

sabar dgn ujian


sukar rasenye untuk mengerti..  xnak berdendam,  xnak bermusuh. tapi kalo itulah hakikatnyer  terimalah dgn redha... kerana sy  muak dan letih dgn karenah yang tak penah padam, hatta dalam hal berkaitan dengan kehidupan mendatang..masih di takuk lama. tak terbuka kah minda dan akal fikiran ? tak terfikirkah satu hari nanti akan menerima situasi yang sama ? tak berasa segankah dengan org lain menunjukkan keegoaan dan kesombongan diri ? tak terasakah bersalah menyerang org tanpa usul periksa..? dulu mungkin bole diikuti.. ditelan.. diterima tanpa bersuara... sebab tak mahu menimbulkan sebarang kekeliruan dan kesulitan. maka hal yang boleh merosakkan hubungan ditelan dengan perit walaupun amat menyakitkan. tapi betul kata org, kita xdapat puaskan hati sume org. hatta hati kita terluka dan terus berdarah sendiri... apabila kesabaran dicabar, apabila maruah diinjak dan dipijak tanpa perasaan..wajarkah hanya duduk diam dan memerhati?? layakkah hanya menundukkan diri & menganggukkan kepala  ??


 oh tidak lagi...!! keadilan perlu ditegakkan... hukum ALQURAN perlu diperjelaskan...maruah diri perlu dilindungkan... mereka yang tak tahu menilai hanya menuding jari mencari kesalahan... mengugut utk gentarkan keimanan. suara hati tak didengari.. kata makian, cacian, nafsu amarah menonjol tanpa berfikir maruah sebelah lagi...namun,... siapa kita utk menolak hukum dan ketentuan DIA? siapa kita untuk menidakkan perancangan DIA...?  siapa kita untuk menyangkal takdir dan kehendak DIA..? seteguh mana benci dan dendam, sehebat mana perancangan dicipta.., ketahuilah perancangan ALLAH lagi hebat dan mulia....
duduk merenung nasib diri... bersyukur pd DIA atas nikmat yg diturunkan, walaupun ujian diberi, namun ade kemanisan dihujung perjalanan.. perit menanggung musibah, manis menerima hikmah...



Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

2 comments:

  1. sabar k are...=)

    i follow u..baru jumpa blog are..=)

    ReplyDelete
  2. alalala..syerry..lama xbersua dgn anda..heheee

    ReplyDelete