Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Bulan Perjuangan


Setahun sudah berlalu ia datang kembali membawa pelbagai pakej kebaikan, kerahmatan,keberkatan,keampunan bagi setiap hamba-hambaNya yang merebut peluang keemasan ini.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem. Keindahan Ramadhan dapat dirasakan seperti tahun2 yang lalu. Kedatangannya amat dinanti setiap ummat Islam. Kemunculannya disambut penuh kesyukuran kerana diberi peluang olehNya merasai nikmat berpuasa pada tahun ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan hanya berdoa moga Allah panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik buat saya, suami, abah mak, mentua serta seluruh kaum keluarga agar dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan tenang dan melipatgandakan amal ibadah pada bulan penuh perjuangan ini...InsyaAllah.

Peluang yang diberi  Allah ini, ingin digunakan sehabis baik dengan setiap amalan kebaikan dan ibadah berpanjangan. Dengan penuh harapan, agar Dia menerima setiap inci ibadah dan amalan saya, suami, serta seluruh insan2 yang saya sayangi..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kurniakanlah kepada kami, umur yang bermanfaat dan kesihatan yang baik agar dapat kami menjalani ibadah puasa di bulan penuh keampunan ini dengan tenang dan dapat melakukan amal ibadah dan kebaikan dengan bimbingan MU.. Kau permudahkanlah setiap urusan kami.
Kau terimalah Ya Allah setiap amalan ibadah dan juga amal kebaikan kami di dunia dan akhirat.
Kepada Kaulah kami sembah, kepada Kau jua kami memohon pertolongan. Sesungguhnya Kaulah sebaik-sebaik Penolong...."

Moga Ramadhan pada kali ini membawa seribu satu keberkatan,kerahmatan,keampunan buat kita semua. Bermula terbit fajar hingga terbit semula sang suria pada keseokannya setiap kebaikan dicatat malaikat tanpa was-was. Setiap saat, setiap tempat, setiap perkara. Puasa, zikir, membaca Quran, solat fardhu, solat sunat, sedekah, senyum, tolong menolong dan banyak lagi dikira pakej terbaik untuk kita rebut di medan perjuangan Ramadhan Kareem. Berjuanglah sepenuh hati untuk mengejar setiap pahala yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya. Setiap amal ibadah yang dilakukan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Bulan yang dijanjikan Allah pahala seperti beribadah seribu bulan..Wallahualam. 
Jom berubah jadi baik!

Selamat berpuasa dan selamat beribadah....=)







No comments:

Post a Comment