Saturday, July 6, 2013

SolaT Sunat Dhuha


Pasti setiap daripada kita pernah dengar tentang Solat Sunat Dhuha. Berapa orang daripada kita yg pernah buat solat sunat dhuha. Bila kali terakhir kita tunaikan solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang paling banyak diceritakan dan disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi jika nabi kesayangan kita sendiri sering memperkatakan tentang kelebihannya, pastilah solat sunat dhuha mempunyai rahsia nya yang tersendiri... percayalah!


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Nie pulak doa solat sunat dhuha...jika dibaca dan difahami isi maksudnye, bole mengalirkan airmata. Penuh makna dengan rayuan si hamba kepada Pencipta... Allahuakbar!!




Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha ini, hanya mereka sahaja yang mengetahui nikmat di sebalik nya. Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan diperoleh.. Maka jadikan lah ia amalan setiap hari, semoga rezeki kita diluaskan dan dimurahkan Allah tanpa disangka-sangka...Semoga urusan seharian kita dipermudahkan Allah dari awal hingga akhir.
 Jom berubah!



No comments:

Post a Comment