Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Lahir AcU!

3 MAC - genap 26 tahun sy hidup & bernafas di atas bumi pinjaman Allah Taala nie... tahun ini sy raikan hari ulangtahun kelahiran sy sebagai seorang isteri... tampak jelas jerih payah sang suami
menjaga sy tatkala menjelang hari kelahiran, sy telah ditimpa ujian Allah, ujian kesakitan. sy diserang demam, batuk & selsema. sangat perit waktu itu dirasakan, kerana sy xmampu utk melakukan kerja rumah kerana demam panas yang melanda. dan pada tarikh keramat, tarikh kelahiran sy, demam masih lagi tidak kebah2... penat masih lagi terasa apabila batuk menyerang bertubi2... tatkala itu hanya fikir ujian kesakitan ini adalah kifarah dosa 2 yang lalu..
setiap kali  ulang tahun kelahiran sy, Mak tak pernah lupa untuk mengucapkan kata2 doa buat puteri bongsunya. Begitu juga dgn tahun nie, mak masih seperti dulu, menelefon untuk mengucapkan "selamat hari lahir" dan doa2 harapan buat sy yang jauh dr nya setelah bergelar seorang isteri... kata2 nasihat & semangat tak pernah lekang dari bibir mak buat sy untuk terus menempuh hidup. Tidak terlepas juga Along, Angah, Ateh dengan ucapan dan kata2 harapan buat sy utk terus berjuang sebagai hamba Allah, setelah diri mula menginjak usia. suhu badan masih lagi panas dan badan tetap lemah di hari yang sepatutnya bermakna bg diri sy..sy redha.
petang 3 mac, usai menjamah makanan bersama suami tercinta, sy terima panggilan telefon dr wajah kesayangan sy.. terharu sedih sebak gembira. semua bersatu . Tatkala mendengar suara2 halus mereka mengucapkan "selamat hari lahir acu" dengan kata2 ucapan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan sy. Tiba2 sy terasa kebah demam, dan suhu badan terasa seakan2 menurun...terhibur rasa hati apabila mendengar celoteh wajah kesayangan sy seorang demi seorang petang itu. Sesungguhnya acu rindukan kalian semua!
malam 3 mac, sy dikejutkan lg dengan surprise birthday party oleh suami tersayang, dengan kerjasama Acik & kakzura bersama wajah kesayangan acu (nadhirah, luqman, najwa). turut serta Ja, kak jas dan Kak wa. sangat terharu dan gembira apabila sampai di rumah malam itu, bila lampu terpasang "SURPRISE" kek, makanan,air dan jeritan happy birthday dari mereka tersayang...terima kasih semua... terasa hilang demam yang menyerang dan batuk yang bertandang tidak henti2 sejak 2hari lalu.... gembira & bersyukur!
Jutaan terima kasih yang xterhingga buat suami tersayang, acik kak zura, ja kak jas atas surprise party dan present yang sgt bermakna buat sy.


semoga dengan bertambahnya usia pd tahun ini, ia dpt mematangkan fikiran dan jiwa sy dalam segenap aspek dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat...
 TERIMA KASIH YA ALLAH DI ATAS NIKMAT HIDUP YANG TIDAK TERHINGGA INI...ALHAMDULILLAH~


p/s : hidup semakin singkat, usia semakin meningkat.. amal dan taqwa harus dipertingkat.

1 comment:

  1. salam..cikgu beruntung kerana ada org tersayang yang ingatkan tarikh hari jadi cikgu setiap tahun...oleh tu kita perlulah bersyukur...

    ReplyDelete